TINTA HOSHI : RAHSIA KEJAYAAN ORANG JEPUN (Bhgn 2)

Wednesday, February 17, 2016


Assalamualaikum,

Sejak Tahun 2006 Lagi Saya Sangat Tertarik Dengan Sikap Orang Jepun Dalam Memajukan Negara Mereka. Sejujurnya Waktu Tu Saya Cuma Tahu Memuji Sikap Orang Jepun Saja Dan Kemudian Mengutuk Negara Sendiri Sedangkan Sebenarnya Itu La Tugas Saya Sebagai Rakyat Malaysia Untuk Menyelesaikan Masalah Dalaman Negara Kita Dengan Menghidupkan Semula Dasar Pandang Ke Timur Sebagaimana Yang Diinginkan Oleh Mantan Perdana Menteri Negara Kita, Tun Dr M Melalui Penubuhan BJBHB. Satu Lagi Cuma Nak Cakap, Walaubagaimana Dalam Pon Minat Kita Pada Negara Jepun, Kita Tetap Orang Malaysia (Terutamanya Bangsa Melayu), Darah Yang Mengalir Dalam Badan Itu Tetap Darah Melayu, Jadi Tak Perlulah Nak Mengutuk Orang Melayu Sangat Okay, Sedar Diri Sikit. Jadikan Minat Kita Kepada Negara Jepun Itu Sebagai Satu Platform Untuk Kita Berusaha Membuat Sesuatu Untuk Mengubah Nasib Kepada Kehidupan Yang Lebih Baik. Faham Ker Faham? ;)

Jadi Saya Harap Perkongsian Saya Dalam Ruangan Ini Dalam Merungkai Rahsia Kejayaan Orang Jepun Sedikit Sebanyak Dapat Memberikan Inspirasi Atau Suntikan Semangat Kepada Para Pembaca Untuk Mengubah Diri Kita Pada Hari Ini Kepada Sesuatu Yang Lebih Baik Pada Hari Esok Dan Hari-hari Seterusnya. ;)

Baiklah, Kalau Minggu Lepas Kita Telah Mengetahui Rahsia Orang Jepun Yang Paling Utama Iaitu RAJIN, Kali Ini Saya Ingin Berkongsi Pula Rahsia Orang Jepun Yang Kedua Iaitu TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA. 

Tahukah Anda Yang Negara Jepun Bukannya Berasal Dari Negara Yang Kaya?Malah Sejarah Juga Mencatatkan Bahawa Kesan Dari Peristiwa Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki Telah Menyebabkan Negara Jepun Hancur Musnah. Tapi Sikap Rakyat Jepun Yang Tidak Pernah Berputus Asa Dalam Membangunkan Semula Negara Yang Hancur Musnah Telah Berjaya Menjadikan Negara Jepun Sebagai Antara Negara Termaju Di Dunia.

Jadi Cuba Kita Kaitkan Dengan Diri Kita Sendiri. Pernahkah Anda Berputus Asa Dalam Mengejar Impian? Kadang-kadang Impian Yang Terlalu Besar Juga Boleh Menyebabkan Kita Mudah Berputus Asa. Saya Juga Pernah Beberapa Ketika Ingin Berputus Asa Untuk Mencapai Impian-impian Saya. Tapi Alhamdulillah, Bila Saya Fikir Tentang Rakyat Negara Jepun Yang Tidak Pernah Berputus Asa, Secara Tidak Langsung Ia Akan Buat Saya Bersemangat Kembali Untuk Terus Berusaha Mencapai Impian Saya. 

Lagipon Pada Saya Sendiri, Agak Memalukan Bagi Saya Meminati Rakyat Negara Jepun Tapi Tak Dapat Contohi Sikap Baik Rakyat Negara Jepun. It's Like, My Passion Towards Japan Is Meaningless If I Don't Learn Anything From Them. Faham Kan Maksud Saya? ;) Jadi Saya Harap Selepas Ini, Anda Semua (Terutama Peminat Tegar Negara Jepun) Dapat Mencontohi Sikap Rakyat Negara Jepun Yang Tidak Pernah Berputus Asa Itu. Percayalah, Dengan Mencontohi Sikap Mereka Yang Baik Itu Secara Tidak Langsung Akan Dapat Mengubah Keadaan Negara Kita Sedikit Demi Sedikit. Negara Akan Berubah Sekiranya Rakyatnya Juga Berubah. 

Okay, Sekian Saja Perkongsian Saya Malam Ini. Jumpa Rabu Depan Untuk Perkongsian Yang Baru Pula. Mata Raishuu!! (Jumpa Minggu Depan)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin Belajar Bahasa Jepun Melalui BJBHB?Isi Details Di Sini

LIKE Page Official Saya Juga --> HOUKI BOSHI ;)

Arigatou Gozaimasu (Terima Kasih) !
ほうき星
(HOUKI BOSHI)
Pengasas Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB
(Facebook Page BJBHB )


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS