sistem pendidikan di jepun

Wednesday, March 5, 2014

Assalamualaikum...konbanwa..selamat petang...minna, petang ini sy mahu kongsikan serba sedikit mengenai sistem persekolahan di jepun.  Lambakan drama jepun bertema alam persekolahan seperti hanakimi, gokusen, nobuta wo produce dan sebagainya menyebabkan rasa ingin tahu sy mengenai sistem persekolahan di jepun.

Di jepun, hanya pembelajaran diperingkat sekolah rendah dan menengah rendah yang diwajibkan. Untuk peringkat menengah rendah, kebanyakan pelajar akan ke sekolah menengah rendah awam, manakala untuk menengah atas, sekolah swasta adalah lebih popular.  Selepas perang dunia ke dua, undang-undang asas pendidikan dan undang-undang pendidikan sekolah telah diwujudkan. Undang-undang yang wujud selepas undang-undang ini telah mencorakkan sistem persekolahan jepun hingga hari ini: 6 tahun persekolahan di sekolah rendah, 3 tahun sekolah tinggi junior, tiga tahun sekolah tinggi dan dua atau empat tahun di universiti. Dalam hal ini, persekolahan di jepun bermula pada bulan april dan kelas diadakan pada hari isnin hingga jumaat atau sabtu (bergantung pada sesebuah sekolah itu). Sesi Persekolahan terbahagi kepada tiga semester yang dipisahkan oleh cuti pendek pada musim bunga dan sejuk dan cuti panjang pada musim panas (enam minggu).


Gred persekolahan
umur
gred
Pencapaian persekolahan
3-6

Tadika (youchien)
7-12
1-6
Sekolah rendah (shougakkou)-pendidikan wajib
13-15
1-3
Sekolah tinggi junior (chuugakkou)-pendidikan wajib
16-18
1-3
Sekolah tinggi (koutougakkou)/ koukou

Sekolah rendah
Kanak-kanak jepun memasuki gred pertama di sekolah rendah pada bulan april selepas hari lahir ke enam tahun mereka (umur tujuh tahun). Terdapat kira-kira 30 hingga 40 pelajar dalam setiap bilik darjah. Subjek yang dipelajari adalah meliputi subjek bahasa jepun, matematik, sains, musik, kaftangan, sosial, dan ekonomi rumahtangga ( untuk belajar asas memasak dan menjahit). Selain itu, pelajar juga turut mempelajari seni jepun seperti shodo (kaligrafi) dan haiku.  Seni Shodo melibatkan rendaman berus ke dalam dakwat dan digunakan untuk menulis perkataan kanji dan kana. Haiku pula adalah satu seni yang digunakan untuk memberitahu emosi mendalam kepada pembaca menggunakan ekpresi mudah.


Sekolah tinggi junior
Peringkat menengah rendah meliputi gred 7 hingga 9.Walaupun ianya dibolehkan untuk meninggalkan alam persekolahan dan mencari kerja selepas tamat persekolahan sekolah tinggi junior, namun peratus masyarakat jepun yang berbuat sedemikian adalah sedikit sahaja iaitu 4 % pada lewat 1980-an. Pada tahun 1980-an, seperti sekolah rendah, kebanyakan sekolah tinggi junior adalah sekolah awam dengan hanya 5% daripadanya sekolah swasta. Pendidikan Kurikulum adalah melibatkan subjek bahasa jepun, pendidikan sosial, matematik, sains , muzik, kesihatan , seni dan pendidikan jasmani.

Sekolah tinggi
Walaupun pendidikan hanya diwajibkan untuk peringkat sekolah rendah, dan sekolah tinggi junior, namun kira-kira 98 % pelajar tetap hadir ke sekolah tinggi. Seperti yang kita lihat dalam drama-drama jepun, para pelajar kebiasaannya akan mengambil peperiksaan bagi memasuki sekolah tinggi. Baru-baru ini, beberapa sekolah tinggi junior dan sekolah tinggi telah bergabung bagi membentuk sekolah dengan enam tahun persekolahan. Para pelajar boleh memilih samaada mahu ke sekolah swasta ataupun sekolah awam. Dalam hal ini, terdapat kira-kira 55 % sekolah tinggi swasta di seluruh jepun. Kementerian pendidikan menganggarkan perbelanjaan untuk sekolah tinggi swasta adalah dua kali lebih tinggi berbanding sekolah awam iaitu sebanyak kira-kira 600 000 yen pada tahun 1980-an.

Aktiviti kelab
Hampir semua pelajar sekolah tinggi junior mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum mengikut pilihan mereka sendiri samaada dalam sukan, seni, mahupun kelab sains. Dalam hal ini, kelab besbol merupakan kelab yang paling popular dalam kalangan pelajar lelaki. Tidak kurang juga dengan kelab bola sepak yang semakin diminati oleh pelajar-pelajar . Kelab judo pula menjadi pilihan oleh kedua-dua golongan pelajar perempuan dan lelaki. Antara kelab sukan lain yang popular adalah tenis, bola keranjang, gimnastik dan sebagainya. Untuk kelab kebudayaan pula, satu kelab yang semakin popular adalah kelab go. Go merupakan sejenis permainan papan strategik yang dimainkan dengan dua batu iaitu hitam dan putih. Dalam hal ini, selepas komik berkenaan permainan tersebut diterbitkan semakin ramai para pelajar yang mencuba permainan tersebut. Antara pilihan lain bagi kelab kebudayaan adalah kelab kelab koir, kelab seni lukis , kelab upacara teh dan sebagainya


Sumber: 
2)http://web-japan.org/kidsweb/explore/schools/index.html

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS