Showing posts with label aisatsu. Show all posts
Showing posts with label aisatsu. Show all posts

VIDEO TUTORIAL: AISATSU (bahagian 4)

Thursday, September 26, 2013

aisatsu yang selalu diucapkan sebelum dan selepas makan!

Itadakimasu 
(saya makan dulu)

Gochisousama deshita
(saya dah kenyang)


sekali lagi,
jika ingin tahu lebih tentang makna setiap aisatsu ni,
sila rujuk label 'bab' ye, 
video tutorial ni hanya untuk menunjukkan cara sebutan yang betul saja, arigatou!^^


VIDEO TUTORIAL: AISATSU (bahagian 3)

Aisatsu seterusnya ialah 


Ittekimasu
(saya pergi dulu)

Itteirasshai
(selamat jalan)

Tadaima
(saya dah pulang)

Okaerinasai
(selamat kembali)

VIDEO TUTORIAL: AISATSU (bahagian 2)

aisatsu seterusnya ialah 

Doumo Arigatou Gozaimasu
(terima kasih)

dan jawapannya

Douitashimashite
(sama-sama)


sila ambil perhatian bahawa 

Doumo Arigatou Gozaimasu juga boleh diringkaskan kepada

Doumo Arigatou

atau

Arigatou Gozaimasu

atau

Arigatou

maksudnya sama saja

iaitu

terima kasih

BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 5

Thursday, September 12, 2013

 apa yang masyarakat Jepun selalu ucapkan sebelum dan selepas makan?
kaki drama Jepun atau kaki anime mesti boleh cam punya kan? :)

okay, kepada yang tak tahu dan nak tahu apa yang mereka ucapkan
cuba tengok 2 gambar di bawah ni

SEBELUM MAKAN


SELEPAS MAKAN



Ye betul
masyarakat Jepun selalu ucapkan 
ITADAKIMASU 
sebelum makan.
Maksudnya ialah
'Saya makan dulu'

dan juga

GOCHISOUSAMA DESHITA
selepas makan
yang maksudnya ialah
'Saya sudah kenyang/saya sudah habis'

lebih kurang macam kita la orang islam
sebelum makan ucap 'Bismillah'
 dan selepas makan ucap 'Alhamdulillah'

jya, sore dake
nantikan tutorial untuk menyebut 2 aisatsu ni ye :)

*sila note bahawa setiap aisatsu mempunyai makna yang lain juga tapi makna yang saya berikan ialah yang paling senang untuk difahami, arigatou*

VIDEO TUTORIAL: AISATSU (bahagian 1)

Doumo minna-san, ogenki desuka?^^

kali ni saya akan tunjukkan cara menyebut aisatsu (kata-kata sapaan/ucapan) pula

kita mulakan dengan 5 aisatsu dahulu 
iaitu 

OHAYOU GOZAIMASU, KONNICHIWA, KONBANWA, OYASUMINASAI, MATA ASHITA

selamat menonton^^


TIPS!

  • 'tsu' dalam 'AISATSU' disebut sebagai 'se' dalam 'semut'
  • 'ou' dalam 'OHAYOU GOZAIMASU' disebut panjang sikit (orang melayu cakap, panjang 2 harakat! xD)
  • 'nn' dalam 'KONNICHIWA' disebut dengan nada mendengung dan disebut panjang sikit juga (2 harakat ye!)
  • 'shi' dalam 'MATA ASHITA' disebut sebagai 'syyyy' (macam kalau kita nak suruh orang lain senyap)
jya, sore dake minna-san..sehingga ke tutorial seterusnya :))

BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 4



Doumo minna-san^^ ogenki desuka?

mari kita sambung belajar aisatsu!


hari ni saya akan memperkenalkan 4 aisatsu yang sangat la senang untuk dihafal & boleh dipraktiskan selalu..iaitu


ITTEKIMASU - Saya pergi dulu
ITTEIRASSHAI - Selamat jalan
TADAIMA - Saya dah pulang
OKAERINASAI - Selamat kembali



bila dan situasi yang bagaimana boleh kita praktiskan 4 aisatsu ni adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah


-ITTEKIMASU (Saya pergi dulu)

Diucapkan ketika anda ingin meninggalkan sesuatu tempat 
(contoh: rumah) dan akan kembali semula. 


-ITTEIRASSHAI (Selamat jalan)
Diucapkan kepada orang yang ingin meninggalkan sesuatu tempat. 



- TADAIMA (Saya dah pulang)
Diucapkan apabila anda sudah kembali semula ke sesuatu tempat (contoh:rumah) 

- OKAERINASAI (Selamat kembali)

Diucapkan kepada orang yang sudah kembali semula ke tempat anda.


minna-san,wakarimashitaka?

jya,koko made!
mata aimashou! (jumpa lagi)^^


*tak faham beberapa perkataan yang saya gunakan??rujuk istilah penting ok!*


BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 3



OGENKI DESUKA?
(apa khabar?)



-HAI, GENKI DESU. 
(ya, khabar baik.)



hah!ayat di atas ni pon asas perbualan yang sangat penting dalam bahasa jepun!


wakarimashitaka?kantan deshou?



oboete kudasai ne!

(sila hafal ya!)




BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 2



Doumo minna-san!^^ 



hari ni saya akan memperkenalkan 2 aisatsu yang juga sangat penting untuk diketahui! tak tahu apa itu aisatsu? sila rujuk post-post sebelum ini ye :)



*DOUMO ARIGATOU GOZAIMASU - Terima kasih 





jawapan kepada DOUMO ARIGATOU GOZAIMASU ialah 



DOUITASHIMASHITE - Sama-sama


* Doumo arigatou gozaimasu juga boleh dipendekkan ke 'DOUMO ARIGATOU' atau 'ARIGATOU GOZAIMASU' atau 'ARIGATOU'. Maksudnya sama saja, terima kasih.


wakarimashitaka? (faham tak?)



jya!koko made!arigatou gozaimasu!








(sila rujuk istilah penting jika x faham dengan beberapa perkataan yang saya gunakan^^)

BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 1

Doumo minna-san!^^ 


seperti yang dijanjikan,saya akan memperkenalkan beberapa ucapan asas yang biasa digunakan di kalangan masyarakat Jepun. 


Ucapan dalam bahasa Jepun adalah AISATSU. Untuk hari ini saya akan memperkenalkan 5 aisatsu dahulu ye!

OHAYOU GOZAIMASU - Selamat pagi
KONNICHIWA - Selamat tengahari
KONBANWA - Selamat petang/malam (digunakan pada pukul 6 petang ke atas)

OYASUMINASAISelamat tidur (diucapkan..semestinya sebelum tidur!)

MATA ASHITA -Jumpa esok

*nak bezakan KONBANWA & OYASUMINASAI ni senang saja..dalam bahasa Inggeris, KONBANWA bermaksud 'good evening' & OYASUMINASAI bermaksud 'good night'.




jya,koko made, mata ashita minna-san!!
(okay,sampai sini,jumpa esok semua!!)


p/s -cantik kan pemandangan ni? Allah Maha Besar :))

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS