anime doraemon

Friday, February 14, 2014

Assalamualaikum...ohayougozaimasu!!!Doraemon merupakan anime dari jepun yang bukan sahaja popular di jepun malah juga di negara lain termasuk malaysia. Dalam hal ini, Doraemon merupakan siri komik yang ditulis oleh Fujiko Fujio yang kemudiannya telah diadaptasi ke siri animasi. Siri animasi doraemon telah diterbitkan bermula tahun 1973. Kebanyakan episod doraemon adalah berbentuk komedi dengan pengajaran yang meliputi nilai-nilai murni seperti kejujuran, hormat-menghormati, semangat kental dan ketabahan. Pelbagai isu alam sekitar turut diterapkan dalam siri ini seperti isu haiwan yang ketiadaan tempat tinggal, pemanasan global, spesis kehidupan yang terancam,pencemaran dan penebangan hutan. Topik pendidikan seperti dinasour, sejarah jepun, dan teori bumi berbentuk rata turut diterapkan dalam siri ini. Pada Mac 2008, kementerian luar Negara jepun telah mengishtiharkan doraemon sebagai duta anime pertama bagi negara tersebut.

Secara kasarnya, nama doraemon membawa maksud kepada tersesat (stray). Perkataan Doraemon ditulis dengan gabungan 2 skrip jepun iaitu hiragana dan katakana. Perkataan Dora berasal dari perkataan nora (tersesat). Manakala emon pula merupakan komponen nama jantan.
ドラ(dora)- katakanaえもん(emon)-hiragana




Siri Doraemon ini mengisahkan tentang robot kucing yang berasal dari abad ke-22 yang dihantar oleh seorang budak lelaki yang bernama Sewashi Nobi dari zaman tersebut bagi mengubah keadaan datuknya iaitu Nobita Nobi supaya masa depan keturunan mereka menjadi lebih baik.

Nobita merupakan seorang pelajar gred 5 dan berumur 10 tahun yang sering dibuli oleh rakan-rakannya. Pada masa hadapan, Nobita berhadapan masalah kewangan akibat dari bisnes yang dijalankan olehnya menjadi bankrup.  Untuk mengubah sejarah tersebut dan mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk keluarga mereka, Sewashi pada mulanya mahu menghantar robot dengan kuasa hebat namun disebabkan oleh faktor kewangan, dia hanya mampu menghantar robot yang telah dibuang oleh kilang membuat robot iaitu doraemon.

Doraemon mempunyai poket yang boleh mengeluarkan pelbagai gajet, ubat-ubatan dan peralatan dari zaman akan datang. Jumlah gajet tersebut dianggarkan kira-kira 4500. Poket tersebut dikenali sebagai poket yojigen dengan 4 dimensi. Doraemon tidak mempunyai telinga. Hal ini kerana ianya telah dimakan oleh robot tikus. Ini menyebabkan doraemon menjadi fobia dengan tikus. Walaubagaimanapun, doraemon boleh mendengar dengan sempurna. Makanan kegemaran doraemon adalah dorayaki, sejenis snek dengan isi kacang merah.

Siri ini juga turut menampilkan watak-watak lain seperti Shizuka Minamoto yag merupakan kawan baik kepada Nobita. Shizuka juga seorang budak perempuan yang bijak dan sangat disukai oleh Nobita. Manakala Takeshi atau lebih dikenali sebagai gian (berasal dari perkataan giant) dan Suneo pula merupakan musuh bagi Nobita. Gian seorang budak lelaki yang suka membuli. Manakala Suneo pula merupakan seorang budak lelaki yang sombong dan licik.

Antara watak sokongan bagi siri ini adalah Dekisugi yang sentiasa mendapat markah yang paling tinggi di dalam kelas mereka.  Selain itu antara watak sokongan lain adalah ibu bapa Nobita, ibu Gian, adik gian ( Jaico), Mii chan (teman wanita doraemon dan seekor kucing betina) dan adik perempuan Doraemon (Dorami), guru sekolah mereka dan sebagainya.

Selain siri animasi drama, doraemon juga turut diadaptasi ke filem. Antara pelakon terkenal jepun yang pernah menjadi pelakon suara bagi filem doraemon adalah Horikita maki (ashiya mizuki@hanakimi, nobuta@nobuta wo produce, tsurara@kurosagi,) iaitu bagi filem Nobita and the legend of the  green giant yang diterbitkan pada 2008 bagi watak Puteri Rire.
                                               Nobita and the legend of the  green giant

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS