[BJBHB KE JEPUN #1 : Youkoso!

Monday, June 22, 2015

Assalamualaikum minasan!^^

Youkoso!
ようこそ!
(Selamat datang!) 

Konbanwa!Hai!saya Houki Boshi ingin memperkenalkan ruangan baru 
dalam blog BJBHB iaitu BJBHB KE JEPUN!

Satu platform di mana saya akan berkongsi banyak info berkaitan tempat pelancongan di negara Jepun yang boleh membantu sesiapa yang ingin melancong ke sana. ^^

Ruangan ini juga akan menjadi tempat perkongsian untuk semua ahli Kelab BJBHB yang pernah melancong ke Jepun untuk bercerita mengenai pengalaman mereka. Sharing is caring kan?

Hopefully dengan cerita-cerita mereka ini boleh menaikkan semangat ramai pencinta negara Jepun untuk ke sana la.
(Amiiiiiin!!saya doakan!)

Percayalah!Memang tak rugi melancong ke negara Jepun!
Saya sendiri Alhamdulillah berjaya juga menjejakkan kaki ke sana 3 minggu lepas.
Yang tu nanti saya akan berkongsi pengalaman saya sepanjang di sana pada post2 yang akan datang okay ;) 

Tapi meh sini saya belanja gambar sikit hehehe. (Saja mahu bagi cemburu juga hohoho)

Ini gambar kesukaan saya. Berlatar belakangkan bangunan NHK, Sebuah syarikat penyiaran 'gergasi' di Jepun.
Tinggi sangat tau bangunannya. Setinggi impian saya (gitu~) 

Yang ini pula area Osaka Castle (Osaka-jo)

Tugu belakang tu kalau tak tahu memang nak kena ketuk. Tu tugu Universal Studio Japan okay. BESSSSSSSST sangat jalan2 sini <3 oh ye, saya nampak tembam kan kat sini?waaaah!!malunya saya!!tiba2 berat naik sebelum ke sana!tapi takpe, bukan tak boleh turun berat tu kannnn? (dieting now)

Yang ini pula semasa di Nara. Belakang tu kuil. Okay, saya tak ingat dah apa nama dia tapi jangan bimbang sebab travel planner saya akan bagitahu nama kuil belakang tu dan banyak lagi info lain pada post2 akan datang okay! ;)
Sikit je nie, nak tgk gambar-gambar lain boleh add saya di facebook, Houki Boshi ;)

Saya ke sana bersama Azam-sensei (salah seorang sensei BJBHB) sebagai
travel planner kami. Dia memang seorang yang berpengalaman bab2 tempat pelancongan di Jepun nie. So, feel free to add him as well k. 
(Azam Aziz)

Kalau ada apa2 soalan tak tahu jalan ker, amek transport mana ker, tanya je Azam-sensei. InsyaAllah dia akan membantu ;)

Itu saja la untuk post pertama ruangan nie. Jumpa lagi dalam post2 seterusnya.
Jya, mata ne!^^

ほうき星
(HOUKI BOSHI)

**********************************************************************************************************************************
Ingin belajar bahasa Jepun bersama BJBHB?Ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun?sertai Kelab BJBHB hari ini juga!

Like page FB : 
dan PM  'Saya ingin belajar bahasa Jepun secara percuma. Bagaimana caranya?'
Admin kami akan menjawab segala persoalan minna^^


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

Arigatou gozaimasu!





No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS