Kyoto bandar bersejarah

Saturday, June 7, 2014

Kyoto

Kyoto, yang dahulunya ibu Negara jepun (tahun 794-1868) merupakan destinasi pelancongan di jepun yang paling popular. Pelbagai tokong, kuil dan banyak lagi bangunan bersejarah dibina di Bandar Kyoto semasa bandar ini menjadi kuasa politik utama di jepun. Keindahan Bandar Kyoto  yang tiada tandingan itu diakui oleh Amerika Syarikat sehingga mendorong kerajaan AS itu untuk mengecualikan Kyoto sebagai Bandar yang harus dibom dan dimusnahkan semasa Perang Dunia Ke Dua.
Berbeza dengan Tokyo, Kyoto merupakan sebuah Bandar besar  yang mempunyai suasana yang lebih menenangkan jiwa berbanding Tokyo. Bangunan di Bandar Kyoto adalah kebiasaanya tidak terlalu tinggi. Selain itu, di Kyoto juga masih kelihatan masyarakat jepun yang mengenakan pakaian tradisional jepun iaitu kimono. 
Antara tempat menarik yang terdapat di Kyoto adalah:

1)   Kiyomizudera (Kuil air suci)
Merupakan sebuah Kuil Buddha dengan beranda kayu yang besar dan tinggi yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan Kyoto yang indah itu. Dibina pada tahun 780 di kawasan berbukit. Dikelilingi dengan pokok-pokok yang mempunyai warna daun yang menarik iaitu oren, merah keemasan dan coklat keperangan semasa musim luruh. 


2)Kinkakuji
Kuil yang berwarna keemasan dan mempunyai tiga tingkat. Setiap tingkat bangunan mewakili gaya istana jepun , tempat tinggal samurai dan dewan   zen cina.


3)   Vila Katsura
Vila Katsura mempunyai landskap taman yang indah dan bentuk bangunannya pula bercirikan tradisional jepun. Saiz vila ini adalah sama dengan saiznya pada mula-mula ia dibina pada tahun 1645.



 4)   Istana Nijo
Istana Nijo merupakan salah satu tempat yang telah diiktiraf sebagai ‘UNESCO World Heritage Site’. Istana ini pernah menjadi kediaman rasmi kerabat diraja Jepun. Istana Nijo terbahagi kepada tiga bahagian penting iaitu; Honmaru atau kawasan utama pertahanan ; Ninomaru atau kawasan minor pertahanan; dan taman-taman disekeliling Honmaru dan Ninomaru.




Kibla’ di Kyoto

Kibla’ di Kyoto adalah 69 darjah dari utara (arah lawan jam). Jika menggunakan Kompas Kibla’ seperti di bawah, anda harus menetapkan utara dengan nombor lapan. Dengan ini anda akan mendapat arah kibla’ yang betul. Anda juga harus memastikan tiada peralatan elektrik yang boleh memberi pengaruh magnetik kepada kompas tersebut.


Kompas ini dibuat di Jepun dengan teknik pertukangan yang hebat dan telah tersebar ke negara-negara islam selama empat dekad. Kompas ini disediakan di hotel-hotel seperti Hotel Granvia Kyoto, Hotel Century, Kyoto dan Hotel Okura Kyoto. Selain Kompas, hotel-hotel ini juga turut menyediakan kemudahan seperti baju solat wanita dan sejadah. Untuk makanan pula, hotel-hotel ini turut membolehkan pelanggannya membuat permintaan untuk bahan-bahan makanan. Ini bermaksud, anda boleh meminta pihak hotel supaya tidak meletak bahan khinzir atau apa-apa sahaja bahan yang haram di sisi islam dalam menu makanan anda.

Hotel Okura

Hotel century

Hotel Granvia


Masjid Kyoto

Masjid Kyoto terletak berhampiran dengan Istana Diraja. Masjid ini dan pejabatnya dibuka dari hari selasa hingga sabtu pada jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang. Sekiranya anda ingin menggunakan kemudahan solat semasa tempoh waktu masjid ditutup, sila berurusan dengan pihak pejabat masjid Kyoto. 
peta masjid Kyoto

Sumber:

3.)    http://www.kyoto.travel/muslim/en/




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS