Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

jenis-jenis sakura

Saturday, May 10, 2014

Assalamualaikum...Negara jepun memang sinonim dengan bunga sakura. Bunga sakura yang kita biasa tengok adalah merah jambu cerah.. Namun adakah sakura hanya berwarna merah jambu??teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai sakura..

sakura menghiasi sebuah istana di jepun

Pokok sakura merupakan sejenis tumbuhan yang diklasifikasikan dalam gen prunus dan ianya telah dispekulasikan berasal dari Banjaran Himalaya. Kini, pokok sakura boleh ditemui di pelbagai tempat di seluruh dunia terutamanya di kawasan hemisfera utara seperti di Eropah, Siberia barat, China, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Kepelbagaian sakura di jepun
Di jepun, terdapat lebih 100 jenis pokok sakura dengan ciri-ciri yang berbeza. Beberapa jenis pokok sakura adalah berasal dari hutan jepun seperti sakura jenis yamazakura. Manakala yang selebihnya adalah dikacukkan oleh manusia sendiri untuk tujuan hiasan dalam taman. Pokok sakura yang paling popular pada hari ini adalah sakura kacukan jenis somei yoshino.
Dalam hal ini jenis sakura boleh diklasifikasikan kepada :

a)Bilangan kelopak

Kebanyakan sakura liar dan beberapa sakura kacukan mempunyai lima kelopak. Namun terdapat juga sakura dengan 10 kelopak, 20 kelopak dan 20 kelopak ke atas. Sakura dengan lebih 5 kelopak dipanggil yaezakura.

Somei yoshino (5 kelopak)-jenis sakura paling popular

Ichiyo(20 kelopak)

Kikuzakura (100 kelopak)

b)Warna sakura
Kebanyakan jenis sakura adalah berwarna merah jambu cerah dan putih. Namun , terdapat juga sakura yang berwarna merah jambu pekat, kuning atau hijau. Yang lebih menarik, terdapat beberapa jenis sakura yang boleh bertukar warna semasa ianya tengah mekar. Sebagai contohnya, terdapat sakura mula mekar dengan warna putih dan ianya boleh berubah kepada warna merah jambu dalam masa beberapa hari.

Merah jambu (kanzan)

Putih (shogetsu)

Kuning (ukon)

c)Masa mekar
Kebanyakan jenis sakura mekar pada musim bunga. Dalam hal ini, sakura jenis yaezakura (sakura dengan lebih lima kelopak) adalah jenis sakura yang paling lambat mekar iaitu dua hingga empat minggu selepas jenis sakura dengan lima kelopak. Selain musim bunga , terdapat juga beberapa jenis sakura yang mekar pada lewat musim luruh dan musim sejuk.

d)Bentuk pokok
Pokok Sakura boleh dilihat dalam beberapa bentuk seperti bentuk tiga segi, bentuk V, kolumnar, rata di atas dan sebagainya.

Antara jenis-jenis sakura yang popular

a)    Somei yoshino
Mula dikacuk sejak zaman edo di Tokyo dan merupakan jenis sakura yang paling banyak di jepun. Somei yoshino biasanya berwarna merah jambu cerah dan putih serta dengan lima kelopak.

b)    Yamazakura
Yamazakura merupakan jenis sakura yang tumbuh liar dengan banyaknya di dalam hutan. Sakura jenis ini biasanya berwarna merah jambu cerah dan dengan lima kelopak.

c)     Shidarezakura 
Sakura jenis ini mempunyai dahan dengan struktur ke bawah dan boleh didapati dengan lima kelopak atau dengan lebih lima kelopak. Sakura dengan lebih lima kelopak dipanggil  sebagai yaeshidarezakura dan ianya mekar seminggu selepas sakura shidarezakura lima kelopak.

2) http://www.japan-guide.com/e/e2011_species.html
3) Wikipedia 


jepun dan tokyo

Wednesday, March 19, 2014

Negara jepun yang mempunyai populasi penduduk hingga 127.54 juta terdiri daripada 47 wilayah. Berdasarkan geografi dan sejarah latarbelakang, wilayah-eilayah ini terbahagi kepada lapan kawasan seperti Hokkaidou, Touhoku, Kantou, Chuubu, Kansai, Chuugoku, Shikoku dan Kyuushuu-okinawa. Setiap kawasan mempunyai dialek percakapan, adat dan budaya tradisional yang tersendiri. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai perbezaan termasuk rasa hidangan makanan dan persembahan seni tradisional di  kawasan kantou(meliputi Tokyo) dan kawasan kansai (meliputi oosaka). Dalam hal ini, kawasan pergunungan meliputi 70 % dari Negara jepun. Bandar dengan populasi penduduk mencecah lebih satu juta pula adalah seperti Sapporo di Hokkaidou; Sendai di Touhoku; Kawasaki, Saitama, Tokyo, dan Yokohama di Kantou; Nagoya di Chuubu; Oosaka, Kyoto, Kobe di Kansai; Hiroshima di Chuugoku; Fukuoka di Kyuushuu. Dalam hal ini, ibu kota jepun adalah Bandar Tokyo.

Tokyo
Tokyo, atau secara rasminya metropolis Tokyo merupakan salah satu diantara 47 wilayah di jepun. Tokyo merupakan ibu kota jepun dan Bandar metropolitan terbesar di dunia. Ia merupakan kawasan di mana letaknya kerajaan jepun dan istana diraja dan kediaman keluarga diraja jepun. Tokyo berada di kawasan kantou iaitu di kawasan tenggara pulau Honshu , pulau izu dan pulau ogasawara. Bandar metropolis Tokyo ini mula dibentuk pada tahun 1943. Tokyo dianggap sebagai sebuah Bandar namun secara rasminya, ianya merupakan sebuah ‘wilayah metropolitan’ yang sudah tentunya berbeza dengan sebuah Bandar. Pada tahun 2012 metropolitan Tokyo dinamakan sebagai sebuah Bandar termahal menurut tinjauan kos sara hidup yang telah dilakukan.

Etimologi
Tokyo pada asalnya dikenali sebagai edo yang membawa maksud kuala ataupun muara. Nama edo kemudiannya ditukar kepada Tokyo (to-timur, kyo- ibu kota) apabila ia menjadi ibu kota diraja pada tahun 1868. Pada awal era meiji, Bandar tersebut turut dikenali sebagai “tokei” , yang merupakan sebutan alternatif untuk karakter cina yang mewakili Tokyo. Perubahan nama edo kepada Tokyo mula dicadangkan pada tahun 1813 dalam buku kondo hisaku (rahsia perancangan pergaulan) yang ditulis oleh Satou Nobuhiro. Kemudiannya, Oukubo Toshimichi mengusulkan hal tersebut kepada pihak kerajaan.

Sejarah Tokyo
Tokyo pada mulanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Edo dan merupakan sebahagian daripada daerah musashi lama. Edo pada mulanya dibangunkan oleh suku edo pada lewat abad ke-20. Pada tahun 1457, outa doukan telah membina istana edo. Manakala pada tahun 1590, tokugawa ieyasu telah menjadikan edo sebagai pengkalannya dan setelah beliau menjadi shogun pada tahun 1603, Bandar edo telah menjadi pusat kerajaan tenteranya. Pada era edo yang berikutnya, edo telah berkembang menjadi sebuah Bandar terbesar di dunia dengan populasi penduduknya mencecah satu juta orang pada abad ke 18.

.

sistem pendidikan di jepun

Wednesday, March 5, 2014

Assalamualaikum...konbanwa..selamat petang...minna, petang ini sy mahu kongsikan serba sedikit mengenai sistem persekolahan di jepun.  Lambakan drama jepun bertema alam persekolahan seperti hanakimi, gokusen, nobuta wo produce dan sebagainya menyebabkan rasa ingin tahu sy mengenai sistem persekolahan di jepun.

Di jepun, hanya pembelajaran diperingkat sekolah rendah dan menengah rendah yang diwajibkan. Untuk peringkat menengah rendah, kebanyakan pelajar akan ke sekolah menengah rendah awam, manakala untuk menengah atas, sekolah swasta adalah lebih popular.  Selepas perang dunia ke dua, undang-undang asas pendidikan dan undang-undang pendidikan sekolah telah diwujudkan. Undang-undang yang wujud selepas undang-undang ini telah mencorakkan sistem persekolahan jepun hingga hari ini: 6 tahun persekolahan di sekolah rendah, 3 tahun sekolah tinggi junior, tiga tahun sekolah tinggi dan dua atau empat tahun di universiti. Dalam hal ini, persekolahan di jepun bermula pada bulan april dan kelas diadakan pada hari isnin hingga jumaat atau sabtu (bergantung pada sesebuah sekolah itu). Sesi Persekolahan terbahagi kepada tiga semester yang dipisahkan oleh cuti pendek pada musim bunga dan sejuk dan cuti panjang pada musim panas (enam minggu).


Gred persekolahan
umur
gred
Pencapaian persekolahan
3-6

Tadika (youchien)
7-12
1-6
Sekolah rendah (shougakkou)-pendidikan wajib
13-15
1-3
Sekolah tinggi junior (chuugakkou)-pendidikan wajib
16-18
1-3
Sekolah tinggi (koutougakkou)/ koukou

Sekolah rendah
Kanak-kanak jepun memasuki gred pertama di sekolah rendah pada bulan april selepas hari lahir ke enam tahun mereka (umur tujuh tahun). Terdapat kira-kira 30 hingga 40 pelajar dalam setiap bilik darjah. Subjek yang dipelajari adalah meliputi subjek bahasa jepun, matematik, sains, musik, kaftangan, sosial, dan ekonomi rumahtangga ( untuk belajar asas memasak dan menjahit). Selain itu, pelajar juga turut mempelajari seni jepun seperti shodo (kaligrafi) dan haiku.  Seni Shodo melibatkan rendaman berus ke dalam dakwat dan digunakan untuk menulis perkataan kanji dan kana. Haiku pula adalah satu seni yang digunakan untuk memberitahu emosi mendalam kepada pembaca menggunakan ekpresi mudah.


Sekolah tinggi junior
Peringkat menengah rendah meliputi gred 7 hingga 9.Walaupun ianya dibolehkan untuk meninggalkan alam persekolahan dan mencari kerja selepas tamat persekolahan sekolah tinggi junior, namun peratus masyarakat jepun yang berbuat sedemikian adalah sedikit sahaja iaitu 4 % pada lewat 1980-an. Pada tahun 1980-an, seperti sekolah rendah, kebanyakan sekolah tinggi junior adalah sekolah awam dengan hanya 5% daripadanya sekolah swasta. Pendidikan Kurikulum adalah melibatkan subjek bahasa jepun, pendidikan sosial, matematik, sains , muzik, kesihatan , seni dan pendidikan jasmani.

Sekolah tinggi
Walaupun pendidikan hanya diwajibkan untuk peringkat sekolah rendah, dan sekolah tinggi junior, namun kira-kira 98 % pelajar tetap hadir ke sekolah tinggi. Seperti yang kita lihat dalam drama-drama jepun, para pelajar kebiasaannya akan mengambil peperiksaan bagi memasuki sekolah tinggi. Baru-baru ini, beberapa sekolah tinggi junior dan sekolah tinggi telah bergabung bagi membentuk sekolah dengan enam tahun persekolahan. Para pelajar boleh memilih samaada mahu ke sekolah swasta ataupun sekolah awam. Dalam hal ini, terdapat kira-kira 55 % sekolah tinggi swasta di seluruh jepun. Kementerian pendidikan menganggarkan perbelanjaan untuk sekolah tinggi swasta adalah dua kali lebih tinggi berbanding sekolah awam iaitu sebanyak kira-kira 600 000 yen pada tahun 1980-an.

Aktiviti kelab
Hampir semua pelajar sekolah tinggi junior mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum mengikut pilihan mereka sendiri samaada dalam sukan, seni, mahupun kelab sains. Dalam hal ini, kelab besbol merupakan kelab yang paling popular dalam kalangan pelajar lelaki. Tidak kurang juga dengan kelab bola sepak yang semakin diminati oleh pelajar-pelajar . Kelab judo pula menjadi pilihan oleh kedua-dua golongan pelajar perempuan dan lelaki. Antara kelab sukan lain yang popular adalah tenis, bola keranjang, gimnastik dan sebagainya. Untuk kelab kebudayaan pula, satu kelab yang semakin popular adalah kelab go. Go merupakan sejenis permainan papan strategik yang dimainkan dengan dua batu iaitu hitam dan putih. Dalam hal ini, selepas komik berkenaan permainan tersebut diterbitkan semakin ramai para pelajar yang mencuba permainan tersebut. Antara pilihan lain bagi kelab kebudayaan adalah kelab kelab koir, kelab seni lukis , kelab upacara teh dan sebagainya


Sumber: 
2)http://web-japan.org/kidsweb/explore/schools/index.html

~4 musim di jepun~

Wednesday, February 26, 2014

assalamualaikum...konnichiwa...selamat tengahari.. minna, pada kali ini, saya mahu kongsikan mengenai kejadian 4 musim di jepun dan juga aktiviti-aktiviti pada keempat-empat musim tersebut..

Dalam hal ini, seperti yang kita sedia maklum Jepun merupakan antara negara yang mengalami empat musim iaitu musim sejuk (dis-feb), bunga (mac-mei), panas (jun-ogos) dan musim luruh (sep-nov). Walaupun terdapat banyak Negara yang mengalami kejadian 4 musim di seluruh dunia, namun terdapat beberapa aktiviti bermusim yang hanya ditawarkan di Negara matahari terbit ini sahaja. Sebagai contohnya, musim sejuk merupakan musim yang dinantikan oleh para penggemar pemain ski and peluncur salji. Lokasi popular pada musim ini adalah Resort Hakuba dan Resort Naeba. Sukan musim salji telah menjadi popular sejak kebelakangan ini. Dalam hal ini, olimpik musim salji pada tahun1988 di Nagano telah diadakan dengan jayanya. Selain itu, pada musim ini, terdapat satu festival di jepun yang berjaya menarik beribu pelancong dari luar dan dalam iaitu festival yuki matsuri (festival salji) yang diadakan di Sapporo.

musim salji di jepun

Pada musim bunga pula , aktiviti yang popular di jepun adalah ohanami(melihat bunga). Pada musim ini, tempoh bunga sakura mekar bermula dari akhir Mac hingga april. Tradisi ohanami telah menjadi popular sejak era Heian (794-1195) dan ia merupakan contoh terbaik bagi keindahan semulajadi Negara matahari terbit itu. Secara ironinya, antara tempat di Tokyo yang popular dengan aktiviti ohanami ini adalah Aoyama Bochi.

aktiviti ohanami

Pada musim panas, suhu dikebanyakan tempat boleh mencapai hingga pertengahan 30 ° C. Dalam hal ini, hanya kawasan Hokkaido sahaja yang terkecuali dari mengalami perubahan suhu ekstrim ini. Pada musim ini, antara aktiviti popular di jepun adalah matsuri (festival) dan hanabi (bunga api). Festival terbesar yang diadakan pada musim ini adalah obon yang diadakan pada bulan ogos (sesetengah tempat diadakan pada bulan julai). Aktiviti Hanabi Taikai (pertunjukan bunga api) yang diadakan di sungai sumida, tokyo pula merupakan aktiviti tahunan yang sangat popular, dan berjaya menarik berjuta pelancong setiap tahun. Pada musim ini, walaupun tiada persekolahan pada bulan julai dan ogos, pasukan besbol sekolah tinggi sibuk dengan latihan mereka bagi acara kejuaraan besbol. Dalam hal ini, seluruh pelusuk Negara jepun mengikuti perkembangan acara ini yang diadakan di stadium koshien.

hanabi taikai

Akhir musim panas dan bermulanya musim luruh menyaksikan kedatangan ribut taufan pasifik dan ribut tropika. Kebanyakan ribut taufan melanda kawasan Kyushu terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain. Beberapa ribut taufan telah menyebabkan kematian beribu nyawa. Pada musim ini,  aktiviti tsukimi (melihat bulan-diadakan pada bulan September )merupakan aktiviti tradisi sejak era Heian namun sudah tidak popular pada masa kini.
musim luruh di jepun

Jyaa,, omoshiroi deshou? (menarik kan?)

ありがとうございます

 ~admin didi~
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS