~yukata & kimono, ketahui perbezaannya~

Saturday, February 15, 2014

Assalamualaikum, konbanwa...

Yukata dan kimono merupakan pakaian tradisional masyarakat jepun.  Peraturan umum yukata dan kimono adalah golongan muda memakai pakaian tersebut dengan warna terang, warna hidup dan corak yang berani. Manakala golongan tua pula memakainya dengan warna gelap dan matang dengan corak yang suram. Kanak-kanak mamakai pakaian tersebut dengan pelbagai warna dan wanita muda pula memakainya dengan corak bunga manakala wanita tua pula memakainya dengan warna biru gelap tradisional dengan corak geometrik. Golongan lelaki pula memakainya dengan warna gelap. Dalam hal ini, tentunya ada diantara kita kurang jelas akan perbezaan kedua-dua pakaian ini. Berikut merupakan antara perbezaan yukata dan kimono dari segi beberapa aspek.

Perbezaan asas
Ramai yang tidak mengetahui tentang perbezaan kedua-dua pakaian ini. Perbezaan asas kedua-dua pakaian adalah ianya diperbuat daripada fabrik yang berbeza. Dalam hal ini, yukata diperbuat daripada kapas manakala kimono pula diperbuat daripada sutera.


yukata

kimono

 Perbezaan Pemakaian

Kimono adalah pakaian glamor manakala yukata adalah pakaian yang lebih ringkas. Dalam kata lain, yukata merupakan kimono dalam bentuk lebih kasual. Perbezaan lain adalah yukata hanya dipakai pada musim panas manakala kimono dipakai untuk upacara formal. Selain itu yukata juga dipakai sebagai baju mandi di tempat-tempat seperti kolam air panas. Pada musim panas, Yukata dipakai untuk beberapa aktiviti di musim panas seperti pertunjukan hanabi (bunga api) dan festival bon-odori.
Kimono dipakai bersama dengan stokin manakala yukata pula tidak dipakai bersama stokin. Dalam hal ini, kasut seperti zori atau geta dipakai dengan kimono tetapi ianya tidak menjadi satu kemestian apabila memakai yukata. Kimono dipakai oleh kedua-dua golongan lelaki dan wanita manakala yukata pula kebiasaanya dipakai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Perbezaan maksud nama
Perkataan yukata berasal dari gabungan dua perkataan iaitu yu dan katabira. Yu membawa maksud kepada mandi manakala katabira pula bermaksud pakaian dalam. Manakala kimono pula berasal dari perkataan ki dan mono. Ki membawa maksud pakai dan mono pula bermaksud benda.

Perbezaan reka bentuk dan kos
Tidak seperti yukata, kimono mempunyai sekurang-kurangnya dua kolar. Selain itu, Yukata hanya mempunyai satu lapisan manakala kimono pula kebiasaanya mempunyai beberapa lapisan. Dari segi kos, kimono adalah lebih mahal berbanding yukata. 

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS