Showing posts with label katakana. Show all posts
Showing posts with label katakana. Show all posts

Carta Bunyi Tulisan Hiragana & Katakana

Tuesday, September 17, 2013

Di bawah ialah carta bunyi bagi tulisan Hiragana & Katakana
boleh ingat kesemuanya? :)



TIPS

 * TSU dibunyikan sebagai SE dalam 'semut'
* DZU dibunyikan sebagai ZU dalam 'zuriat' cuma lebih ditekan sebutannya
* を disebut sebagai O dalam 'otak'. Namun dari segi penulisan dalam romaji boleh ditulis samada WO atau O, tiada masalah.

(penulisan dalam romaji adalah tidak begitu penting memandangkan ianya banyak versi. Lain buku lain cara penulisannya. Yang penting adalah sebutan. Jadi pastikan sebutan adalah betul ye. Boleh rujuk video tutorial mengenai sebutan kana/karakter Hiragana jika ada sebarang kekeliruan^^)

Tulisan Dalam Bahasa Jepun


Konbanwa minna-san, ogenki desuka?

Saya agak kurang sihat sikit tapi takpe, malam ni saya nak memperkenalkan mengenai tulisan bahasa Jepun. Ada 3 jenis tulisan iaitu tulisan HIRAGANA, KATAKANA dan KANJI.

-HIRAGANA- 
Tulisan paling asas. Ada sejarah mengatakan yang tulisan ini digunakan oleh golongan wanita pada zaman dahulu dan sebab tu ia ditulis dengan lembut.

-KATAKANA- 
Tulisan yang digunakan apabila ingin menulis perkataan dari luar negara seperti (nama, negara, atau jenama). Ia juga digunakan untuk menulis perkataan-perkataan bahasa asing yang dijepunkan contoh seperti roti dalam bahasa Jepun ialah 'pan' (パン) merupakan perkataan dari negara China.

-KANJI- 
Tulisan yang berbentuk simbol dan asalnya dari tulisan negara China.

manakala ROMAJI adalah perkataan bahasa Jepun bagi tulisan roman.


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS