[DIARI BJBHB #7] ~ Anugerah Tahunan BJBHB

Sunday, June 14, 2015

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

Minasan, 
cuba ingat balik zaman sekolah dulu,
setiap akhir tahun mesti akan ada satu majlis anugerah pelajar kan?
tujuan utamanya ialah untuk memberi penghargaan seperti pingat, sijil dan wang ringgit kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan 
(selalunya pelajar-pelajar yang rajin, aktif dan mempunyai rekod yang baik)

Bila ada majlis penghargaan macam tu
barulah semangat pelajar-pelajar untuk rajin belajar, rajin datang sekolah dan rajin tolong cikgu kan?
Mestilah saya tahu sebab saya cikgu ;)

Jadi saya fikir
mengapa tidak saya aplikasikan benda yang sama dalam BJBHB
untuk menaikkan lagi semangat ahli-ahli kelab yang saya sayangi untuk lebih aktif belajar
bahasa Jepun dan lebih menonjolkan diri dalam aktiviti yang BJBHB sediakan kan?

Oleh itu,
buat julung-julung kalinya BJBHB akan menganjurkan acara tahunannya yang tersendiri
khas untuk ahli kelab BJBHB iaitu 
'ANUGERAH TAHUN BJBHB'
*macam bosan aje kan nama acara nie..hehe..takpe, nama boleh ditukar kemudian ;) *



Penerangan lanjut mengenai acara nie akan diumumkan dari masa ke semasa ye

Anugerah Tahunan BJBHB nie akan dibuat secara online dulu 

Nanti bila tiba masa yang sesuai,
kita akan buat secara offline pula okay, in a proper occassion..InsyaAllah ;)

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!
(Okay, itu saja!)



*********************************************************************************

*********************************************************************************
Ingin belajar bahasa Jepun bersama BJBHB?Ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun?sertai Kelab BJBHB hari ini juga!

Like page FB : 
dan PM  'Saya ingin belajar bahasa Jepun secara percuma. Bagaimana caranya?'
Admin kami akan menjawab segala persoalan minna^^


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

Arigatou gozaimasu!


ほうき星
(HOUKI BOSHI)






No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS