yamanaka-ko

Sunday, June 22, 2014

Assalamualaikum..ohayou gozaimasu

ohisashiburi da nee!!!

saikin,, adomin wa chotto isogashii desu kara, kono BHJBHB burogu wa kakimasen(kebelakangan ni,admin cbuk skit,,sebab tu x tulis blog)

minna-san..yamanaka-ko o kiita arundesuka???(anda semua pernah dengar x pasal tasik yamanaka?)

Lokasi/luas kawasan/kedalaman

Tasik yamanaka (yamanaka-ko) yang merupakan tasik ketiga terbesar di Jepun, terletak di sebuah perkampungan di wilayah Yamanashi berhampiran dengan Gunung Fuji. Tasik ini termasuk dalam kawasan Taman Kebangsaan Fuji-Hakone-Izu. Antara lima tasik yang terletak berhampiran dengan Gunung Fuji, Tasik yamanaka adalah tasik yang terbesar dan yang tercetek dengan kedalaman maksimum hanyalah 13.5 meter. Tasik ini mula terbentuk apabila lahar dari Gunung Fuji dialirkan melalui sungai Sagami.

Tasik Yamanaka yang berlatarbelakangkan Gunung Fuji

Hidupan
Ikan-ikan seperti ikan ‘carp’, ‘dace’ dan ‘smelt’ telah diperkenalkan ke dalam tasik tersebut pada era Meiji. Kemudian, beberapa tahun berikutnya, ikan eksotik seperti ‘black bass’ dan ‘bluegill’ bertambah dan menggantikan spesies ikan asal yang terdapat dalam tasik tersebut. Manakala. Pada tahun 1956, pelbagai tumbuhan ‘marimo’ mula tumbuh dalam tasik tersebut.

Pemandangan di waktu pagi di tasik yamanaka

Keindahan semulajadi yamanaka-ko

Aktiviti
Tasik yamanaka merupakan kawasan rekreasi yang terkenal dengan aktiviti riadah seperti menaiki bot, memancing, ski air, renang dan bersiar-siar. Jika angin datang dari arah barat, kawasan tasik tersebut menjadi kawasan yang sesuai untuk aktiviti ‘paragliding’ di gunung Myoujinyama. Terdapat juga kabin kecil dan kawasan khas yang disediakan untuk aktiviti perkhemahan.

Beberapa tahun terdekat ini, Yamanaka-ko menjadi kawasan paling popular antara kelima-lima tasik berhampiran Gunung Fuji

Aktiviti rekreasi di kawasan yamanaka-ko.

Pengiktirafan

Pada tahun 2013, yamanaka-ko telah tersenarai dalam kawasan ‘World Heritage List’ sebagai sebahagian dari kawasan kebudayaan Fuji-san.

Akses
Pada awal pagi ketika laluan trafik Tomei dan Laluan Ekspress Chuo tidak sibuk, perjalanan  ke tasik yamanaka dari Bandar Tokyo mengambil masa kira-kira satu jam sahaja.  Tempoh perjalanan akan bertambah lama apabila laluan trafik semakin sibuk . Perkhidmatan bas untuk ke Yamanaka-ko disediakan di Stesen Fuji-san, Stesen JR Gotemba dan Stesen JR Mishima.

Sumber:
2)      Wikipedia

BULAN 月

Thursday, June 12, 2014

BULAN DALAM BAHASA JEPUN

Jom semua belajar nama BULAN dalam nihon dan anda boleh save imej di bawah & print :)

(Klik untuk lihat imej besar)

(Klik untuk lihat imej besar)

1. 一、二、三、四、五、六、七、八、九、十 bermaksud satu hingga sepuluh. 
2. 月 di sini bermaksud "bulan".
3. Nama ini digunakan oleh orang Jepun dan Cina, tetapi cara sebutannya tentulah berbeza.
4. Boleh juga menggunakan nombor : 1月…12月.



***

Kyoto bandar bersejarah

Saturday, June 7, 2014

Kyoto

Kyoto, yang dahulunya ibu Negara jepun (tahun 794-1868) merupakan destinasi pelancongan di jepun yang paling popular. Pelbagai tokong, kuil dan banyak lagi bangunan bersejarah dibina di Bandar Kyoto semasa bandar ini menjadi kuasa politik utama di jepun. Keindahan Bandar Kyoto  yang tiada tandingan itu diakui oleh Amerika Syarikat sehingga mendorong kerajaan AS itu untuk mengecualikan Kyoto sebagai Bandar yang harus dibom dan dimusnahkan semasa Perang Dunia Ke Dua.
Berbeza dengan Tokyo, Kyoto merupakan sebuah Bandar besar  yang mempunyai suasana yang lebih menenangkan jiwa berbanding Tokyo. Bangunan di Bandar Kyoto adalah kebiasaanya tidak terlalu tinggi. Selain itu, di Kyoto juga masih kelihatan masyarakat jepun yang mengenakan pakaian tradisional jepun iaitu kimono. 
Antara tempat menarik yang terdapat di Kyoto adalah:

1)   Kiyomizudera (Kuil air suci)
Merupakan sebuah Kuil Buddha dengan beranda kayu yang besar dan tinggi yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan Kyoto yang indah itu. Dibina pada tahun 780 di kawasan berbukit. Dikelilingi dengan pokok-pokok yang mempunyai warna daun yang menarik iaitu oren, merah keemasan dan coklat keperangan semasa musim luruh. 


2)Kinkakuji
Kuil yang berwarna keemasan dan mempunyai tiga tingkat. Setiap tingkat bangunan mewakili gaya istana jepun , tempat tinggal samurai dan dewan   zen cina.


3)   Vila Katsura
Vila Katsura mempunyai landskap taman yang indah dan bentuk bangunannya pula bercirikan tradisional jepun. Saiz vila ini adalah sama dengan saiznya pada mula-mula ia dibina pada tahun 1645.



 4)   Istana Nijo
Istana Nijo merupakan salah satu tempat yang telah diiktiraf sebagai ‘UNESCO World Heritage Site’. Istana ini pernah menjadi kediaman rasmi kerabat diraja Jepun. Istana Nijo terbahagi kepada tiga bahagian penting iaitu; Honmaru atau kawasan utama pertahanan ; Ninomaru atau kawasan minor pertahanan; dan taman-taman disekeliling Honmaru dan Ninomaru.




Kibla’ di Kyoto

Kibla’ di Kyoto adalah 69 darjah dari utara (arah lawan jam). Jika menggunakan Kompas Kibla’ seperti di bawah, anda harus menetapkan utara dengan nombor lapan. Dengan ini anda akan mendapat arah kibla’ yang betul. Anda juga harus memastikan tiada peralatan elektrik yang boleh memberi pengaruh magnetik kepada kompas tersebut.


Kompas ini dibuat di Jepun dengan teknik pertukangan yang hebat dan telah tersebar ke negara-negara islam selama empat dekad. Kompas ini disediakan di hotel-hotel seperti Hotel Granvia Kyoto, Hotel Century, Kyoto dan Hotel Okura Kyoto. Selain Kompas, hotel-hotel ini juga turut menyediakan kemudahan seperti baju solat wanita dan sejadah. Untuk makanan pula, hotel-hotel ini turut membolehkan pelanggannya membuat permintaan untuk bahan-bahan makanan. Ini bermaksud, anda boleh meminta pihak hotel supaya tidak meletak bahan khinzir atau apa-apa sahaja bahan yang haram di sisi islam dalam menu makanan anda.

Hotel Okura

Hotel century

Hotel Granvia


Masjid Kyoto

Masjid Kyoto terletak berhampiran dengan Istana Diraja. Masjid ini dan pejabatnya dibuka dari hari selasa hingga sabtu pada jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang. Sekiranya anda ingin menggunakan kemudahan solat semasa tempoh waktu masjid ditutup, sila berurusan dengan pihak pejabat masjid Kyoto. 
peta masjid Kyoto

Sumber:

3.)    http://www.kyoto.travel/muslim/en/




Biwa Lake@ Tasik Biwa@ Biwa-ko

Friday, May 23, 2014

assalamualaikum.....konnichiwa....minna-san pernah dengar Tasik Biwa??Tasik Biwa merupakan sebuah tasik yang terletak di Jepun.

Dikelilingi dengan gunung-ganang yang menghijau dan air tasik yang bersih, Tasik Biwa dikenali sebagai sebuah tempat yang indah  dan telah dicoretkan dalam banyak karya sajak serta turut dipotretkan dalam lukisan oleh para pelukis. Tasik Biwa merupakan tasik terbesar di jepun dan juga dikatakan sebagai tasik tertua di dunia. Tasik ini terletak di wilayah Shiga iaitu di timur laut Bandar Kyoto. Seluruh kawasan tasik biwa kini dilabelkan sebagai Taman Kebangsaan Quasi yang dilindungi. Pada suatu masa dahulu. Tasik Biwa dikenali sebagai Oumi. Kawasan Oumi menjadi pusat pengangkutan antara timur dan barat pada waktu itu. Dalam hal ini, tasik Biwa menjadi laluan kapal yang membawa produk beras dari Kyoto ke Osaka. Pada zaman Edo (1603-1868) walaupun jalan laut telah diperkenalkan untuk mengangkut beras, namun masih terdapat produk dari utara jepun yang dibawa dari Kyoto ke Osaka melalui Tasik Biwa ini. 


Peta Tasik Biwa

Nama
Perkataan Biwa-ko (Tasik Biwa) mula diperkenalkan pada zaman Edo. Terdapat beberapa teori tentang asal nama Biwako, tetapi secara umumnya, perkataan Biwako dianggap berasal dari instrumen bertali jepun yang dipanggil Biwa di mana bentuknya menyerupai bentuk Tasik Biwa. Tasik Biwa dahulunya dikenali sebagai Awaumi (air laut bersih) yang kemudiannya ditukar kepada nama Oumi. Selain itu, tasik biwa turut dikenali sebagai Nio no Umi (little grebe lake) dalam kesusasteraan. 

Pintu kuil Shinto di Tasik Biwa, tasik air tawar yang terbesar di Jepun

Luas kawasan dan kegunaan
Bersumberkan laman web Wikipedia, luas kawasan tasik Biwa adalah kira-kira 670 km 2. Sungai-sungai kecil mengalirkan air dari gunung-gunung di sekelilingnya ke tasik Biwa.  Ia berfungsi untuk membekalkan air minuman  bersih kepada penduduk di kawasan Kansai dengan populasi seramai kira-kira lima belas juta orang. Selain itu, Tasik Biwa berfungsi sebagai tempat pembiakan ikan air bersih seperti ikan trout. Tasik Biwa juga berfungsi sebagai kawasan takungan air untuk Bandar Kyouto dan Outsu.

Kawasan selatan Tasik Biwa, dilihat dari di hadapan Muzium Tasik Biwa

Di sekitar Tasik Biwa

Di Tasik Biwa, kita boleh menyaksikan terdapat banyak burung yang singgah di tasik tersebut. Untuk penggemar burung, pastinya kunjungan ke Tasik Biwa adalah satu kemestian sekiranya datang ke Jepun.  Selain itu terdapat banyak Bandar bersejarah di sekitar tasik Biwa ini termasuk Hikone.  Selain itu tasik Biwa juga terkenal dengan keindahan pemandangan matahari terbenam terutamanya apabila dilihat dari timur tasik tersebut. Di sekitar Tasik Biwa juga terdapat Pantai Omimaiko yang mana air pantainya adalah sangat bersih dan menyenangkan.
Tasik Biwa turut menjadi tempat persinggahan burung-burung.

Keindahan pemandangan di Tasik Biwa ketika matahari terbenam

.Industri Pelancongan Tasik Biwa

Industri Pelancongan Tasik Biwa menawarkan aktiviti seperti memancing ikan, penyewaan bot, sukan air (termasuk aktiviti menyelam).

Aktiviti berbasikal

Harga sewa bagi basikal adalah 500 yen untuk sehari bagi basikal mama-chari, sejenis basikal 26 inci dengan tempat duduk yang selesa serta bakul di depan. Jarak perjalanan di sekitar Tasik Biwa adalah kira-kira 220 km. Aktiviti berbasikal di sekitar Tasik Biwa adalah sangat menyeronokkan dengan laluan berturap yang luas di kebanyakan tempat di sekitar tasik ini.

Sumber:

2.)Wikipedia




onigiri wa nani?

Monday, May 19, 2014

assalamualaikum...konnichiwa...semalam admin didi ade berkongsi tentang latarbelakang hokkaidou, sebuah wilayah terbesar di Jepun. Hari ini pula, admin mahu kongsikan mengenai makanan jepun iaitu onigiri. Pertama kali kenal dengan onigiri melalui drama nobuta wo produce, scene mase nobuta no chichi datang ke festival sekolah dan bagi bungkusan makanan kat nobuta...dalam tu ade onigiri,,,nobuta pun kejar kereta ayah die sebab nak bagi onigiri kat ayah die..waktu tu, nobuta nak panggil otousan, tapi x terkeluar dari mulut, yang keluar dari mulut adalah onigiri...hehe..gomen melencong sikit dar tujuan asal.. JYAA,, minna-san...onigiri wa nani??teruskan membaca untuk tahu mengenainya..

Onigiri yang juga dikenali sebagai o-musubi, nigirimeshi atau bebola nasi merupakan makanan jepun yang dibuat daripada nasi putih. Kebiasaanya Onigiri berbentuk segi tiga atau bujur dan selalunya dibalut dengan nori (rumpai laut). Namun, ia bukanlah bermakna anda tidak boleh membuatnya dalam bentuk lain. Secara tradisional onigiri diisi dengan jeruk plum (umeboshi), ikan salmon masin, katsuobushi, kombu, tarako (telur ikan kod masin yang dimasak) atau apa-apa sahaja bahan dengan rasa masam/masin sebagai pengawet semulajadi bagi mengelakkan nasi dari basi. Onigiri adalah sangat popular di jepun sehinggakan terdapat kedai khas yang hanya menjual onigiri sahaja. Onigiri merupakan makanan yang sesuai dimakan ketika berkelah, hari sukan, aktiviti melihat bunga sakura (ohanami) dan sebagainya. Secara literal, onigiri bermaksud  memegang sesuatu menggunakan tangan anda. 

onigiri


contoh acuan onigiri

Jenis-jenis onigiri
Antara jenis-jenis onigiri adalah
1)    Yakionigiri- onigiri yang diletak dengan sos soya dan dibakar. Mempunyai rasa yang rangup dan agak masin.

2)    Onigiri chazuke (onigiri dengan teh hijau)

Yakionigiri 

Onigiri chazukeLeaderboard

Bahan-bahan untuk membuat onigiri (untuk 8 biji onigiri)
1. Nasi yang telah masak
2. Garam
3. Bijan yang dipangggang
4. Nori (rumpai laut yang dibakar)
5. Bahan-bahan untuk isi : Jeruk plum (umeboshi), telur ikan, kepingan bonito

Bahan-bahan untuk membuat onigiri

Sumber:
1.       http://www.shejapan.com/jtyeholder/jtye/living/onigiri/onigiri1.html
2.       http://otakucj.blogspot.com/2012/04/what-is-onigiri.html
4.       http://www.kcpwindowonjapan.com/2012/11/onigiri/



Hokkaidou ~splendid scene~

Sunday, May 18, 2014

Assalamualaikum...ohayou gozaimasu..kinou..admin ade share di fb MBBJBHB mengenai festival salji di sapporo,hokkaidou. Hari ini pula melalui ruang blog ini, admin mahu kongsikan mengenai latarbelakang hokkaidou, sebuah pulau di jepun yang penuh dengan keindahan semulajadi

Geografi

Hokkaidou yang dahulunya dikenali sebagai Ezo, Yezo, Yesso dan Yeso merupakan pulau kedua terbesar di jepun dan sebuah wilayah terbesar di jepun. Hokkaidou terletak di utara Jepun yang mana ianya dikelilingi oleh lautan di semua arah. Hokkaidou terletak berhampiran dengan pulau Honshu. Dalam hal ini selat tsugaru memisahkan Hokkaidou dari Pulau Honshu. Bandar terbesar di Hokkaidou adalah Sapporo. Pulau ini meliputi 22% daripada keseluruhan daratan Negara Jepun. Selain itu, disebabkan ianya mempunyai kelembapan yang rendah, kawasan ini tidak mengalami perubahan suhu ekstrim pada musim panas seterusnya menjadikan musim panas di Hokkaidou lebih menyenangkan berbanding kawasan-kawasan lain di jepun.

Peta Hokkaidou

Imej satelit Hokkaidou

Hokkaidou yang dikelilingi lautan

Komuniti kubah tsudome (Tsudome Community Dome)
Merupakan pusat interaktif yang ditubuhkan bagi membolehkan para pelancong mempelajari tentang hokkaidou dan produk-produk yang dihasilkan di hokkaidou selain memberi para pelancong peluang untuk menikmati aktiviti musim salji yang menyeronokkan yang terdapat di hokkaidou.

Festival
Hokkaidou adalah sebuah pulau yang dihiasi dengan keindahan semulajadi dan tidak sunyi dengan pelbagai festival pada musim-musim tertentu. Menurut satu rujukan , terdapat 1200 festival yang diadakan di Hokkaidou pada setiap tahun. Sebagai contohnya, pada musim salji, festival yang diadakan di Hokkaidou adalah Festival Salji Sapporo dan Festival Ais Monbetsu. Manakala pada musim panas pula, antara festival yang diadakan adalah Festival Lavender Furano, Festival Bunga Api,Festival Tarian Belli dan sebagainya.

Festival lavender di Furano


Festival Salji Sapporo (Sapporo yuki matsuri)
Festival salji Sapporo merupakan antara festival salji terbesar di Jepun yang berjaya menarik beribu pelancong dari dalam dan luar jepun setiap tahun. Pada setiap musim salji, kira-kira dua juta pelancong datang ke Sapporo untuk menyaksikan keindahan salji dan lapisan ukiran salji di Taman Odori. Dalam hal ini, selama tujuh hari dalam bulan februari, Sapporo menjadi sebuah bandar salji yang dipenuhi dengan kristal ais.


Ukiran ais di Festival salji Sapporo


Sumber:
4)http://www.japan-guide.com/list/e1101.html

jenis-jenis sakura

Saturday, May 10, 2014

Assalamualaikum...Negara jepun memang sinonim dengan bunga sakura. Bunga sakura yang kita biasa tengok adalah merah jambu cerah.. Namun adakah sakura hanya berwarna merah jambu??teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai sakura..

sakura menghiasi sebuah istana di jepun

Pokok sakura merupakan sejenis tumbuhan yang diklasifikasikan dalam gen prunus dan ianya telah dispekulasikan berasal dari Banjaran Himalaya. Kini, pokok sakura boleh ditemui di pelbagai tempat di seluruh dunia terutamanya di kawasan hemisfera utara seperti di Eropah, Siberia barat, China, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Kepelbagaian sakura di jepun
Di jepun, terdapat lebih 100 jenis pokok sakura dengan ciri-ciri yang berbeza. Beberapa jenis pokok sakura adalah berasal dari hutan jepun seperti sakura jenis yamazakura. Manakala yang selebihnya adalah dikacukkan oleh manusia sendiri untuk tujuan hiasan dalam taman. Pokok sakura yang paling popular pada hari ini adalah sakura kacukan jenis somei yoshino.
Dalam hal ini jenis sakura boleh diklasifikasikan kepada :

a)Bilangan kelopak

Kebanyakan sakura liar dan beberapa sakura kacukan mempunyai lima kelopak. Namun terdapat juga sakura dengan 10 kelopak, 20 kelopak dan 20 kelopak ke atas. Sakura dengan lebih 5 kelopak dipanggil yaezakura.

Somei yoshino (5 kelopak)-jenis sakura paling popular

Ichiyo(20 kelopak)

Kikuzakura (100 kelopak)

b)Warna sakura
Kebanyakan jenis sakura adalah berwarna merah jambu cerah dan putih. Namun , terdapat juga sakura yang berwarna merah jambu pekat, kuning atau hijau. Yang lebih menarik, terdapat beberapa jenis sakura yang boleh bertukar warna semasa ianya tengah mekar. Sebagai contohnya, terdapat sakura mula mekar dengan warna putih dan ianya boleh berubah kepada warna merah jambu dalam masa beberapa hari.

Merah jambu (kanzan)

Putih (shogetsu)

Kuning (ukon)

c)Masa mekar
Kebanyakan jenis sakura mekar pada musim bunga. Dalam hal ini, sakura jenis yaezakura (sakura dengan lebih lima kelopak) adalah jenis sakura yang paling lambat mekar iaitu dua hingga empat minggu selepas jenis sakura dengan lima kelopak. Selain musim bunga , terdapat juga beberapa jenis sakura yang mekar pada lewat musim luruh dan musim sejuk.

d)Bentuk pokok
Pokok Sakura boleh dilihat dalam beberapa bentuk seperti bentuk tiga segi, bentuk V, kolumnar, rata di atas dan sebagainya.

Antara jenis-jenis sakura yang popular

a)    Somei yoshino
Mula dikacuk sejak zaman edo di Tokyo dan merupakan jenis sakura yang paling banyak di jepun. Somei yoshino biasanya berwarna merah jambu cerah dan putih serta dengan lima kelopak.

b)    Yamazakura
Yamazakura merupakan jenis sakura yang tumbuh liar dengan banyaknya di dalam hutan. Sakura jenis ini biasanya berwarna merah jambu cerah dan dengan lima kelopak.

c)     Shidarezakura 
Sakura jenis ini mempunyai dahan dengan struktur ke bawah dan boleh didapati dengan lima kelopak atau dengan lebih lima kelopak. Sakura dengan lebih lima kelopak dipanggil  sebagai yaeshidarezakura dan ianya mekar seminggu selepas sakura shidarezakura lima kelopak.

2) http://www.japan-guide.com/e/e2011_species.html
3) Wikipedia 


kodomo no hi 子供の日(hari kanak-kanak)

Sunday, May 4, 2014

assalamualaikum..ohayou gozaimasu..minna-sama, bersempena dengan hari kanak-kanak yang bakal tiba di jepun, jadi pagi ini, admin didi mahu kongsikan serba sedikit mengenai hari kanak-kanak ini..teruskan membaca!!!

Sejarah ringkas

Hingga tahun 1948, tarikh 5 mei merupakan sambutan perayaan tango no sekku, 端午の節句dan hanya tertumpu buat kanak-kanak lelaki sahaja. Setelah berlalunya masa, perayaan tango no sekku ini telah dijadikan hari cuti kebangsaan dengan nama kodomo no hi. Walaupun nama sambutan tersebut menunjukkan ianya disambut umum untuk kanak-kanak,  namun untuk kebanyakan keluarga, 5 mei masih tertumpu untuk kanak-kanak lelaki sahaja sama seperti sambutan perayaan tango no sekku




Latarbelakang
Hari kanak-kanak di jepun disambut pada 5 mei setiap tahun(hari terakhir minggu emas, golden week-minggu cuti besar-besaran buat para pekerja di jepun). Seluruh jepun dihiasi dengan koinobori yang dihias bermula april higga awal mei, sebagai tanda hormat buat anak lelaki mereka agar dikurniakan kehidupan yang baik dan membesar dengan sihat. Setiap keluarga menerbangkan sepanduk koinobori dalam bentuk ikan kap untuk setiap kanak-kanak dalam keluarga mereka.  Mengikut cerita dongeng jepun, ikan kap menjadi simbol pendirian yang tetap dan kekuatan dalam mengharungi segala rintangan ketika berenang ke hulu sungai. Selain koinobori diterbangkan, hari kanak-kanak turut disambut dengan menghias rumah dengan patung kecil pahlawan samurai untuk mengilhamkan kekuatan dan keberanian.


koinobori

kilang yang membuat koinobori

Seluruh Negara jepun pada hari kanak-kanak tersebut menyaksikan pelbagai acara buat kanak-kanak dan keluarga mereka. Dalam hal ini, beribu kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara olimpik kanak-kanak yang diadakan di stadium kebangsaan kasumigioka, Tokyo. Kanak-kanak juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih dan menunjukkan hormat mereka buat guru, ibu bapa dan saudara mara mereka.

Hidangan istimewa pada kodomo no hi

Antara hidangan yang disediakan adalah chimaki dan Kashiwa-mochi. Chimaki adalah kek beras kenyal yang dibalut dalam daun buluh. Manakala Kashiwa-mochi pula kek beras kenyal yang manis dengan isi kacang merah azuki dan dibalut dengan dua daun oak. Kanak-kanak lelaki memakai topi samurai semasa makan makanan-makanan ini.


chimaki


kashiwa-mochi


Lagu koinobori

Pada hari kodomo no hi, terdapat sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh golongan kanak-kanak dan keluarga mereka. Lagu tersebut dihasilkan pada tahun 1932, dengan liriknya ditulis oleh miyako kondou, manakala  komposernya pula adalah tidak diketahui.  Berikut merupakan lirik lagu tersebut.


Standard Jepun
Maksud
屋根より 高い 鯉幟

大きな 真鯉は お父さん

小さい 緋鯉は 子供たち

面白そうに 泳いでる
やねより たかい こいのぼり

おおきい まごいは おとうさん

ちいさい ひごひは こどもたち

おもしろそうに およいでる
yane yori takai koinobori

ōkii magoi wa otōsan

chiisai higoi wa kodomo-tachi

omoshirosō ni oyoideru
Lebih tinggi dari bumbung di atas sana adalah koinobori

Ikan kap besar adalah si ayah



ikan kap kecil adalah kanak-kanak

Mereka nampaknya sedang seronok berenang
sumber:1) http://kids.asiasociety.org/explore/childrens-day-japan-kodomo-no-hi
         2)http://www.yamaguchi-ygc.ed.jp/aio-j/english/koinobo.html
           3)http://www.japanesejoy.com/koinobori-song/



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS