assalamualaikum..ohayou gozaimasu,minna-san...entri kali ini, saya mahu kongsikan sedikit mengenai oshogatsu..Apa itu oshogatsu??
Oshogatsu( tahun baru) merupakan satu sambutan yang paling
penting bagi masyarakat jepun. Pada era maharaja meiji, tahun baru disambut
mengikut kalendar lunar cina, namun sejak tahun 1873 iaitu lima tahun selepas
era maharaja meiji, ianya disambut mengikut kalendar masihi. Namun terdapat
juga kawasan di jepun seperti pulau ryukyu yang masih menyambutnya mengikut
kalendar lunar cina.
Perkara
pertama kali di tahun baru
Sambutan tahun baru
bagi masyarakat jepun memberi perhatian kepada beberapa perkara yang pertama
kali dilakukan pada tahun baru. Antaranya adalah:
Hatsuhinode-matahari terbit untuk pertama kali pada sesuatu
tahun. Kebiasaanya orang ramai akan memandu ke pantai atau mendaki gunung untuk
melihat matahari terbit
Hatsumoude-kunjungan pertama ke kuil. Orang ramai biasanya
mengunjungi kuil selepas tengah malam 31 disember atau pada 1 januari. Jika
cuaca baik orang ramai akan berhias dengan mamakai kimono.
Kakizome-kaligrafi
pertama ditulis pada tahun baru, iaitu secara tradisionalnya disambut pada 2 januari
Waraizome-
senyuman pertama di mana memulakan tahun baru dengan senyuman dianggap membawa
petanda baik
Hatsuyume-impian
pertama
Hatsudayori-pertukaran surat kali pertama
shigoto-hajime-tugas pertama
keiko-hajime-latihan/amalan pertama
hatsugama-upacara
teh kali pertama
hatsumoude
Mochi
Antara adat orang jepun
dalam menyambut tahun baru ini adalah dengan membuat kek beras (mochi). Kek
beras ini dibuat sebelum hari tahun baru dan dimakan semasa awal januari. Proses
membuat kek beras ini melibatkan dua orang di mana seorang daripada mereka
memasukkan beras melekat yang direbus ke dalam bekas kayu yang dipanggil usu
dan diikuti dengan air, sementara seorang lagi bertindak mengetuk bekas
tersebut dengan pemukul kayu yang besar. Seterusnya ianya dilembutkan untuk
membentuk bebola.
Poskad
Akhir disember dan awal januari merupakan waktu paling
sibuk bagi pejabat pos di jepun. Hal ini kerana masyarakat jepun biasanya menghantar
poskad tahun baru ( nengajou ) kepada
saudara mara dan rakan-rakan seperti mana adat masyarakat barat menghantar kad
krismas. Ia bertujuan untuk memberitahu saudara mara dan rakan-rakan yang
jarang berjumpa, bahawa mereka berada dalam keadaan sihat sahaja.
Pejabat pos akan memastikan poskad yang dikirim dalam
jangkamasa pertengahan bulan disember hingga akhir disember dan ditanda dengan nengajou sampai kepada penerima tepat
pada 1 januari. Untuk memastikan poskad tersebut sampai tepat pada masa yang
ditetapkan, pejabat pos biasanya akan mengupah pelajar yang berkerja separuh
masa bagi menghantar poskad tersebut.
Otoshidama
Pada hari tahun baru, masyarakat jepun biasanya akan
memberikan wang kepada kanak-kanak. Wang diberikan kepada kanak-kanak dalam
sampul kecil yang dihias yang dinamakan sebagai ‘pochibukuro’. Pochibukuro
mempunyai persamaan dengan sampul merah masyarakat cina. Di zaman era Edo,
keluarga kaya dan kedai-kedai besar akan memberikan beg kecil yang mengandungi
mochi dan limau mandarin untuk menyebarkan kegembiraan kepada orang ramai.
Jumlah wang yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak, namun apabila
terdapat lebih dari seorang kanak-kanak, jumlah wang diberikan adalah sama bagi
memastikan tiada kanak-kanak yang rasa terasing.
Hiburan
Terdapat banyak rancangan televisyen yang disiarkan
sempena tahun baru ini. Untuk berdekad lamanya, ianya adalah satu kebiasaan
untuk menonton rancangan televisyen kouhaku
uta gassen yang disiarkan di stesen televisyen NHK. Rancangan tersebut
memaparkan dua pasukan iaitu merah dan biru yang terdiri daripada artis muzik
popular yang bersaing antara satu sama lain.
ありがとうございます (arigatou gozaimasu)...じゃあまったね!!(jyaa matta ne)
~admin didi~
~admin didi~
No comments:
Post a Comment