Hokkaidou ~splendid scene~

Sunday, May 18, 2014

Assalamualaikum...ohayou gozaimasu..kinou..admin ade share di fb MBBJBHB mengenai festival salji di sapporo,hokkaidou. Hari ini pula melalui ruang blog ini, admin mahu kongsikan mengenai latarbelakang hokkaidou, sebuah pulau di jepun yang penuh dengan keindahan semulajadi

Geografi

Hokkaidou yang dahulunya dikenali sebagai Ezo, Yezo, Yesso dan Yeso merupakan pulau kedua terbesar di jepun dan sebuah wilayah terbesar di jepun. Hokkaidou terletak di utara Jepun yang mana ianya dikelilingi oleh lautan di semua arah. Hokkaidou terletak berhampiran dengan pulau Honshu. Dalam hal ini selat tsugaru memisahkan Hokkaidou dari Pulau Honshu. Bandar terbesar di Hokkaidou adalah Sapporo. Pulau ini meliputi 22% daripada keseluruhan daratan Negara Jepun. Selain itu, disebabkan ianya mempunyai kelembapan yang rendah, kawasan ini tidak mengalami perubahan suhu ekstrim pada musim panas seterusnya menjadikan musim panas di Hokkaidou lebih menyenangkan berbanding kawasan-kawasan lain di jepun.

Peta Hokkaidou

Imej satelit Hokkaidou

Hokkaidou yang dikelilingi lautan

Komuniti kubah tsudome (Tsudome Community Dome)
Merupakan pusat interaktif yang ditubuhkan bagi membolehkan para pelancong mempelajari tentang hokkaidou dan produk-produk yang dihasilkan di hokkaidou selain memberi para pelancong peluang untuk menikmati aktiviti musim salji yang menyeronokkan yang terdapat di hokkaidou.

Festival
Hokkaidou adalah sebuah pulau yang dihiasi dengan keindahan semulajadi dan tidak sunyi dengan pelbagai festival pada musim-musim tertentu. Menurut satu rujukan , terdapat 1200 festival yang diadakan di Hokkaidou pada setiap tahun. Sebagai contohnya, pada musim salji, festival yang diadakan di Hokkaidou adalah Festival Salji Sapporo dan Festival Ais Monbetsu. Manakala pada musim panas pula, antara festival yang diadakan adalah Festival Lavender Furano, Festival Bunga Api,Festival Tarian Belli dan sebagainya.

Festival lavender di Furano


Festival Salji Sapporo (Sapporo yuki matsuri)
Festival salji Sapporo merupakan antara festival salji terbesar di Jepun yang berjaya menarik beribu pelancong dari dalam dan luar jepun setiap tahun. Pada setiap musim salji, kira-kira dua juta pelancong datang ke Sapporo untuk menyaksikan keindahan salji dan lapisan ukiran salji di Taman Odori. Dalam hal ini, selama tujuh hari dalam bulan februari, Sapporo menjadi sebuah bandar salji yang dipenuhi dengan kristal ais.


Ukiran ais di Festival salji Sapporo


Sumber:
4)http://www.japan-guide.com/list/e1101.html

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS