movie hitsudan hostess

Sunday, March 2, 2014

assalamualaikum.....konbanwa....antara faktor admin merupakan penggemar eiga (filem) dan dorama (drama) jepun adalah kerana jalan ceritanya yang menarik dan memberi inspirasi serta motivasi hidup, seperti mana drama one litre of tears dan filem hitsudan hostess yang sarat dengan pengajaran hidup. Petang ini, admin mahu kongsikan latarbelakang dan sinopsis hitsudan hostess lakonan keiko kitagawa sebagai saito rie yang diterbitkan pada tahun 2010.

keiko kitagawa dalam hitsudan hostess

Filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar yang mengisahkan kehidupan seorang gadis, saito rie yang telah kehilangan pendengaran sejak berumur satu tahun akibat dari penyakit meningitis. Dalam hal ini, ibu saito-san berusaha mengajarnya bagaimana untuk membaca pergerakan bibir berbanding menggunakan bahasa isyarat bagi memahami percakapan manusia sekeliling. Selain itu, ibu saito-san sentiasa berpesan "if you came out on top,even though you are deaf everyone will accept you". 

Selepas mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dari sekolah tinggi, saito-san bekerja sebagai pembantu jualan di butik pakaian. Namun, selepas butik tersebut ditutup, jalan masa depan bagi saito-san seolah-olah tertutup akibat dari masalah pendengaran yang dialaminya. Sehinggalah saito-san bertemu dengan pelayan wanita di aomori, saito-san mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelayan wanita. Pada ketika inilah,hubungan saito-san dengan ibunya mengalami sedikit masalah apabila saito-san tetap berkerja sebagai pelayan wanita walaupun ibunya melarang keras.

Seperti yang diharapkan oleh ibunya supaya saito-san menjadi nombor satu dalam apa jua yang dilakukan, akhirnya, saito-san telah berjaya menjadi seorang pelayan wanita nombor satu di ginza,jepun. Dalam hal ini, saito-san telah berkomunikasi dengan pelanggannya secara bertulis (hitsudan). Di akhir filem ini, setelah berjaya menjadi pelayan wanita nombor satu,saito-san pulang melawat ibunya di aomori dan hubungan mereka kembali pulih. Hitsudan hostess merupakan , filem yang sangat menyentuh hati dan mengajar kita untuk tidak berputus asa dalam hidup. Kekurangan yang kita miliki, bukan bermakna kita boleh menyerah begitu sahaja.  あきらめるな(akirameruna)
saito rie-san

~ありがとおございます~

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS