assalamualaikum...konnichiwa...selamat tengahari.. minna, pada kali ini, saya mahu kongsikan mengenai kejadian 4 musim di jepun dan juga aktiviti-aktiviti pada keempat-empat musim tersebut..
Dalam hal ini, seperti yang kita sedia maklum Jepun merupakan antara negara yang mengalami empat musim iaitu musim sejuk (dis-feb), bunga (mac-mei), panas (jun-ogos) dan musim luruh (sep-nov). Walaupun terdapat banyak Negara yang mengalami kejadian 4 musim di seluruh dunia, namun terdapat beberapa aktiviti bermusim yang hanya ditawarkan di Negara matahari terbit ini sahaja. Sebagai contohnya, musim sejuk merupakan musim yang dinantikan oleh para penggemar pemain ski and peluncur salji. Lokasi popular pada musim ini adalah Resort Hakuba dan Resort Naeba. Sukan musim salji telah menjadi popular sejak kebelakangan ini. Dalam hal ini, olimpik musim salji pada tahun1988 di Nagano telah diadakan dengan jayanya. Selain itu, pada musim ini, terdapat satu festival di jepun yang berjaya menarik beribu pelancong dari luar dan dalam iaitu festival yuki matsuri (festival salji) yang diadakan di Sapporo.

musim salji di jepun
Pada musim bunga pula , aktiviti yang popular di jepun
adalah ohanami(melihat bunga). Pada musim ini, tempoh bunga sakura mekar
bermula dari akhir Mac hingga april. Tradisi ohanami telah menjadi popular
sejak era Heian (794-1195) dan ia merupakan contoh terbaik bagi keindahan
semulajadi Negara matahari terbit itu. Secara ironinya, antara tempat di Tokyo
yang popular dengan aktiviti ohanami ini adalah Aoyama Bochi.
aktiviti ohanami
Pada musim panas, suhu dikebanyakan tempat boleh
mencapai hingga pertengahan 30 ° C. Dalam hal ini, hanya kawasan Hokkaido
sahaja yang terkecuali dari mengalami perubahan suhu ekstrim ini. Pada musim
ini, antara aktiviti popular di jepun adalah matsuri (festival) dan hanabi (bunga
api). Festival terbesar yang diadakan pada musim ini adalah obon yang diadakan pada
bulan ogos (sesetengah tempat diadakan pada bulan julai). Aktiviti Hanabi
Taikai (pertunjukan bunga api) yang diadakan di sungai sumida, tokyo pula merupakan
aktiviti tahunan yang sangat popular, dan berjaya menarik berjuta pelancong
setiap tahun. Pada musim ini, walaupun tiada persekolahan pada bulan julai dan
ogos, pasukan besbol sekolah tinggi sibuk dengan latihan mereka bagi acara
kejuaraan besbol. Dalam hal ini, seluruh pelusuk Negara jepun mengikuti
perkembangan acara ini yang diadakan di stadium koshien.
hanabi taikai
Akhir musim panas dan bermulanya musim luruh
menyaksikan kedatangan ribut taufan pasifik dan ribut tropika. Kebanyakan ribut
taufan melanda kawasan Kyushu terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain. Beberapa
ribut taufan telah menyebabkan kematian beribu nyawa. Pada musim ini, aktiviti tsukimi (melihat bulan-diadakan pada
bulan September )merupakan aktiviti tradisi sejak era Heian namun sudah tidak
popular pada masa kini.
musim luruh di jepun
Jyaa,, omoshiroi deshou? (menarik kan?)
ありがとうございます
~admin didi~
No comments:
Post a Comment