okonomiyaki & takoyaki

Friday, February 14, 2014



assalamualaikum...ohayougozaimasu...


Takoyaki

Takoyaki merupakan snek berbentuk bola yang dibuat daripada gandum yang berasaskan keju dan dimasak di atas kuali khusus untuk memasak tokoyaki. Ia turut dikenali sebagai bebola sotong. Ia biasanya diisi dengan tempura, bawang hijau, sotong kurita dan sebagainya . Takoyaki disapu dengan sos dan juga mayonis


takoyaki

Tokoyaki pada mulanya popular di Bandar Osaka (Bandar terbesar di kawasan Kansai) dan diilhamkan oleh akashiyaki , yang merupakan bebola kecil yang dibuat daripada sotong dan juga telur. Terdapat banyak restoran yang berasaskan takoyaki khususnya di kawasan Kansai. Kini, ia turut dijual di pasaraya dan kedai-kedai.

takoyakiki

Kuali takoyaki, takoyakiki (たこ焼き器) atau juga dikenali sebagai  takoyaki-nabe (たこ焼き鍋?) biasanya dibuat daripada besi dengan bentuk separuh bulatan.

Terdapat pelbagai resipi takoyaki seperti ponzu ( sos soya dengan cuka dashi) dan gomadare (bijan dan sos cuka). Proses membuat takoyaki adalah agak mengambil masa.

Okonomiyaki

Nama Okonomiyaki merupakan gabungan perkataan okonomi dan yaki. Okonomi membawa maksud apa yang kamu suka atau apa yang kamu mahu. Manakala yaki pula membawa maksud yang dimasak atau dipanggang. Dalam hal ini, Okonomiyaki juga turut berasal dari Osaka. Okonomiyaki merupakan makanan tradisional masyarakat jepun yang turut dikenali sebagai Pankek jepun atau pizza jepun.  Ia dibuat daripada gandum okonomiyaki, telur, kubis , daging babi , makanan laut, dan sebagainya. Terdapat kira-kira 30000 restoran di jepun yang menjual okonomiyaki manakala hanya 100 di luar jepun yang menjual okonomiyaki ini.
Apabila dihidangkan dengan lapisan mee goreng (samaada yakisoba atau udon) okonomiyaki dipanggil sebagai modan-yaki, nama yang diambil dari perkataan inggeris iaitu ‘modern’.



 Modan-yaki (okonomiyaki gaya Osaka)



Di kawasan Hiroshima , bahan-bahan tidak dicampur tetapi disusun ke beberapa lapisan. Lapisan tersebut meliputi kubis, daging babi, dan bahan tambahan lain seperti sotong, sotong kurita dan keju. Mee (udon dan yakisoba) turut digunakan sebagai lapisan atas dengan telur goreng dan pelbagai sos okonomiyaki. Dalam hal ini, kubis yang digunakan adalah 3 hingga 4 kali jumlah kubis yang digunakan seperti gaya Osaka. Susunan lapisan pula boleh berbeza bergantung kepada tukang masak dan bahan-bahan pula bergantung kepada pelanggan. Gaya ini dimakan sebagai Hiroshima-yaki atau Hiroshima-okonomiyaki.

 Hiroshima-okonomiyaki (okonomiyaki gaya Hiroshima)

Antara kawasan lain di jepun yang terkenal dengan okonomiyaki adalah Tsukishima, hamamatsu, Okinawa dan sebagainya. Okonomiyaki di Okinawa dipanggil sebagai Hirayachi dan okonomiyakinya adalah lebih nipis berbanding kawasan lain. Orang ramai memasak okonomiyaki di rumah, oleh sebab itu terdapat sedikit sahaja gerai okonomiyaki di Okinawa. Manakala, di Kishiwada, Osaka, okonomiyaki dipanggil sebagai kashimin-yaki dibuat yang daripada ayam (babi tidak digunakan)

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS