jepun dan tokyo

Wednesday, March 19, 2014

Negara jepun yang mempunyai populasi penduduk hingga 127.54 juta terdiri daripada 47 wilayah. Berdasarkan geografi dan sejarah latarbelakang, wilayah-eilayah ini terbahagi kepada lapan kawasan seperti Hokkaidou, Touhoku, Kantou, Chuubu, Kansai, Chuugoku, Shikoku dan Kyuushuu-okinawa. Setiap kawasan mempunyai dialek percakapan, adat dan budaya tradisional yang tersendiri. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai perbezaan termasuk rasa hidangan makanan dan persembahan seni tradisional di  kawasan kantou(meliputi Tokyo) dan kawasan kansai (meliputi oosaka). Dalam hal ini, kawasan pergunungan meliputi 70 % dari Negara jepun. Bandar dengan populasi penduduk mencecah lebih satu juta pula adalah seperti Sapporo di Hokkaidou; Sendai di Touhoku; Kawasaki, Saitama, Tokyo, dan Yokohama di Kantou; Nagoya di Chuubu; Oosaka, Kyoto, Kobe di Kansai; Hiroshima di Chuugoku; Fukuoka di Kyuushuu. Dalam hal ini, ibu kota jepun adalah Bandar Tokyo.

Tokyo
Tokyo, atau secara rasminya metropolis Tokyo merupakan salah satu diantara 47 wilayah di jepun. Tokyo merupakan ibu kota jepun dan Bandar metropolitan terbesar di dunia. Ia merupakan kawasan di mana letaknya kerajaan jepun dan istana diraja dan kediaman keluarga diraja jepun. Tokyo berada di kawasan kantou iaitu di kawasan tenggara pulau Honshu , pulau izu dan pulau ogasawara. Bandar metropolis Tokyo ini mula dibentuk pada tahun 1943. Tokyo dianggap sebagai sebuah Bandar namun secara rasminya, ianya merupakan sebuah ‘wilayah metropolitan’ yang sudah tentunya berbeza dengan sebuah Bandar. Pada tahun 2012 metropolitan Tokyo dinamakan sebagai sebuah Bandar termahal menurut tinjauan kos sara hidup yang telah dilakukan.

Etimologi
Tokyo pada asalnya dikenali sebagai edo yang membawa maksud kuala ataupun muara. Nama edo kemudiannya ditukar kepada Tokyo (to-timur, kyo- ibu kota) apabila ia menjadi ibu kota diraja pada tahun 1868. Pada awal era meiji, Bandar tersebut turut dikenali sebagai “tokei” , yang merupakan sebutan alternatif untuk karakter cina yang mewakili Tokyo. Perubahan nama edo kepada Tokyo mula dicadangkan pada tahun 1813 dalam buku kondo hisaku (rahsia perancangan pergaulan) yang ditulis oleh Satou Nobuhiro. Kemudiannya, Oukubo Toshimichi mengusulkan hal tersebut kepada pihak kerajaan.

Sejarah Tokyo
Tokyo pada mulanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Edo dan merupakan sebahagian daripada daerah musashi lama. Edo pada mulanya dibangunkan oleh suku edo pada lewat abad ke-20. Pada tahun 1457, outa doukan telah membina istana edo. Manakala pada tahun 1590, tokugawa ieyasu telah menjadikan edo sebagai pengkalannya dan setelah beliau menjadi shogun pada tahun 1603, Bandar edo telah menjadi pusat kerajaan tenteranya. Pada era edo yang berikutnya, edo telah berkembang menjadi sebuah Bandar terbesar di dunia dengan populasi penduduknya mencecah satu juta orang pada abad ke 18.

.

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS