TINTA HOSHI : RAHSIA KEJAYAAN ORANG JEPUN (Bhgn 3)

Wednesday, February 24, 2016


Assalamualaikum,

Jika Sebelum Ini Kita Telah Mengetahui 2 Sikap Orang Jepun Yang Merupakan Rahsia Kejayaan Mereka Iaitu Yang Pertama RAJIN Dan Yang Kedua TIDAK BERPUTUS ASA, Kali Ini Saya Ingin Berkongsi Pula Rahsia Mereka Yang Ketiga Yang Juga Sangat Penting Dan Sesuatu Yang Kita Boleh Contohi Iaitu SEMANGAT KUAT. Ya Betul, Orang Jepun Mempunyai Semangat Yang Sangat Kuat. 

Kemahuan Orang Jepun Membangunkan Negara Yang Musnah Akibat Perang Dunia Kedua Menjadi Sebab Utama Atau BIG WHY Untuk Mereka Terus Berusaha Tanpa Henti Dan Ianya Boleh Dilakukan Kerana Semangat Kuat Yang Mereka Ada. 

Mereka Sentiasa Bersemangat Dalam Melakukan Kerja. Disebabkan Semangat Inilah Kerja Yang Mereka Lakukan Boleh Disiapkan Dengan Pantas Tanpa Banyak Alasan. 

Persoalan Saya Di Sini, Rasa-rasanya Mengapa Kemahuan Orang Jepun Untuk Membangunkan Negara Mereka Kuat Justeru Menjadikan Mereka Sentiasa Bersemangat Tinggi? ;)

Jawapannya Senang Saja, Kerana Orang Jepun Sangat Cintakan Negara Dan Bangsa Mereka. Sebab Itu Mereka Tidak Membuang Masa Dengan Menyalahkan Antara Satu Sama Lain Atau Menyalahkan Pihak Luar Atas Kemusnahan Negara Mereka Akibat Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki Oleh Tentera Amerika. 

Jadi Kuncinya Di Sini, Jika Kita Mahu Mengamalkan Sikap Semangat Kuat Orang Jepun Dalam Kehidupan Harian, Perkara Utama Sekali Yang Perlu Kita Buat Ialah Dengan Menanamkan Sikap Cintakan Negara Dan Bangsa Kita Sendiri (Terutamanya Orang Melayu). 

Manusia Tidak Akan Lari Dari Melakukan Kesilapan. Ia Adalah Proses Yang Berulang-ulang Dalam Kehidupan Untuk Kita Pelajari Sesuatu Darinya. Tentu Sekali Orang Melayu Punya Banyak Kelemahan. Hasad Dengki, Pemikiran Yang Sempit, Suka Menyalahkan Antara Satu Sama Lain, Malas, Suka Bagi Alasan Dan Sebagainya. Tapi Adakah Ianya Boleh Diubah?TENTU SEKALI BOLEH!“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11).

Maka Dengan Ini, Jelaslah Untuk Kita Fahami, Sebelum Kita Boleh Mengamalkan Sikap Baik Orang Jepun Yang Merupakan Rahsia Mereka Dalam Memajukan Negara, Terlebih Dahulu Kita Perlu Mengubah Mentaliti Diri Sendiri Untuk Lebih Cintakan Negara Dan Bangsa Sendiri. Kita Boleh Jadi Lebih Hebat Dari Orang Jepun Sebenarnya, Asalkan Kita Tahu Caranya Dan Sentiasa Berusaha Mengubah Nasib Kita. ;)

Okay, Itu Saja Perkongsian Saya Kali Ini. Moga Ianya Bermanfaat. Jumpa Minggu Depan Untuk Perkongsian Yang Baru Pula. Mata Raishuu! (Jumpa Minggu Depan!)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin Belajar Bahasa Jepun Melalui BJBHB?Isi Details Di Sini

LIKE Page Official Saya Juga --> HOUKI BOSHI ;)

Arigatou Gozaimasu (Terima Kasih) !
ほうき星
(HOUKI BOSHI)
Pengasas Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB
(Facebook Page BJBHB )



No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS