J-Dorama: Mikeneko Holmes no Suiri

Saturday, March 22, 2014

Assalamualaikum & konbanwa, minna-san~

Kali ini admin Nana nak kongsi satu j-dorama best pula! "Mikeneko Holmes no Suiri" (三毛猫ホームズの推理)  atau juga dikenali sebagai Calico Cat Holmes. Cerita ni sebenarnya nak kata lama tak juga.. tahun 2012. Disebabkan admin Nana suka sangat dengan kucing & Arashi, jadi drama ni memang wajib tonton! :) Admin Nana siap beli DVD nya kat kedai DVD~ Tak pasti kalau pembaca pernah tengok drama ni. Tapi tak mengapa, bagi yang belum tengok, harap tengok (terutama yang suka drama jenis penyiasatan, kucing & Arashi ;p)



Poster Mikeneko Holmes no Suiri~



Pelakon utama:

Aiba Masaki (Arashi) - Katayama Yoshitaro (KY)
Fujiki Naohito (Proposal Daisakusen, PRICELESS) - Katayama Hiroshi 
Okura Tadayoshi (Kanjani8) - Ishizu Ryohei
Oomasa Aya (Buzzer Beat, Yamato Nadeshiko Shichi Henge) - Katayama Harumi 
Ueki Natto - Detektif Higuchi
Kimisawa Yuki - Detektif Murata
Matsuko Deluxe (マツコデラックス) - Holmes (dalam bentuk manusia)
Omi Toshinori - Nemoto Toshio
Ishizaka Koji - Kurihara Hajime

Sinopsis:

Yoshitaro menjadi detektif mengikut kehendak ayahnya yang suatu masa dahulu ialah seorang deteketif yang hebat. Tapi, kelamahan Yoshitaro ni pula, setiap kali dia tengok darah di tempat pembunuhan, dia akan pengsan. Dan Yoshitaro juga fobia dengan perempuan dan hantu :D Yoshitaro pun banyak kali nak berhenti tetapi abangnya, Hiroshi, yang suka sangat dengan novel misteri dan adik perempuannya yang tersangat aktif, Harumi, sentiasa yakinkan Yoshitaro untuk terus jadi detektif.

Jadi, pada satu hari, Yoshitaro terjumpa dengan seekor kucing Calico yang entah macam mana boleh faham apa yang Yoshitaro cakap. Dan setiap kali ada kes, kucing ni selalu bantu Yoshitaro dalam mendapatkan klu-klu dan seterusnya selesaikan kes tersebut! Wah pelik kucing ni~! :D 

Pendapat Admin Nana:

Drama ni memang seronok untuk ditonton. Tak rugi~ admin Nana memang suka drama-drama penyiasatan. Dan yang penting, macam mana kucing ni boleh jadi pandai sangat dalam selesaikan kes-kes tu... pembaca kena tengok sendiri lah~ baru misteri akan terungkai hihi~ :) banyak juga aksi-aksi comel antara Aiba Masaki dengan kucing tu. Seronok tengok telatah mereka! Dan cerita ni pun banyak aksi komedi. Interaksi antara Yoshitaro dan rakan sepasukannya, Ryohei memang buatkan admin asyik gelak je! :D :D 

Tengok ni Yoshitaro dengan Holmes~ Comel sangat! (P/S: Ryohei kat belakang pandang apa tu? Haha)


Yoshitaro bersama Hyorei, Hiroshi dan Harumi berkumpul selesaikan masalah!


Eh, eh kenapa pula ni? >_<
Di sebalik tabir penggambaran poster, Aiba Masaki bersama Holmes :)

Minna~ satu lagi.. lagu tema drama ni pula dinyanyikan oleh Arashi "Your Eyes" ^o^  (admin hanya boleh link PV lagu ni sahaja. Sila klik di sini ya!)


Ok, itu sahaja bebelan admin kali ini. Saja nak kongsi minat. Kalau pembaca yang dah tengok drama ni boleh kongsi sama-sama :) atau ada j-dorama lain yang menarik boleh juga dikongsi! Ja ne~^___^



jepun dan tokyo

Wednesday, March 19, 2014

Negara jepun yang mempunyai populasi penduduk hingga 127.54 juta terdiri daripada 47 wilayah. Berdasarkan geografi dan sejarah latarbelakang, wilayah-eilayah ini terbahagi kepada lapan kawasan seperti Hokkaidou, Touhoku, Kantou, Chuubu, Kansai, Chuugoku, Shikoku dan Kyuushuu-okinawa. Setiap kawasan mempunyai dialek percakapan, adat dan budaya tradisional yang tersendiri. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai perbezaan termasuk rasa hidangan makanan dan persembahan seni tradisional di  kawasan kantou(meliputi Tokyo) dan kawasan kansai (meliputi oosaka). Dalam hal ini, kawasan pergunungan meliputi 70 % dari Negara jepun. Bandar dengan populasi penduduk mencecah lebih satu juta pula adalah seperti Sapporo di Hokkaidou; Sendai di Touhoku; Kawasaki, Saitama, Tokyo, dan Yokohama di Kantou; Nagoya di Chuubu; Oosaka, Kyoto, Kobe di Kansai; Hiroshima di Chuugoku; Fukuoka di Kyuushuu. Dalam hal ini, ibu kota jepun adalah Bandar Tokyo.

Tokyo
Tokyo, atau secara rasminya metropolis Tokyo merupakan salah satu diantara 47 wilayah di jepun. Tokyo merupakan ibu kota jepun dan Bandar metropolitan terbesar di dunia. Ia merupakan kawasan di mana letaknya kerajaan jepun dan istana diraja dan kediaman keluarga diraja jepun. Tokyo berada di kawasan kantou iaitu di kawasan tenggara pulau Honshu , pulau izu dan pulau ogasawara. Bandar metropolis Tokyo ini mula dibentuk pada tahun 1943. Tokyo dianggap sebagai sebuah Bandar namun secara rasminya, ianya merupakan sebuah ‘wilayah metropolitan’ yang sudah tentunya berbeza dengan sebuah Bandar. Pada tahun 2012 metropolitan Tokyo dinamakan sebagai sebuah Bandar termahal menurut tinjauan kos sara hidup yang telah dilakukan.

Etimologi
Tokyo pada asalnya dikenali sebagai edo yang membawa maksud kuala ataupun muara. Nama edo kemudiannya ditukar kepada Tokyo (to-timur, kyo- ibu kota) apabila ia menjadi ibu kota diraja pada tahun 1868. Pada awal era meiji, Bandar tersebut turut dikenali sebagai “tokei” , yang merupakan sebutan alternatif untuk karakter cina yang mewakili Tokyo. Perubahan nama edo kepada Tokyo mula dicadangkan pada tahun 1813 dalam buku kondo hisaku (rahsia perancangan pergaulan) yang ditulis oleh Satou Nobuhiro. Kemudiannya, Oukubo Toshimichi mengusulkan hal tersebut kepada pihak kerajaan.

Sejarah Tokyo
Tokyo pada mulanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Edo dan merupakan sebahagian daripada daerah musashi lama. Edo pada mulanya dibangunkan oleh suku edo pada lewat abad ke-20. Pada tahun 1457, outa doukan telah membina istana edo. Manakala pada tahun 1590, tokugawa ieyasu telah menjadikan edo sebagai pengkalannya dan setelah beliau menjadi shogun pada tahun 1603, Bandar edo telah menjadi pusat kerajaan tenteranya. Pada era edo yang berikutnya, edo telah berkembang menjadi sebuah Bandar terbesar di dunia dengan populasi penduduknya mencecah satu juta orang pada abad ke 18.

.

sistem pendidikan di jepun

Wednesday, March 5, 2014

Assalamualaikum...konbanwa..selamat petang...minna, petang ini sy mahu kongsikan serba sedikit mengenai sistem persekolahan di jepun.  Lambakan drama jepun bertema alam persekolahan seperti hanakimi, gokusen, nobuta wo produce dan sebagainya menyebabkan rasa ingin tahu sy mengenai sistem persekolahan di jepun.

Di jepun, hanya pembelajaran diperingkat sekolah rendah dan menengah rendah yang diwajibkan. Untuk peringkat menengah rendah, kebanyakan pelajar akan ke sekolah menengah rendah awam, manakala untuk menengah atas, sekolah swasta adalah lebih popular.  Selepas perang dunia ke dua, undang-undang asas pendidikan dan undang-undang pendidikan sekolah telah diwujudkan. Undang-undang yang wujud selepas undang-undang ini telah mencorakkan sistem persekolahan jepun hingga hari ini: 6 tahun persekolahan di sekolah rendah, 3 tahun sekolah tinggi junior, tiga tahun sekolah tinggi dan dua atau empat tahun di universiti. Dalam hal ini, persekolahan di jepun bermula pada bulan april dan kelas diadakan pada hari isnin hingga jumaat atau sabtu (bergantung pada sesebuah sekolah itu). Sesi Persekolahan terbahagi kepada tiga semester yang dipisahkan oleh cuti pendek pada musim bunga dan sejuk dan cuti panjang pada musim panas (enam minggu).


Gred persekolahan
umur
gred
Pencapaian persekolahan
3-6

Tadika (youchien)
7-12
1-6
Sekolah rendah (shougakkou)-pendidikan wajib
13-15
1-3
Sekolah tinggi junior (chuugakkou)-pendidikan wajib
16-18
1-3
Sekolah tinggi (koutougakkou)/ koukou

Sekolah rendah
Kanak-kanak jepun memasuki gred pertama di sekolah rendah pada bulan april selepas hari lahir ke enam tahun mereka (umur tujuh tahun). Terdapat kira-kira 30 hingga 40 pelajar dalam setiap bilik darjah. Subjek yang dipelajari adalah meliputi subjek bahasa jepun, matematik, sains, musik, kaftangan, sosial, dan ekonomi rumahtangga ( untuk belajar asas memasak dan menjahit). Selain itu, pelajar juga turut mempelajari seni jepun seperti shodo (kaligrafi) dan haiku.  Seni Shodo melibatkan rendaman berus ke dalam dakwat dan digunakan untuk menulis perkataan kanji dan kana. Haiku pula adalah satu seni yang digunakan untuk memberitahu emosi mendalam kepada pembaca menggunakan ekpresi mudah.


Sekolah tinggi junior
Peringkat menengah rendah meliputi gred 7 hingga 9.Walaupun ianya dibolehkan untuk meninggalkan alam persekolahan dan mencari kerja selepas tamat persekolahan sekolah tinggi junior, namun peratus masyarakat jepun yang berbuat sedemikian adalah sedikit sahaja iaitu 4 % pada lewat 1980-an. Pada tahun 1980-an, seperti sekolah rendah, kebanyakan sekolah tinggi junior adalah sekolah awam dengan hanya 5% daripadanya sekolah swasta. Pendidikan Kurikulum adalah melibatkan subjek bahasa jepun, pendidikan sosial, matematik, sains , muzik, kesihatan , seni dan pendidikan jasmani.

Sekolah tinggi
Walaupun pendidikan hanya diwajibkan untuk peringkat sekolah rendah, dan sekolah tinggi junior, namun kira-kira 98 % pelajar tetap hadir ke sekolah tinggi. Seperti yang kita lihat dalam drama-drama jepun, para pelajar kebiasaannya akan mengambil peperiksaan bagi memasuki sekolah tinggi. Baru-baru ini, beberapa sekolah tinggi junior dan sekolah tinggi telah bergabung bagi membentuk sekolah dengan enam tahun persekolahan. Para pelajar boleh memilih samaada mahu ke sekolah swasta ataupun sekolah awam. Dalam hal ini, terdapat kira-kira 55 % sekolah tinggi swasta di seluruh jepun. Kementerian pendidikan menganggarkan perbelanjaan untuk sekolah tinggi swasta adalah dua kali lebih tinggi berbanding sekolah awam iaitu sebanyak kira-kira 600 000 yen pada tahun 1980-an.

Aktiviti kelab
Hampir semua pelajar sekolah tinggi junior mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum mengikut pilihan mereka sendiri samaada dalam sukan, seni, mahupun kelab sains. Dalam hal ini, kelab besbol merupakan kelab yang paling popular dalam kalangan pelajar lelaki. Tidak kurang juga dengan kelab bola sepak yang semakin diminati oleh pelajar-pelajar . Kelab judo pula menjadi pilihan oleh kedua-dua golongan pelajar perempuan dan lelaki. Antara kelab sukan lain yang popular adalah tenis, bola keranjang, gimnastik dan sebagainya. Untuk kelab kebudayaan pula, satu kelab yang semakin popular adalah kelab go. Go merupakan sejenis permainan papan strategik yang dimainkan dengan dua batu iaitu hitam dan putih. Dalam hal ini, selepas komik berkenaan permainan tersebut diterbitkan semakin ramai para pelajar yang mencuba permainan tersebut. Antara pilihan lain bagi kelab kebudayaan adalah kelab kelab koir, kelab seni lukis , kelab upacara teh dan sebagainya


Sumber: 
2)http://web-japan.org/kidsweb/explore/schools/index.html

Makanan Istimewa Hina Matsuri

Monday, March 3, 2014


Assalamualaikum, Selamat Pagi & Ohayou semua~! ^^

Bersempena Hina Matsuri yang jatuh pada hari ini (3 Mac), kami akan sambung sedikit cerita tentang Hina Matsuri yang kami post sebelum ini.

Sebut tentang perayaan, seperti perayaan kita di Malaysia, juadah atau makanan adalah salah satu perkara penting yang membezakan hari perayaan dengan hari-hari biasa. Jadi di sini kami akan membawakan jenis-jenis makanan istimewa yang dihidangkan semasa Hina Matsuri ^^

Hishi Mochi  (菱餅, ひしもち)


Hishi mochi ialah sejenis makanan istimewa yang dihidangkan semasa perayaan Hina Matsuri. Hishi mochi diperbuat daripada beras dan berbentuk seperti permata. Makanan ini mempunyai tiga lapisan warna iaitu:

++ Merah jambu (melambangkan bunga Sakura)
++ Putih (melambangkan salji)
++ Hijau (melambangkan rumput yang menghijau (pertumbuhan))

Warna-warna ini juga sebenarnya melambangkan perubahan daripada musim sejuk ke musim bunga.

Arare  (あら)


Arare ialah sejenis snek yang diperbuat daripada beras pulut dan diperisakan dengan kicap soya. Saiz dan bentuk yang membezakan rarae daripada senbei (sejenis snek daripada beras pulut juga tetapi lebih besar). Arare dinamakan bersempana “pelet salji” Graupel. Arare juga dikenali sebagai kakimochi.

Rupa bentuk “pelet salji” Graupel

Terdapat pelbagai jenis arare yang berbeza saiz, warna dan bentuk. Sesetengahnya manis dan sesetengahnya masin. Antara jenis arare ialah norimaki arare (arare yang dibalut dengan nori (rumpai laut) yang dikeringkan. Selain itu, terdapat juga kaki no tane (柿の), diambil sempena rupanya yang berbentuk seperti persimmon (pisang kaki) (“kaki” ialah persimmon dalam Bahasa Jepun). Kaki no tane kebiasaanya dijual bersama kekacang dan kombinasi ini dikenali sebagai kakipi (かきピ)

Norimaki arare

 Kaki no tane

Osekihan (お赤飯)


Osekihan ialah sejenis nasi yang diperbuat daripada pulut Jepun yang kebiasaannya dihidang semasa majlis khas seperti kelahiran bayi, ulangtahun kelahiran, pertunangan, perkahwinan, cuti dan sebagainya. Osekihan juga dihidangkan semasa Hinamatsuri.

Osekihan adalah sejenis hidangan nasi yang berwarna kemerahan, diperbuat daripada pulut dan kacang azuki. Variasi lain makanan ini ialah di mana pulut dicampur dengan beras putih pendek. Selalunya sekihan akan dihidangkan dengan gomashio atau bijan hitam dan garam.

Namun pada masa kini, osekihan (atau sekihan) masih dihidangkan semasa perayaan, namun dinikmati juga semasa makan tengahari atau makan malam. 

***

Menarik, kan? :) Jadi sampai di sini sahaja. Tunggu post kami seterusnya untuk topik menarik yang lain~ 

movie hitsudan hostess

Sunday, March 2, 2014

assalamualaikum.....konbanwa....antara faktor admin merupakan penggemar eiga (filem) dan dorama (drama) jepun adalah kerana jalan ceritanya yang menarik dan memberi inspirasi serta motivasi hidup, seperti mana drama one litre of tears dan filem hitsudan hostess yang sarat dengan pengajaran hidup. Petang ini, admin mahu kongsikan latarbelakang dan sinopsis hitsudan hostess lakonan keiko kitagawa sebagai saito rie yang diterbitkan pada tahun 2010.

keiko kitagawa dalam hitsudan hostess

Filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar yang mengisahkan kehidupan seorang gadis, saito rie yang telah kehilangan pendengaran sejak berumur satu tahun akibat dari penyakit meningitis. Dalam hal ini, ibu saito-san berusaha mengajarnya bagaimana untuk membaca pergerakan bibir berbanding menggunakan bahasa isyarat bagi memahami percakapan manusia sekeliling. Selain itu, ibu saito-san sentiasa berpesan "if you came out on top,even though you are deaf everyone will accept you". 

Selepas mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dari sekolah tinggi, saito-san bekerja sebagai pembantu jualan di butik pakaian. Namun, selepas butik tersebut ditutup, jalan masa depan bagi saito-san seolah-olah tertutup akibat dari masalah pendengaran yang dialaminya. Sehinggalah saito-san bertemu dengan pelayan wanita di aomori, saito-san mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelayan wanita. Pada ketika inilah,hubungan saito-san dengan ibunya mengalami sedikit masalah apabila saito-san tetap berkerja sebagai pelayan wanita walaupun ibunya melarang keras.

Seperti yang diharapkan oleh ibunya supaya saito-san menjadi nombor satu dalam apa jua yang dilakukan, akhirnya, saito-san telah berjaya menjadi seorang pelayan wanita nombor satu di ginza,jepun. Dalam hal ini, saito-san telah berkomunikasi dengan pelanggannya secara bertulis (hitsudan). Di akhir filem ini, setelah berjaya menjadi pelayan wanita nombor satu,saito-san pulang melawat ibunya di aomori dan hubungan mereka kembali pulih. Hitsudan hostess merupakan , filem yang sangat menyentuh hati dan mengajar kita untuk tidak berputus asa dalam hidup. Kekurangan yang kita miliki, bukan bermakna kita boleh menyerah begitu sahaja.  あきらめるな(akirameruna)
saito rie-san

~ありがとおございます~
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS