[TANYA BJBHB] Q&A : FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE BJBHB

Sunday, February 28, 2016

Poster Forum Tutorial Online Batch 11 Yang Telah Lepas
Q&A #1
Apa itu FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE?
  • FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Adalah Antara Program Pembelajaran Bahasa Jepun Secara Online (Kelas Telegram) Di Bawah Anjuran Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB. 
Q&A #2
Siapakah Yang Layak Menyertai FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Ini?
  • Warganegara Malaysia Dan Berusia 15 Tahun Ke Atas.
  • Mereka Yang Ingin Mengambil Peperiksaan Japanese Language Proficiency Test (JLPT)
  • Mereka Yang Ingin Belajar Bahasa Jepun Mengikut Silibus Pembelajaran Yang Diiktiraf (Menggunakan Buku MINNA NO NIHONGO Sebagai Rujukan)
  • Mereka Yang Ingin Mendapatkan Sijil Bagi Peluang Pekerjaan.
  • Mereka Yang Ingin Menjadi Tutor Di Bawah Program Pembelajaran Bahasa Jepun Di Anjuran BJBHB.
Q&A #3
Bagaimanakah FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Berjalan?
  • FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Merangkumi 11 Peringkat Forum Iaitu:
** Forum Tutorial Peringkat Pra
** Forum Tutorial Peringkat Asas 1
** Forum Tutorial Peringkat Asas 2
** Forum Tutorial Peringkat Asas 3
** Forum Tutorial Peringkat Asas 4
** Forum Tutorial Peringkat Asas 5
** Forum Tutorial Peringkat Asas 6
** Forum Tutorial Peringkat Asas 7
** Forum Tutorial Peringkat Asas 8
** Forum Tutorial Peringkat Asas 9
** Forum Tutorial Peringkat Asas 10
  • Setiap Peringkat Forum Berjalan Selama 6 Minggu (6 Kali Kelas).
  • Masa Kelas Adalah Setiap Hari Ahad Pada Pukul 9 Malam - 11 Malam. (Bergantung Kepada Kelapangan Pengajar)
  • Aktiviti Kelas Adalah Percakapan/Sebutan (Rakaman Audio), Penulisan, Video Tutorial, Latihan Bertulis, Kuiz Online Dan Juga Tugasan.
  • Ujian Penilaian Akan Dijalankan Bagi Setiap Peringkat Forum.
  • Pelajar Perlu LULUS Ujian Penilaian Dan Juga Melengkapkan Tugasan-tugasan Yang Diberikan Sebelum Layak Memohon Untuk Memasuki Peringkat Forum Yang Seterusnya. 
Q&A #4
Bagaimanakah Dengan Silibus Pembelajaran Yang Digunakan Dalam FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Ini?
  • Silibus Pembelajaran Yang Digunakan Adalah Disusun Mengikut Silibus Di Dalam Buku Rujukan Bahasa Jepun, MINNA NO NIHONGO.
  • Ebook Pembelajaran Bahasa Jepun Yang Diterbitkan Oleh BJBHB (Yang Merujuk Kepada Buku MINNA NO NIHONGO) Akan Digunakan Bagi Setiap Peringkat Forum.
Q&A #5
Adakah Saya Boleh Mengambil Peperiksaan (Japanese Language Proficiency Test) JLPT Dengan Mengikuti Program Ini?
  • Ya, BOLEH!Ini Kerana Silibus Yang Digunakan Dalam Forum Adalah Merujuk Kepada Buku MINNA NO NIHONGO Yang Juga Merupakan Rujukan Utama Untuk Mengambil JLPT.
Q&A #6
Adakah Sijil Disediakan Bagi Program Ini?
  • Sijil Hanya Akan Diberikan Kepada Pelajar Yang Telah Melengkapkan Kesemua Peringkat Forum. 
Q&A #7
Berapa Lamakah Untuk Pelajar Dapat Melengkapkan Kesemua Peringkat Forum?
  • 2 Tahun Bagi Setiap Ambilan Forum.
Q&A #8
Bolehkah Pelajar Melompat Peringkat Forum Sekiranya Mereka Telah Menguasai Silibus Peringkat Forum Sebelumnya?
  • Boleh. Tapi Mereka Perlu Mengambil Ujian Penilaian Sebelum Mereka Boleh Masuk Ke Forum Yang Ingin Mereka Sertai.
Q&A #9
Bolehkah Pelajar Melompat Peringkat Forum Sekiranya Mereka Telah Menguasai Silibus Peringkat Forum Sebelumnya?
  • Boleh. Tapi Mereka Perlu Mengambil Ujian Penilaian Sebelum Mereka Boleh Masuk Ke Forum Yang Ingin Mereka Sertai.
Q&A #10
Adakah Yuran Dikenakan Bagi Setiap Peringkat Forum?
  • Ya, Setiap Peringkat Forum Ada Yurannya.
Q&A #11

Apakah Tarikh Peringkat Forum Yang Terdekat?
  • Peringkat Forum Yang Terdekat Adalah Peringkat Forum Tutorial Bahasa Jepun Asas 1 Pada 24/4/2016.
BERMINAT UNTUK MENGIKUTI FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ASAS 1?
Whatsapp 'FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ASAS 1' Ke 0109850103 Sekarang Juga!Arigatou Gozaimasu! (Terima Kasih) :>

** Anda Terlepas Forum Tutorial Bahasa Jepun Peringkat Pra? Jangan Bimbang, Whatsapp Saja 'Forum Tutorial Bahasa Jepun Peringkat Pra' Ke Nombor Yang Sama Ye ;)

=================================================================================

Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?

Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751
Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.


‪#‎BJBHB‬
#PusatKomunitiPeminatJepun


[DIARI BJBHB #23] KALENDAR KANJI BJBHB 2016

Saturday, February 27, 2016

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

Alhamdulillah Saya Baru Dapat Kalendar Kanji BJBHB 2016!!!


Dan Saya Percaya, Pelanggan-pelanggan Lain Yang Menempah Kalendar Nie Pon Mesti Dah Dapat Kan??
Kalau Tak Dapat Bagitahu Okay!

Macam Mana Dengan Kalendar Kami??
Harap Minna Suka Ye Dengan Design Dan Kualiti Kalendar ;)
Sambil-sambil Tengok Kalendar Boleh Belajar Tulisan Kanji Bahasa Jepun :*

Dan Pada Saya, Kalendar Kanji Kali Nie Istimewa Sikit Sebab 
Dihiasi Dengan Karakter-karakter Projek Komik Saya Iaitu Komik
AKADEMI HOUKI BOSHI. So, Hehehe..U Know The Feeling ^3^

Apa-apa Pon, Ada Request Dari Team Projek Kalendar Supaya Saya Boleh
Buatkan Satu Video Tutorial Khas Tentang Cara Penggunaan Kalendar, So Saya Pon Buatlah
Klik Link Video Tutorial Penggunaan Kalendar Kanji BJBHB 2016  Kalau Tak Tahu Macam Mana Nak Guna Kalendar Ye ^^

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!

(Okay, itu saja!)

ほうき
(Houki Boshi)


=================================================================================

Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?

Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.


#PusatKomunitiPeminatJepun

[TANYA BJBHB] Q&A : OSHARE NIHON (Smart Japan)



Q&A #1

Apa itu OSHARE NIHON (Smart Japan)?
  • OSHARE NIHON Ialah Salah Satu Program Pembelajaran Bahasa Jepun Anjuran Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB. Ia Adalah Program Pembelajaran Di Mana Peserta Program Boleh BELAJAR Bahasa Jepun, MELANCONG Ke Jepun Dan BERCAKAP Dengan Orang Jepun Dalam Masa Kurang Setahun.
Q&A #2

Siapakah Yang Boleh Menyertai OSHARE NIHON?
  • Lepasan SPM Dan Ke Atas.
  • Mereka Yang Ingin Melancong Ke Jepun Dengan Bajet Yang Rendah.
  • Mereka Yang Ingin Belajar Bahasa Jepun Secara Suka-suka (Tidak Berniat Untuk Mengambil Peperiksaan JLPT Atau Untuk Mendapatkan Sijil Untuk Peluang Pekerjaan/Kenaikan Pangkat). 
  • Mereka Yang Ingin Bercakap/Berinteraksi Dengan Orang Jepun.
  • Mereka Yang Berhasrat Ingin Menjadi Usahawan Dalam Perniagaan Barangan Jepun.
  • Mereka Yang Berhasrat Ingin Menjadi Tourist Guide Di Jepun.
  • Mereka Yang Berhasrat Ingin Membuat Kerja-kerja Sukarelawan/dakwah Di Jepun.
Q&A #3

Bagaimanakah Program OSHARE NIHON Berjalan?
  • Program OSHARE NIHON  Merangkumi 6 Sesi Kelas Pembelajaran Di Malaysia Manakala 1 Sesi Praktikal Di Jepun. 
  • 6 Sesi Kelas Pembelajaran Ini Merupakan 4 Sesi Kelas Online (Kelas Telegram Selama Sebulan Bagi Setiap Sesi) Dan 2 Sesi Kelas Offline (Kelas Sehari Yang Akan Dijalankan Di Bilik Seminar The Serenity, Sri Gombak.)
Q&A #4

Apakah Syarat Untuk Peserta OSHARE NIHON Layak Menjalani Sesi Praktikal Di Jepun?
  • Syaratnya Ialah Peserta WAJIB Melengkapkan Keenam2 Sesi Kelas Pembelajaran Di Malaysia Sebelum Layak Menjalani Sesi Praktikal Di Jepun.
Q&A #5

Berapa Lamakah Sesi Praktikal Di Jepun Berjalan?
  • Antara 4 Ke 5 Hari.

Q&A #6

Apakah Pengisian Semasa Sesi Praktikal Di Jepun?
  • Explore Race
  • Main Jankenpon dengan orang Jepun (Atau Permainan Tradisional Jepun Lain)
  • Keluarga angkat Peserta ON dengan keluarga Jepun
  • Berjumpa dengan mualaf di Jepun
  • Melawat Tempat-tempat Menarik Di Sekitar Kawasan Sesi Praktikal Berjalan.

Q&A #7

Apakah Kesinambungan Dari Program OSHARE NIHON Ini?
  • Peserta Yang Tamat Sesi Praktikal Di Jepun Akan Diberikan Sijil Penghargaan Dan Mendapat Title '-Senpai' Di Kalangan Ahli Kelab BJBHB.
  • Senpai-senpai Ini Layak Untuk Mengikuti Program Advance BJBHB Iaitu Program Sukarelawan/Dakwah Di Jepun Pada Masa Akan Datang Dengan Yuran Penyertaan Yang Lebih Rendah.
Q&A #8

Apakah Kelebihan Lain Sebagai Peserta OSHARE NIHON?
  • Peserta Akan Mendapat Lagi 10% Tambahan Diskaun Ke Atas Mana-mana Pembelian Produk Atau Penyertaan Program BJBHB. (Setelah Tamat Sesi Praktikal Di Jepun).
  • Peserta Diiktiraf Sebagai Rakan Kongsi BJBHB Dalam Program Keusahawanan Yang Akan BJBHB Tawarkan. 
  • Peserta Boleh Menjalani Sesi Praktikal Di Jepun Dengan Bajet Yang Sangat Rendah Melalui Dana OSHARE NIHON Yang Dikumpul Melalui Aktiviti Keusahawanan Yang Disediakan Kepada Peserta.
Q&A #9

Bilakah Sesi Kelas OSHARE NIHON Yang Seterusnya Akan Dibuat?

BERMINAT UNTUK JOIN KELAS OSHARE NIHON?
Whatsapp 'OSHARE NIHON' Ke 0109850103 Sekarang Juga!Arigatou Gozaimasu! (Terima Kasih) :>

=================================================================================

Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?

Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751
Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.


‪#‎BJBHB‬
#PusatKomunitiPeminatJepun



TINTA HOSHI : RAHSIA KEJAYAAN ORANG JEPUN (Bhgn 3)

Wednesday, February 24, 2016


Assalamualaikum,

Jika Sebelum Ini Kita Telah Mengetahui 2 Sikap Orang Jepun Yang Merupakan Rahsia Kejayaan Mereka Iaitu Yang Pertama RAJIN Dan Yang Kedua TIDAK BERPUTUS ASA, Kali Ini Saya Ingin Berkongsi Pula Rahsia Mereka Yang Ketiga Yang Juga Sangat Penting Dan Sesuatu Yang Kita Boleh Contohi Iaitu SEMANGAT KUAT. Ya Betul, Orang Jepun Mempunyai Semangat Yang Sangat Kuat. 

Kemahuan Orang Jepun Membangunkan Negara Yang Musnah Akibat Perang Dunia Kedua Menjadi Sebab Utama Atau BIG WHY Untuk Mereka Terus Berusaha Tanpa Henti Dan Ianya Boleh Dilakukan Kerana Semangat Kuat Yang Mereka Ada. 

Mereka Sentiasa Bersemangat Dalam Melakukan Kerja. Disebabkan Semangat Inilah Kerja Yang Mereka Lakukan Boleh Disiapkan Dengan Pantas Tanpa Banyak Alasan. 

Persoalan Saya Di Sini, Rasa-rasanya Mengapa Kemahuan Orang Jepun Untuk Membangunkan Negara Mereka Kuat Justeru Menjadikan Mereka Sentiasa Bersemangat Tinggi? ;)

Jawapannya Senang Saja, Kerana Orang Jepun Sangat Cintakan Negara Dan Bangsa Mereka. Sebab Itu Mereka Tidak Membuang Masa Dengan Menyalahkan Antara Satu Sama Lain Atau Menyalahkan Pihak Luar Atas Kemusnahan Negara Mereka Akibat Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki Oleh Tentera Amerika. 

Jadi Kuncinya Di Sini, Jika Kita Mahu Mengamalkan Sikap Semangat Kuat Orang Jepun Dalam Kehidupan Harian, Perkara Utama Sekali Yang Perlu Kita Buat Ialah Dengan Menanamkan Sikap Cintakan Negara Dan Bangsa Kita Sendiri (Terutamanya Orang Melayu). 

Manusia Tidak Akan Lari Dari Melakukan Kesilapan. Ia Adalah Proses Yang Berulang-ulang Dalam Kehidupan Untuk Kita Pelajari Sesuatu Darinya. Tentu Sekali Orang Melayu Punya Banyak Kelemahan. Hasad Dengki, Pemikiran Yang Sempit, Suka Menyalahkan Antara Satu Sama Lain, Malas, Suka Bagi Alasan Dan Sebagainya. Tapi Adakah Ianya Boleh Diubah?TENTU SEKALI BOLEH!“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11).

Maka Dengan Ini, Jelaslah Untuk Kita Fahami, Sebelum Kita Boleh Mengamalkan Sikap Baik Orang Jepun Yang Merupakan Rahsia Mereka Dalam Memajukan Negara, Terlebih Dahulu Kita Perlu Mengubah Mentaliti Diri Sendiri Untuk Lebih Cintakan Negara Dan Bangsa Sendiri. Kita Boleh Jadi Lebih Hebat Dari Orang Jepun Sebenarnya, Asalkan Kita Tahu Caranya Dan Sentiasa Berusaha Mengubah Nasib Kita. ;)

Okay, Itu Saja Perkongsian Saya Kali Ini. Moga Ianya Bermanfaat. Jumpa Minggu Depan Untuk Perkongsian Yang Baru Pula. Mata Raishuu! (Jumpa Minggu Depan!)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin Belajar Bahasa Jepun Melalui BJBHB?Isi Details Di Sini

LIKE Page Official Saya Juga --> HOUKI BOSHI ;)

Arigatou Gozaimasu (Terima Kasih) !
ほうき星
(HOUKI BOSHI)
Pengasas Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB
(Facebook Page BJBHB )



[TANYA BJBHB] : Apa Itu JLPT?

Monday, February 22, 2016


ASSALAMUALAIKUM MINASAN,
 OGENKI DESUKA? 
(Apa Khabar?) 

Saya Harap Semuanya Sihat-sihat Dan Gembira Selalu ;)

Kali Ini Saya Ingin Berkongsi 3 Pertanyaan Daripada Followers Kami Yang Diajukan Melalui 
Borang Tanya BJBHB. Diharapkan Ianya Juga Menjawab Mereka Yang Juga Mempunyai Persoalan Yang Sama Juga Okay ;)

*************************************************************************************************************************************

SOALAN 1 : Saya Nak Tanya Psl JLPT..Boleh Tlg Terangkan. (Fika)

JAWAPAN :

Terima Kasih Kepada Fika-san Atas Soalan Di Atas Ne. Saya Rasa Ramai Juga Yang Tertanya-tanya Apakah Itu JLPT. So Diharapkan Jawapan Saya Ini Boleh Membantu^^

JLPT Ialah Ringkasan Untuk JAPANESE LANGUAGE PROFICIENCY TEST Iaitu Merupakan Peperiksaan Antarabangsa Bahasa Jepun Yang Boleh Diambil Oleh Non-Native Japanese Di Luar Jepun. Calon Yang Lulus Peperiksaan Ini Akan Diberikan Sijil Dan Sijil Itu Boleh Digunakan Untuk Calon Memohon Pekerjaan Ataupun Melanjutkan Pelajaran Di Jepun. 

JLPT Ada 5 Peringkat Iaitu Peringkat N5, N4, N3, N2 & N1. Peringkat N5 Adalah Peringkat Yang Lebih Mudah Manakala N1 Adalah Peringkat Yang Advance. Dikatakan Seseorang Perlu Mempunyai Sekurang-kurangnya Sijil N2 Untuk Mendapatkan Peluang Pekerjaan Di Jepun. 

Peperiksaan JLPT Dijalankan Sebanyak 2 Kali Setahun Iaitu Pada Bulan 7 Dan Bulan 12. Selain Pendaftaran Secara Offline, Calon Juga Boleh Berdaftar Secara Online. 

Jadi Ini Sedikit Sebanyak Penerangan Mengenai JLPT. Membantu Tak Fika-san? ;) Untuk Rujukan Lebih Dalam Mengenai JLPT Boleh Lawati Webpage Ini Okay ^^v

*************************************************************************************************************************************

Selain Itu, Saya Juga Menerima 2 Soalan Lain;

SOALAN 2 : Assalamualaikum, Sy Berminat Nak Join Program BJBHB Ke Jepun. Macammana?

JAWAPAN :

Terima Kasih Kepada Yang Bertanya Soalan. Tak Ditinggalkan Pulak Nama Panggilannya Tu :p Buat Pengetahuan, BJBHB Ada 2 Program Yang Membolehkan Anda Ke Jepun Iaitu Melalui Program Pembelajaran Bahasa Jepun 3 In 1 BJBHB Iaitu OSHARE NIHON (Smart Japan) Dan Juga Program BJBHB Ke Jepun Dikuatkuasakan Oleh TUNETALK


Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Mengenai Program OSHARE NIHON Ini Boleh Whatsapp 'OSHARE NIHON' Ke 0109850103 


Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Mengenai Program BJBHB Ke Jepun Dikuatkuasakan Oleh Tune Talk Boleh Whatsapp 'BJBHB Tune Talk' Ke 0132183606

*************************************************************************************************************************************

SOALAN 3 : Apa Nama Najiha Dalam B.Jepun?

JAWAPAN :

Terima Kasih Kepada Yang Bertanya Soalan. Yang Nie Namanya Najiha Kot :p Okay Kalau Nama Bukan Orang Jepun (Non-native Japanese), Tulisan Yang Digunakan Untuk Menulis Ialah Tulisan Katakana. Jadi Kalau Najiha, Tulisannya Adalah Seperti Ini, ナジハ (NA-JI-HA) Okay ;)


*************************************************************************************************************************************

Jya, Sore Dake (Okay, Itu Saja) Untuk Ruangan 'TANYA BJBHB'. Kalau Anda Ada Sebarang Soalan, Tak Kisah Apa2 Soalan Sekalipon Yg Berkaitan Dgn Jepun, Boleh Isi Borang Tanya BJBHB Ye. InsyaAllah Saya Akan Email Sekiranya Saya Telah Menjawab Pertanyaan Anda ;)

Ki O Tsukete (Take Care) !

*************************************************************************************************************************************

Anda Peminat Jepun?Jom Mendaftar Sebagai Ahli Kelab BJBHB! PERCUMA Saja!


Isi Borang Pendaftaran Dan Kami Akan Hubungi Anda Dengan Segera :D


=================================================================================

Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?

Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751
Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.


‪#‎BJBHB‬
#PusatKomunitiPeminatJepun







 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS