gokusen ごくせん

Saturday, February 22, 2014

assalamualaikum..ohayou gozamaisu...Pagi ni, saya mahu kongsikan tentang latarbelakang dan sinopsis drama gokusen yang popular di jepun.

Gokusen (ごくせん) merupakan siri komik yang ditulis oleh Kozueko Morimoto. Komik tersebut adalah berkenaan dengan yamaguchi kumiko, yang merupakan cucu kepada ketua yakuza dan seorang guru matematik di sekolah swasta yang terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 2002 (siri pertama), komik tersebut diadaptasi ke drama dengan Yukie Nakama sebagai Yamaguchi Kumiko. Siri drama gokusen kedua pula diterbitkan pada 2005 dan diikuti dengan siri drama ke tiga pada tahun 2008. Siri animasi untuk gokusen pula disiarkan di Nippon televisyen pada 6 januari 2004 hingga 30 mac 2004. Untuk kesemua siri, para pelakon bagi watak yamaguchi kumiko dan keluarga kumiko adalah individu yang sama. Keluarga kumiko terdiri daripada Ryuichiro Kuroda (ken utsui) yang merupakan datuk kumiko dan juga ketua yakuza generasi ketiga bagi keluarga oedo, tetsu asakura (ken kaneko), minoru tatsukawa (shinji uchiyama) dan sebagainya. Selain itu watak Goro Sawatari, penolong pengetua sekolah(Katsuhisa namase) yang muncul pada siri pertama, turut dikekalkan kemunculannya bagi siri kedua dan ketiga. Untuk setiap siri, terdapat watak yang menjadi lelaki yang diminati oleh kumiko. Bagi siri satu, lelaki yang diminati oleh kumiko adalah shinohara tomoya (ikki sawamura), seorang pegawai polis. Manakala untuk siri 2 pula adalah takuma kujo (shosuke tanihara, maiti sensei @lovely complex), seorang guru di sekolah tinggi Momo dan untuk siri tiga pula adalah seichi natsume (kotaro koizumi) seorang  doktor.

yamaguchi kumiko

goro sawatari


                                                               minoru , tetsu, kumiko

Sinopsis
Yamaguchi Kumiko merupakan cucu kepada ketua yakuza, Kuroda. Ibu bapanya meninggal  semasa kumiko berumur tujuh tahun. Disebabkan itu, datuknya tidak mempunyai waris lain selain Kumiko bagi mewarisi perniagaan keluarga mereka. Kumiko dikenali sebagai Ojou dalam keluarga mereka. Walaubagaimanapun, cita-cita Kumiko yang sebenarnya adalah untuk menjadi seorang guru. Datuknya telah membenarkan kumiko untuk bertugas sebagai seorang guru, namun ahli keluarga lain menginginkan kumiko menjadi ketua yakuza yang seterusnya bagi keluarga mereka.
Kumiko atau lebih dikenali sebagai yankumi oleh pelajar-pelajarnya bertugas di sekolah swasta yang terdiri dari pelajar lelaki sahaja. Pelajar bagi kelasnya terdiri dari pelajar-pelajar yang bermasalah,tetapi kumiko tidak pernah berputus asa untuk mendidik mereka mengenai soal akademik mahupun soal kehidupan. Pada masa yang sama,kumiko cuba untuk menyembunyikan identitinya yang merupakan seorang cucu kepada yakuza dari pengetahuan umum bagi mengelakkan dirinya dipecat dari menjadi seorang guru.

Pelakon
Pelajar kelas 3 D (Sekolah Tinggi Shirokin) untuk siri pertama drama gokusen menampilkan pelakon seperti Jun Matsumoto (ahli kumpulan Arashi) sebagai Shin Sawada, Shun oguri (sano izumi@hanakimi) sebagai haruhiko uchiyama (uchi), tomohiro waki sebagai kumai teruo (kuma),Yuma ishagaki sebagai yoichi minami, hiroki narimiya sebagai takeshi noda dan sebagainya. Pelakon lain dalam siri pertama adalah seperti misaki ito (shizuka Fujiyama-guru bahasa inggeris), yuko nakazawa (jururawat sekolah), ikki sawamura (tomoya shinohara-pegawai polis) dan sebagainya. 

kelas 3 D siri satu


Manakala untuk siri kedua drama tersebut, para pelakon bagi watak pelajar kelas 3 D (Sekolah Tinggi Kurogin) adalah terdiri daripada Kazuya Kamenashi (KATTUN) sebagai ryu odagiri, Akanishi Jin (bekas ahli KATTUN) sebagai hayato yabuki, Koike Teppei (otani@lovely complex) sebagai keita takeda, mokomichi hayami (zettai kareshi) sebagai tsucchi, keisuke koide sebagai kosuke hyuga dan sebagainya.

kelas 3 D siri 2

Untuk siri ketiga pula, pelakon yang memegang watak pelajar kelas 3 D Sekolah Tinggi Akadou adalah seperti Yuya Takaki sebagai yamato ogata, Haruma Miura (kimi ni todoke) sebagai ren kazama, hideo ishiguro (keitai kareshi) sebagai kengo honjo, akito kiriyama sebagai satoru Kuraki, junta nakama sebagai ichi, shouhei miura sebagai shunsuke kamiya dan sebagainya. Selain itu, siri tiga turut menampilkan aktres yamada yu (nakata makiko@seigi no mikata) yang di luar skrinnya merupakan isteri kepada oguri shun (uchi@gokusen siri 1) dengan watak kakak kepada ren kazama
                                                                    kelas 3 D siri 3

jyaa, matta ne!!

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS