Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

gion matsuri (festival gion)

Friday, May 2, 2014

assalamualaikum...ohayou gozaimasu....minna...kyou....admin didi mahu kongsikan mengenai festival gion..teruskan membaca ye=)


Gion matsuri yang merupakan satu festival kuil yasaka adalah satu festival besar-besaran yang paling popular di jepun. Festival ini berlangsung pada bulan julai. Pada asalnya, festival ini merupakan upacara keagamaan yang bertujuan untuk meredakan wabak penyakit yang merebak ke seluruh Negara jepun pada tahun 869. Terdapat lebih 30 acara yang diadakan pada festival ini, namun dua acara yang paling terkenal adalah acara yamahoko junko (perarakan wagon ) dan yoiyama. Yamahoko merujuk kepada dua jenis wagon iaitu yama dan hoko yang digunakan semasa upacara perarakan dijalankan.


suasana pada hari gion matsuri

Yamahoko junko dan yoiyama

Secara ironinya, acara utama festival gion tidak diadakan di kawasan gion, tetapi ia diadakan di kawasan yang bersebelahan dengan sungai kamo. Pra-upacara yamahoko junko diadakan pada hari ke-14 hingga ke-16 bulan julai. Pada hari-hari tersebut, wagon yama dan hoko dipersembahkan dalam jarak setengah kilometer di kawasan pertembungan jalan karasuma dan shijo.
Semasa wagon-wagon tersebut dipersembahkan, terdapat beberapa wagon yang boleh dinaiki oleh para pelancong. Kawasan acara yamahoko junko tersebut menjadi lebih meriah dan menarik pada waktu senja iaitu antara jam 6 petang hingga 11 malam. Pada waktu ini, jalan ditutup dan kawasan tersebut mula dipenuhi dengan gerai-gerai makanan dan penjaja minuman. Pesta senja ini membawa kepada kepada perarakan yang dikenali sebagai yoiyama (16 julai), yoiyoiyama (15 julai), dan yoiyoiyoiyama (14 julai).
Acara sebenar yamahoko junko diadakan pada hari ke-17 bulan julai. pada  hari ke-17 ini, perarakan wagon diadakan pada jarak 3km sepanjang jalan shijo, kawaramachi dan oike. Terdapat lebih 30  wagon yang dihias dipersembahkan di seluruh kawasan Bandar. Kanak-kanak dan orang dewasa menaiki yamahoko dan memainkan musik bersama-sama dengan wisel dan loceng untuk memeriahkan lagi suasana acara tersebut. Pada waktu petang iaitu selepas acara yamahoko junko berakhir, acara shinkosai diadakan di kuil yasaka. Acara shinkosai menyaksikan golongan lelaki dewasa memakai happi (kot masyarakat jepun yang tidak formal) dan membawa mikoshi.

Sumber:

arigatou gozaimasu for reading!!!

hanami (melihat bunga)

Thursday, April 10, 2014


assalamualaikum..konbanwa...minna-san hisashiburida ne!! ogenki desuka??
Entri kali ni, admin didi mahu kongsikan serba sedikit mengenai sambutan hanami di jepun.

Hanami merupakan sambutan tradisional masyarakat jepun yang bertujuan untuk menikmati keindahan bunga terutamanya bunga sakura. Bermula akhir mac hingga awal mei, bunga sakura mekar di seluruh jepun, manakala di pulau Okinawa pula, sakura mekar bermula awal februari. Ramalan untuk bunga sakura mekar diumumkan setiap tahun oleh biro cuaca. Oleh kerana tempoh bunga sakura mekar hanyalah antara satu hingga dua minggu, ramalan ini mendapat perhatian oleh mereka yang merancang untuk mengadakan aktiviti hanami. Pada zaman moden ini, aktiviti hanami kebanyakannya meliputi acara parti sakura pada waktu malam mahupun waktu siang dan selalunya disertai oleh golongan muda.

Parti hanami di istana himeji

Parti hanami di sungai kamo

 Sejarah

Aktiviti hanami ini dipercayai mula disambut sejak berabad lamanya. Adat ini dikatakan bermula pada era nara (710-794) dimana pada waktu ini, orang ramai lebih meminati untuk melihat plum mekar (ume). Namun pada era Heian (794-1185), sakura lebih popular dan pada waktu ini, hanami adalah lebih sinonim dengan bunga sakura. Dalam hal ini,  perkataan hanami untuk merujuk kepada melihat sakura mekar mula digunakan sejak zaman Heian.
Aktiviti hanami ini pada mulanya hanya disambut oleh golongan elit dari empayar mahkamah  sahaja, namun sejak era edo, aktiviti ini tersebar kepada golongan samurai  dan masyarakat biasa. Pada zaman edo ini, hanami disambut dengan orang ramai menikmati makanan tengahari bersama minuman ‘sake’ di bawah pokok sakura.

Hanami di luar jepun

Aktiviti hanami bukan sahaja popular di jepun , malah turut popular di luar jepun dan turut disambut di beberapa buah Negara. Sambutan hanami yang lebih kecil disambut di China, Taiwan , Korea, Filipina dan Finland.
Selain itu, aktiviti hanami kini turut popular di amerika syarikat. Pada tahun 1912, jepun telah menghadiahkan 3000 pokok sakura kepada amerika syarikat sebagai tanda persahabatan kedua-dua Negara tersebut. Pokok sakura tersebut telah ditanam di Washington D.C. Jepun kemudiannya telah mendermakan sebanyak 3800 pokok sakura yang lain kepada amerika syarikat pada tahun 1965. Pokok sakura ini telah menjadi daya penarik pelancong di amerika syarikat dan setiap tahun festival bunga sakura kebangsaan diadakan pada musim bunga. Selain itu, festival bunga sakura antarabangsa turut diadakan di macon, Georgia.

Festival bunga sakura antarabangsa di Macon, georgia

sumber: wikipedia

itsumo arigatou!!!

Makanan Istimewa Hina Matsuri

Monday, March 3, 2014


Assalamualaikum, Selamat Pagi & Ohayou semua~! ^^

Bersempena Hina Matsuri yang jatuh pada hari ini (3 Mac), kami akan sambung sedikit cerita tentang Hina Matsuri yang kami post sebelum ini.

Sebut tentang perayaan, seperti perayaan kita di Malaysia, juadah atau makanan adalah salah satu perkara penting yang membezakan hari perayaan dengan hari-hari biasa. Jadi di sini kami akan membawakan jenis-jenis makanan istimewa yang dihidangkan semasa Hina Matsuri ^^

Hishi Mochi  (菱餅, ひしもち)


Hishi mochi ialah sejenis makanan istimewa yang dihidangkan semasa perayaan Hina Matsuri. Hishi mochi diperbuat daripada beras dan berbentuk seperti permata. Makanan ini mempunyai tiga lapisan warna iaitu:

++ Merah jambu (melambangkan bunga Sakura)
++ Putih (melambangkan salji)
++ Hijau (melambangkan rumput yang menghijau (pertumbuhan))

Warna-warna ini juga sebenarnya melambangkan perubahan daripada musim sejuk ke musim bunga.

Arare  (あら)


Arare ialah sejenis snek yang diperbuat daripada beras pulut dan diperisakan dengan kicap soya. Saiz dan bentuk yang membezakan rarae daripada senbei (sejenis snek daripada beras pulut juga tetapi lebih besar). Arare dinamakan bersempana “pelet salji” Graupel. Arare juga dikenali sebagai kakimochi.

Rupa bentuk “pelet salji” Graupel

Terdapat pelbagai jenis arare yang berbeza saiz, warna dan bentuk. Sesetengahnya manis dan sesetengahnya masin. Antara jenis arare ialah norimaki arare (arare yang dibalut dengan nori (rumpai laut) yang dikeringkan. Selain itu, terdapat juga kaki no tane (柿の), diambil sempena rupanya yang berbentuk seperti persimmon (pisang kaki) (“kaki” ialah persimmon dalam Bahasa Jepun). Kaki no tane kebiasaanya dijual bersama kekacang dan kombinasi ini dikenali sebagai kakipi (かきピ)

Norimaki arare

 Kaki no tane

Osekihan (お赤飯)


Osekihan ialah sejenis nasi yang diperbuat daripada pulut Jepun yang kebiasaannya dihidang semasa majlis khas seperti kelahiran bayi, ulangtahun kelahiran, pertunangan, perkahwinan, cuti dan sebagainya. Osekihan juga dihidangkan semasa Hinamatsuri.

Osekihan adalah sejenis hidangan nasi yang berwarna kemerahan, diperbuat daripada pulut dan kacang azuki. Variasi lain makanan ini ialah di mana pulut dicampur dengan beras putih pendek. Selalunya sekihan akan dihidangkan dengan gomashio atau bijan hitam dan garam.

Namun pada masa kini, osekihan (atau sekihan) masih dihidangkan semasa perayaan, namun dinikmati juga semasa makan tengahari atau makan malam. 

***

Menarik, kan? :) Jadi sampai di sini sahaja. Tunggu post kami seterusnya untuk topik menarik yang lain~ 

oshogatsu

Wednesday, February 26, 2014

assalamualaikum..ohayou gozaimasu,minna-san...entri kali ini, saya mahu kongsikan sedikit mengenai oshogatsu..Apa itu oshogatsu??

Oshogatsu( tahun baru) merupakan satu sambutan yang paling penting bagi masyarakat jepun. Pada era maharaja meiji, tahun baru disambut mengikut kalendar lunar cina, namun sejak tahun 1873 iaitu lima tahun selepas era maharaja meiji, ianya disambut mengikut kalendar masihi. Namun terdapat juga kawasan di jepun seperti pulau ryukyu yang masih menyambutnya mengikut kalendar lunar cina.

Perkara pertama kali di tahun baru

Sambutan tahun baru  bagi masyarakat jepun memberi perhatian kepada beberapa perkara yang pertama kali dilakukan pada tahun baru. Antaranya adalah:
Hatsuhinode-matahari terbit untuk pertama kali pada sesuatu tahun. Kebiasaanya orang ramai akan memandu ke pantai atau mendaki gunung untuk melihat matahari terbit

Hatsumoude-kunjungan pertama ke kuil. Orang ramai biasanya mengunjungi kuil selepas tengah malam 31 disember atau pada 1 januari. Jika cuaca baik orang ramai akan berhias dengan mamakai kimono.

   Kakizome-kaligrafi pertama ditulis pada tahun baru, iaitu secara tradisionalnya disambut pada 2 januari

   Waraizome- senyuman pertama di mana memulakan tahun baru dengan senyuman dianggap membawa petanda baik
    Hatsuyume-impian pertama
      Hatsudayori-pertukaran surat kali pertama
    shigoto-hajime-tugas pertama
   keiko-hajime-latihan/amalan pertama
      hatsugama-upacara teh kali pertama

hatsumoude

Mochi
Antara adat orang jepun dalam menyambut tahun baru ini adalah dengan membuat kek beras (mochi). Kek beras ini dibuat sebelum hari tahun baru dan dimakan semasa awal januari. Proses membuat kek beras ini melibatkan dua orang di mana seorang daripada mereka memasukkan beras melekat yang direbus ke dalam bekas kayu yang dipanggil usu dan diikuti dengan air, sementara seorang lagi bertindak mengetuk bekas tersebut dengan pemukul kayu yang besar. Seterusnya ianya dilembutkan untuk membentuk bebola.

Poskad


Akhir disember dan awal januari merupakan waktu paling sibuk bagi pejabat pos di jepun. Hal ini kerana masyarakat jepun biasanya menghantar poskad tahun baru ( nengajou ) kepada saudara mara dan rakan-rakan seperti mana adat masyarakat barat menghantar kad krismas. Ia bertujuan untuk memberitahu saudara mara dan rakan-rakan yang jarang berjumpa, bahawa mereka berada dalam keadaan sihat sahaja.

Pejabat pos akan memastikan poskad yang dikirim dalam jangkamasa pertengahan bulan disember hingga akhir disember dan ditanda dengan nengajou sampai kepada penerima tepat pada 1 januari. Untuk memastikan poskad tersebut sampai tepat pada masa yang ditetapkan, pejabat pos biasanya akan mengupah pelajar yang berkerja separuh masa bagi menghantar poskad tersebut.

Otoshidama


Pada hari tahun baru, masyarakat jepun biasanya akan memberikan wang kepada kanak-kanak. Wang diberikan kepada kanak-kanak dalam sampul kecil yang dihias yang dinamakan sebagai ‘pochibukuro’. Pochibukuro mempunyai persamaan dengan sampul merah masyarakat cina. Di zaman era Edo, keluarga kaya dan kedai-kedai besar akan memberikan beg kecil yang mengandungi mochi dan limau mandarin untuk menyebarkan kegembiraan kepada orang ramai. Jumlah wang yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak, namun apabila terdapat lebih dari seorang kanak-kanak, jumlah wang diberikan adalah sama bagi memastikan tiada kanak-kanak yang rasa terasing.

Hiburan
Terdapat banyak rancangan televisyen yang disiarkan sempena tahun baru ini. Untuk berdekad lamanya, ianya adalah satu kebiasaan untuk menonton rancangan televisyen kouhaku uta gassen yang disiarkan di stesen televisyen NHK. Rancangan tersebut memaparkan dua pasukan iaitu merah dan biru yang terdiri daripada artis muzik popular yang bersaing antara satu sama lain. 


ありがとうございます (arigatou gozaimasu)...じゃあまったね!!(jyaa matta ne)

~admin didi~

coming of age day (成人の日 seijin no hi)

Saturday, February 22, 2014

assalamualaikum minna-san, ogenki ka? Pada kali ini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang satu perayaan masyarakat jepun iaitu coming of age day.


Coming of age day (成人の日 seijin no hi) merupakan satu perayaan kebangsaan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat jepun pada hari isnin kedua dalam bulan januari. Ia diadakan untuk meraikan individu yang telah mencapai usia kedewasaan iaitu 20 tahun. Dalam hal ini, 20 tahun dianggap sebagai tahun bermulanya kedewasaan seseorang dan merupakan tahun minimum bagi individu di jepun dilarang daripada merokok, meminum arak dan mengundi. Oleh kerana bertambahnya tanggungjawab seseorang yang berumur 20 tahun, mengikut adat jepun perayaan ini dianggap penting bagi membantu mereka sedar bahawa mereka telahpun menjadi seorang dewasa.  Tidak seperti perayaan jepun yang lain, pihak kerajaan tempatan dan wilayah turut terlibat dalam mengurus majlis perayaan ini di seluruh jepun.

golongan muda pada hari 'coming of age day'

Sejarah


Perayaan ini disambut di jepun oleh Aoron Nagoa semenjak tahun 701 sebelum masihi. Cuti bagi perayaan ini mula dilaksanakan pada tahun 1948 iaitu pada setiap 15 januari. Pada tahun 2000, setelah sistem cuti hari isnin diperkenalkan, cuti bagi perayaan coming of age day telah ditukar kepada hari isnin kedua bulan januari. Until recently, majlis perayaan ini dihadiri oleh golongan muda yang betul-betul mencapai umur 20 tahun. Namun, sejak kebelakangan ini, majlis perayaan ini turut dihadiri oleh golongan muda yang baru mencapai umur 19 tahun. Dalam kata lain, golongan yang hadir ke majlis perayaan ini adalah golongan dengan tarikh lahir yang ke-20 tahunnya diantara 2 april tahun sebelumnya hingga 1 april tahun semasa.


Majlis perayaan coming of age day

Majlis perayaan ini secara umumnya diadakan pada waktu pagi di kawasan Bandar di seluruh jepun. Semua golongan muda yang berumur atau akan berumur 20 tahun diantara jangkamasa 2 april tahun sebelumnya dan 1 april tahun semasa dijemput hadir ke perayaan ini. Pegawai kerajaan memberikan ucapan selain hadiah turut diberikan kepada golongan muda yang hadir. Kebanyakan wanita memakai furisode, iaitu kimono dengan lengan panjang dengan sandal zori. Set pakaian kimono kebiasaanya mahal, oleh itu golongan muda ini biasanya meminjam set pakaian tersebut dengan ahli keluarga mereka ataupun menyewanya. Golongan lelaki juga turut memakai pakaian tradisional pada hari itu (kimono gelap dengan hakama), namun pada masa kini kebanyakan mereka memakai pakaian ala barat seperti sut dan tali leher berbanding pakaian tradisional. Selepas majlis tersebut, golongan muda menyambutnya secara berkumpulan bersama rakan-rakan dengan menghadiri parti mahupun meminum arak.

Penurunan jumlah kedatangan majlis coming of age day

Kadar kelahiran masyarakat jepun yang menurun, penurunan peratus golongan muda jepun, kekacauan yang dilakukan oleh golongan muda yang mabuk (seperti kejadian di Naha pada 2002) dan ditambah dengan peningkatan golongan yang berumur 20 tahun yang tidak merasakan mereka akan menjadi seorang dewasa adalah faktor yang menyebabkan jumlah kedatangan ke majlis tersebut menurun. 

Hina Matsuri ひな祭り

Sunday, February 16, 2014

Minna-san~ Konbanwa (:


Pada kali ini kami akan menceritakan tentang salah satu perayaan penting yang disambut oleh rakyat Jepun, iaitu Hina Matsuri (ひな祭り) "Perayaan Anak Patung" (Hina = patung) yang dikenali juga sebagai Momo-no-Sekku (桃の節句) yang membawa maksud Perayaan Bunga Sakura. Perayaan ini disambut setiap 3 Mac, di mana ia adalah acara penting yang berasal daripada adat Cina dan telah wujud sejak Era Edo (abad 17-19).

Perayaan ini disambut khas untuk anak gadis bagi memastikan kebahagiaan mereka pada masa hadapan. Untuk perayaan ini, setiap keluarga akan menghias Hina-ningyo (ひな人形) iaitu anak patung istimewa yang direka khas yang menggambarkan maharaja, maharani dan orang bawahan pada zaman dahulu kala.

Anak patung ini kebiasaannya adalah warisan turun-temurun, dari generasi ke generasi. Hina-ningyo akan dipamerkan untuk beberapa hari di bilik yang sesuai dan akan disimpan semula untuk digunakan pada tahun seterusnya.

Satu contoh Hina-ningyo

Satu set Hina-Ningyo terdiri daripada 15 anak patung, yang mana kesemuanya memakai persalinan zaman dahulu kala.  Set ini juga termasuk peralatan rumah mini yang mempamerkan hasil seni yang indah. Anak patung yang paling tinggi nilainya ialah Dairi-sama, mewakili maharaja (Otoko-bina/Odairi-sama) dan maharani (Onna-bina/Ohina-sama) di dalam persalinan sutera. Diikuti oleh dua menteri, tiga dayang istana (san-nin kanjo) dan lima ahli muzik istana (go-nin bayashi), dua pengawal (u-daijin dan sa-daijin) dan tiga hamba. Kesemua anak patung ini disusun di para yang bertingkat (berbentuk seperti tangga), kebiasaannya lima tingkat (atau tujuh tingkat), 3 hingga 6 kaki panjang dan ditutup dengan kain merah. Para ini hanya khas dipasang di rumah pada hari tersebut sahaja. Sesetengah Hina-ningyo juga mempunyai 3 penyair (pakar tanka Jepun termasuk penyair masyhur, Onono Komachi)  dan perhiasan berbentuk kura-kura dan burung jinjang yang melambangkan  tuah. 

Pasangan maharaja dan maharani akan diletakkan di tingkat paling atas di mana maharaja berada di sebelah kiri maharani. Dayang dan dulang hidangan diletakkan di tingkat kedua manakala anak patung yang lainnya disusun di tingkat ketiga dan seterusnya. 

Pada zaman dahulu, mereka akan membuat anak patung daripada kertas supaya nasib malang dapat dipindahkan kepada patung tersebut. Patung-patung tersebut dikumpulkan dan dibawa ke sungai berdekatan dan membuang patung tersebut ke dalam sungai. Perayaan ini juga menandakan bermulanya musim bunga.

(Nota: Bagi rakyat Jepun, bunga Sakura melambangkan  kebahagiaan di alam perkahwinan, dan merupakan perhiasan terpenting semasa perayaan ini. Bunga yang berkembang mekar menandakan sifat-sifat feminin - kelembutan, ketenangan dan kesabaran)

Hina-matsuri juga adalah satu perayaan di mana anak-anak gadis akan mengadakan majlis dan menjemput rakan-rakan untuk diraikan bersama. Antara makanan dan minuman yang dihidangkan ialah Shirozake (sejenis sake yang dibuat daripada malt beras), Hishi mochi (sejenis kek beras berbentuk permata), Arare (snek beras manis yang berwarna-warni) dan Osekihan (pulut yang dimasak bersama kacang merah). Kami akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang makanan istimewa ini pada artikel akan datang! :)

Pelbagai tafsiran dibuat tentang perayaan ini. Setiap keluarga menganggap ia sebagai salah satu bentuk bakti, penyembahan nenek moyang dan kesetiaan. Namun di sebalik semua itu, perayaan ini menunjukkan kasih saying ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi kebanggaan dan kegembiraan buat mereka. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan, perayaan ini juga mempunyai lagu istimewa yang dinyayikan bersama. Lagu tersebut bertajuk Ureshii Hinamatsuri (Hinamatsuri Yang Menggembirakan).

Akari o tsukemashou bonbori ni
Ohana o agemashou momo no hana
Go-nin bayashi no fue taiko
Kyo wa tanoshii Hinamatsuri


Menarik, bukan? Hingga di sini sahaja. Semoga bertemu lagi~ 

~yukata & kimono, ketahui perbezaannya~

Saturday, February 15, 2014

Assalamualaikum, konbanwa...

Yukata dan kimono merupakan pakaian tradisional masyarakat jepun.  Peraturan umum yukata dan kimono adalah golongan muda memakai pakaian tersebut dengan warna terang, warna hidup dan corak yang berani. Manakala golongan tua pula memakainya dengan warna gelap dan matang dengan corak yang suram. Kanak-kanak mamakai pakaian tersebut dengan pelbagai warna dan wanita muda pula memakainya dengan corak bunga manakala wanita tua pula memakainya dengan warna biru gelap tradisional dengan corak geometrik. Golongan lelaki pula memakainya dengan warna gelap. Dalam hal ini, tentunya ada diantara kita kurang jelas akan perbezaan kedua-dua pakaian ini. Berikut merupakan antara perbezaan yukata dan kimono dari segi beberapa aspek.

Perbezaan asas
Ramai yang tidak mengetahui tentang perbezaan kedua-dua pakaian ini. Perbezaan asas kedua-dua pakaian adalah ianya diperbuat daripada fabrik yang berbeza. Dalam hal ini, yukata diperbuat daripada kapas manakala kimono pula diperbuat daripada sutera.


yukata

kimono

 Perbezaan Pemakaian

Kimono adalah pakaian glamor manakala yukata adalah pakaian yang lebih ringkas. Dalam kata lain, yukata merupakan kimono dalam bentuk lebih kasual. Perbezaan lain adalah yukata hanya dipakai pada musim panas manakala kimono dipakai untuk upacara formal. Selain itu yukata juga dipakai sebagai baju mandi di tempat-tempat seperti kolam air panas. Pada musim panas, Yukata dipakai untuk beberapa aktiviti di musim panas seperti pertunjukan hanabi (bunga api) dan festival bon-odori.
Kimono dipakai bersama dengan stokin manakala yukata pula tidak dipakai bersama stokin. Dalam hal ini, kasut seperti zori atau geta dipakai dengan kimono tetapi ianya tidak menjadi satu kemestian apabila memakai yukata. Kimono dipakai oleh kedua-dua golongan lelaki dan wanita manakala yukata pula kebiasaanya dipakai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Perbezaan maksud nama
Perkataan yukata berasal dari gabungan dua perkataan iaitu yu dan katabira. Yu membawa maksud kepada mandi manakala katabira pula bermaksud pakaian dalam. Manakala kimono pula berasal dari perkataan ki dan mono. Ki membawa maksud pakai dan mono pula bermaksud benda.

Perbezaan reka bentuk dan kos
Tidak seperti yukata, kimono mempunyai sekurang-kurangnya dua kolar. Selain itu, Yukata hanya mempunyai satu lapisan manakala kimono pula kebiasaanya mempunyai beberapa lapisan. Dari segi kos, kimono adalah lebih mahal berbanding yukata. 

Kabuki

Sunday, October 20, 2013


Kabuki (歌舞伎) adalah teater tradisional masyarakat Jepun. Teater Kabuki lebih dikenali kerana persembahan drama nya yang menyerlah dan solekan yang dipakai oleh pelakon nya.
Dari tulisan kanji ‘Kabuki (歌舞伎)’ apabila dibaca dari kiri ke kanan membawa maksud menyanyi, menari dan kemahiran.

Salah satu pentas persembahan Kabuki (Sumber : japan-guide.com)

Pentas Kabuki mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu penyediaan pentas yang dinamik yang melibatkan platform bergerak dan pintu-pintu rahsia membolehkan pertukaran pelakon secara tiba-tiba tanpa disedari penonton. Selain itu, pentas Kabuki mempunyai satu lagi keistimewaan iaitu laluan yang dikenali sebagai hanamichi atau ‘jalan berbunga” yang memanjang hingga ke arah penonton.



Pada mulanya Kabuki dilakonkan oleh pelakon wanita sahaja namun begitu bermulanya tahun 1653 pelakon lelaki mula menceburi diri dalam bidang tersebut.



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS