[TANYA BJBHB] Q&A: Bahasa Jepun Bersama Houki Boshi (BJBHB)

Sunday, June 14, 2015



Q&A #1

Apa itu BJBHB?
  • BJBHB ialah singkatan untuk BAHASA JEPUN BERSAMA HOUKI BOSHI, merupakan Pusat Komuniti Peminat Jepun Online dan Offline di Malaysia yang didaftarkan oleh HOUKI BOSHI RESOURCES (No pendaftaran : KT0357375-D) 
Q&A #2

Bila dan bagaimana BJBHB bermula?

  • BJBHB diwujudkan oleh pengasasnya iaitu Houki Boshi dan bermula pada 3/9/2013 apabila beliau mula membuat page bahasa Jepun khas untuk mempromosikan buku bahasa Jepun yang ditulis sendiri dan juga untuk mempromosikan tutorial bahasa Jepun secara pos oleh beliau ketika itu. BJBHB mula mewujudkan perkhidmatan utamanya iaitu perkhidmatan pembelajaran bahasa Jepun secara online pada lewat 2014.

Q&A #3

Apakah perkhidmatan dan produk yang BJBHB tawarkan?
  • Program pembelajaran Bahasa Jepun secara online dan offline.
  • Penyertaan Kelab BJBHB di mana peminat Jepun dapat berkumpul dan berkongsi minat serta ilmu pengetahuan tentang negara Jepun.
  • Program melancong sambil belajar ke Jepun Melalui Program OSHARE NIHON kami.
  • Program menjana pendapatan sampingan melalui program BJBHB Ke Jepun Dikuatkusakan Oleh Tone Excel.
  • Membeli produk barangan Jepun (Atau bertemakan negara Jepun) melalui The Authentic Online Shop.
  • Membuat kerja kemasyarakatan melalui Program Anak Angkat BJBHB Bersama Rumah Anak Yatim.
  • Peluang untuk menjadi usahawan dalam perniagaan barangan yang diimport dari Jepun melalui program OSHARE NIHON.
Q&A #4

Mengapakah yuran pendaftaran Kelab BJBHB PERCUMA?


  • Yuran pendaftaran Kelab BJBHB adalah percuma sahaja kerana kami masih dalam fasa untuk mempromosikan kelab kami. Fokus utama kami ialah untuk meramaikan ahli Kelab BJBHB. Yuran pendaftaran akan dikenakan masa ke semasa mengikut kesesuaian.
Q&A #5

Siapa yang layak mengikuti Kelab BJBHB ini?


  • Mereka yang berminat ingin mempelajari Bahasa Jepun.
  • Mereka yang sangat berminat dengan negara Jepun dan ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun yang lain untuk berkongsi minat.
  • Mereka yang ingin mencuba untuk menjadi usahawan dalam perniagaan barangan Jepun.
  • Mereka yang ingin menjadi tutor, vlogger atau penulis bahasa Jepun. (Kerana kami ada sediakan peluang itu kepada semua ahli kelab yang berjaya dalam peperiksaan Japanese Language Proficiency Test (JLPT).
Q&A #6

Apakah matlamat utama BJBHB diwujudkan?
  • BJBHB diwujudkan dengan matlamat utama untuk menjadi Pusat Komuniti Peminat Jepun No 1 di Malaysia!

Jika minna ada sebarang soalan mengenai BJBHB, jangan segan silu untuk isi borang di bawah dan submit kepada kami ye. Kami akan jawab dalam ruangan [TANYA BJBHB] pada masa akan datang. Arigatou gozaimasu!^^ 



4 comments:

  1. salam,saya dah send borang untuk menyertai bjbhb ni tapi sampai sekarang takde response ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. Maaf Ye Sbb Lambat. Buat Pengetahuan, Kami Memeriksa Keahlian Baru Kelab BJBHB Setiap Seminggu Sekali. Sebab Tu Lambat. Skg Awk Sudah Dimasukkan Ke Dalam Kelab Kan? :D

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. おなまえわえぢです apakah maksud yang ditulis ini?

    ReplyDelete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS