Showing posts with label arashi. Show all posts
Showing posts with label arashi. Show all posts

[BJBHB E-BUZZ] Arashi bakal mengadakan tour di 5 dome utama!

Tuesday, July 7, 2015

Arashi bakal mengadakan live tour di 5 buah dome utama bermula November. 

Live tour ini akan bermula pada 6-8 November di Nagoya Dome, Aichi. Sebanyak 17 persembahan di 5 buah lokasi dengan finale pada 27 Disember di Tokyo Dome. Tahun ini merupakan tahun ke-4 berturut-turut Arashi mengadakan tour di 5 buah dome utama.

Selain berita tentang live tour ini, Arashi juga bakal melancarkan DVD/Blu-ray "ARASHI LIVE TOUR 2014 THE DIGITALIAN" pada 29 Julai. Ia juga termasuk konsert di Tokyo Dome pada tahun lepas.

ARASHI LIVE TOUR 2015  


  • Friday, November 6 - Nagoya Dome (Aichi)
  • Saturday, November 7 - Nagoya Dome (Aichi)
  • Sunday, November 8 - Nagoya Dome (Aichi)
  • Friday, November 13 - Sapporo Dome (Hokkaido)
  • Saturday, November 14 - Sapporo Dome (Hokkaido)
  • Sunday, November 15 - Sapporo Dome (Hokkaido)
  • Thursday, November 26 - Kyocera Dome Osaka (Osaka)
  • Friday, November 27 - Kyocera Dome Osaka (Osaka)
  • Saturday, November 28 - Kyocera Dome Osaka (Osaka)
  • Sunday, November 29 - Kyocera Dome Osaka (Osaka)
  • Thursday, December 17 - Fukuoka Yafuoku! Dome (Fukuoka)
  • Friday, December 18 - Fukuoka Yafuoku! Dome (Fukuoka)
  • Saturday, December 19 - Fukuoka Yafuoku! Dome (Fukuoka)
  • Wednesday, December 23 - Tokyo Dome (Tokyo)
  • Thursday, December 24 - Tokyo Dome (Tokyo)
  • Saturday, December 26 - Tokyo Dome (Tokyo)
  • Sunday, December 27 - Tokyo Dome (Tokyo)
P/S: Admin Nana teringin nak pergi 


Sumber: natalie.mu

(( BJBHB NaNa ))

[MUAT TURUN] Kamisama no Karute

Saturday, April 12, 2014

Ohayou minna-san!!

Kamisama no Karute untuk muat turun~


Sila klik di sini 

(Ada 8 bahagian yang perlu dimuat turun termasuk subtitle)

* Saiz fail agak besar jadi admin terpakasa bahagikan kepada beberapa bahagian >.<

Sila gunakan aplikasi ini untuk menyambungkan kesemua fail yang telah dimuat turun

Selamat menonton :)




J-Dorama: Mikeneko Holmes no Suiri

Saturday, March 22, 2014

Assalamualaikum & konbanwa, minna-san~

Kali ini admin Nana nak kongsi satu j-dorama best pula! "Mikeneko Holmes no Suiri" (三毛猫ホームズの推理)  atau juga dikenali sebagai Calico Cat Holmes. Cerita ni sebenarnya nak kata lama tak juga.. tahun 2012. Disebabkan admin Nana suka sangat dengan kucing & Arashi, jadi drama ni memang wajib tonton! :) Admin Nana siap beli DVD nya kat kedai DVD~ Tak pasti kalau pembaca pernah tengok drama ni. Tapi tak mengapa, bagi yang belum tengok, harap tengok (terutama yang suka drama jenis penyiasatan, kucing & Arashi ;p)



Poster Mikeneko Holmes no Suiri~



Pelakon utama:

Aiba Masaki (Arashi) - Katayama Yoshitaro (KY)
Fujiki Naohito (Proposal Daisakusen, PRICELESS) - Katayama Hiroshi 
Okura Tadayoshi (Kanjani8) - Ishizu Ryohei
Oomasa Aya (Buzzer Beat, Yamato Nadeshiko Shichi Henge) - Katayama Harumi 
Ueki Natto - Detektif Higuchi
Kimisawa Yuki - Detektif Murata
Matsuko Deluxe (マツコデラックス) - Holmes (dalam bentuk manusia)
Omi Toshinori - Nemoto Toshio
Ishizaka Koji - Kurihara Hajime

Sinopsis:

Yoshitaro menjadi detektif mengikut kehendak ayahnya yang suatu masa dahulu ialah seorang deteketif yang hebat. Tapi, kelamahan Yoshitaro ni pula, setiap kali dia tengok darah di tempat pembunuhan, dia akan pengsan. Dan Yoshitaro juga fobia dengan perempuan dan hantu :D Yoshitaro pun banyak kali nak berhenti tetapi abangnya, Hiroshi, yang suka sangat dengan novel misteri dan adik perempuannya yang tersangat aktif, Harumi, sentiasa yakinkan Yoshitaro untuk terus jadi detektif.

Jadi, pada satu hari, Yoshitaro terjumpa dengan seekor kucing Calico yang entah macam mana boleh faham apa yang Yoshitaro cakap. Dan setiap kali ada kes, kucing ni selalu bantu Yoshitaro dalam mendapatkan klu-klu dan seterusnya selesaikan kes tersebut! Wah pelik kucing ni~! :D 

Pendapat Admin Nana:

Drama ni memang seronok untuk ditonton. Tak rugi~ admin Nana memang suka drama-drama penyiasatan. Dan yang penting, macam mana kucing ni boleh jadi pandai sangat dalam selesaikan kes-kes tu... pembaca kena tengok sendiri lah~ baru misteri akan terungkai hihi~ :) banyak juga aksi-aksi comel antara Aiba Masaki dengan kucing tu. Seronok tengok telatah mereka! Dan cerita ni pun banyak aksi komedi. Interaksi antara Yoshitaro dan rakan sepasukannya, Ryohei memang buatkan admin asyik gelak je! :D :D 

Tengok ni Yoshitaro dengan Holmes~ Comel sangat! (P/S: Ryohei kat belakang pandang apa tu? Haha)


Yoshitaro bersama Hyorei, Hiroshi dan Harumi berkumpul selesaikan masalah!


Eh, eh kenapa pula ni? >_<
Di sebalik tabir penggambaran poster, Aiba Masaki bersama Holmes :)

Minna~ satu lagi.. lagu tema drama ni pula dinyanyikan oleh Arashi "Your Eyes" ^o^  (admin hanya boleh link PV lagu ni sahaja. Sila klik di sini ya!)


Ok, itu sahaja bebelan admin kali ini. Saja nak kongsi minat. Kalau pembaca yang dah tengok drama ni boleh kongsi sama-sama :) atau ada j-dorama lain yang menarik boleh juga dikongsi! Ja ne~^___^



Arashi

Saturday, September 28, 2013


ARASHI (嵐) yang juga bermaksud 'ribut' dalam bahasa Jepun adalah kumpulan lelaki 'boyband' yang sangat terkenal di Jepun. Terdiri daripada 5 orang ahli iaitu: Satoshi Ohno (智大野), Sho Sakurai (翔櫻井), Masaki Aiba (雅紀相葉), Kazunari Ninomiya (和也二宮), Jun Matsumoto (潤松本)


Profil:


* Nama: Aiba Masaki (相葉雅紀)
* Nama panggilan: Aiba, Idol
* Tarikh Lahir: 24 Disember 1982
* Tinggi: 175 cm
* Berat: 58 kg
* Jenis darah: AB
* Zodiak: Capricorn
* Ukuran badan: B:82 cm; W:70 cm; H:88 cm
* Kaki: 26.5cm
* Keluarga: Ibu, ayah, adik lelaki (Yusuke)
* haiwan peliharaan: 3 ekor anjing
* Subjek kegemaran: tiada *bagusnya dia xD*
* Subjek paling tak suka: Pendidikan Jasmani  (semasa musim sejuk)
* Makanan: ramen
* Warna: hitam & putih
* Harta Kesayangan: semua orang di sekeliling dia, haiwan peliharaan dan patung haiwan kepunyaannya
nak tahu lebih? --> http://en.wikipedia.org/wiki/Masaki_Aiba




* Nama: Matsumoto Jun (松本潤)
* Nama panggilan: Matsujun
* Pekerjaan: pelakon, penyanyi, pengacara
* Tarikh Lahir: 30 Ogos 1983
* Tempat Lahir: Tokyo, Japan
* Tinggi: 173cm
* Berat: 58kg
* Jenis Darah: Arh-
* Zodiak: Virgo
* Kesukaan: berlakon, muzik, menari, teater, fotografi
* emoticon kesukaan: m(_ _)m
* Sukan kegemaran: besbol 
* Agensi Bakat: Johnny’s Entertainment
tak cukup?? ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Jun_Matsumoto



* Nama: Ninomiya Kazunari (二宮 和也)
* Nama Panggilan: Nino
* Tarikh Lahir: 17 Jun 1983
* Tinggi: 168 cm
* Berat: 53 kg
* Jenis Darah: A
sikit sangat?? ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Kazunari_Ninomiya



* Nama: Ohno Satoshi (大野智)
* Nama Panggilan: Ohno, riida, Oh-chan, Sammy, Ohji-chan, Captain
* Tarikh Lahir: November 26, 1980
* Tempat Lahir: Tokyo, Japan
* Tinggi: 166 cm
* Berat: 51 kg
* Jenis Darah: A
berkenan?? ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Satoshi_Ohno



* Nama: Sakurai Sho (櫻井翔)
* Nama Panggilan: Sho
* Tarikh Lahir: 25 Januari 1982
* Tinggi: 171cm
* Berat: 58kg
* Jenis Darah: A
* Pendidikan: Universiti Keio
masih single atau tak??--->http://en.wikipedia.org/wiki/Sho_Sakurai


Sebab utama saya suka kumpulan Arashi ni ialah lagu-lagu diorang sangat memotivasikan. Bersemangat saja bila buat kerja. Antara lagu diorang yang paling saya suka ialah 'Kansha Kangeki Ame Arashi'. Lirik lagu tu sangat bermakna pada saya. Nanti saya akan terjemahkan lagunya ye, tunggu~


okay,
kalau nak tahu lebih lanjut tentang Arashi ni boleh la 'google'

nak cuba dengar lagu-lagu diorang, boleh klik link ni

lagu-lagu diorang memang banyak yang best-best tapi kalau nak cadangan, saya cadangkan

 A.Ra.Shi, Kansha Kangeki Ame Arashi, Kimi No Tame Ni Boku Ga Iru, Jidai, Naisu Na Kokoro iki, Tomadoi Nagara, Hadashi No Mirai, Pikanchi Double, Hitomi No Naka No Galaxy, Hero, Sakura Sake, Subarashiki Sekai, Wish, Kitto Daijyobu, Love So Sweet, We Can Make It, Happiness, Step & Go, One Love, Truth, Kaze No Mukou E, Beautiful Days, Believe, Ashita No Kioku, Everything, Troublemaker, Monster, Love Rainbow, Dear Snow, Hatenai Sora, Lotus, Mada Minu Sekai e, Meikyuu Love Song, Face Down, Breathless, Intergalactic <3

kalau nak tengok drama-drama yang ahli Arashi ni berlakon pula boleh pergi sini


sebarang persoalan boleh tanya saya 
jya, sore dake^^

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS