Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

kodomo no hi 子供の日(hari kanak-kanak)

Sunday, May 4, 2014

assalamualaikum..ohayou gozaimasu..minna-sama, bersempena dengan hari kanak-kanak yang bakal tiba di jepun, jadi pagi ini, admin didi mahu kongsikan serba sedikit mengenai hari kanak-kanak ini..teruskan membaca!!!

Sejarah ringkas

Hingga tahun 1948, tarikh 5 mei merupakan sambutan perayaan tango no sekku, 端午の節句dan hanya tertumpu buat kanak-kanak lelaki sahaja. Setelah berlalunya masa, perayaan tango no sekku ini telah dijadikan hari cuti kebangsaan dengan nama kodomo no hi. Walaupun nama sambutan tersebut menunjukkan ianya disambut umum untuk kanak-kanak,  namun untuk kebanyakan keluarga, 5 mei masih tertumpu untuk kanak-kanak lelaki sahaja sama seperti sambutan perayaan tango no sekku




Latarbelakang
Hari kanak-kanak di jepun disambut pada 5 mei setiap tahun(hari terakhir minggu emas, golden week-minggu cuti besar-besaran buat para pekerja di jepun). Seluruh jepun dihiasi dengan koinobori yang dihias bermula april higga awal mei, sebagai tanda hormat buat anak lelaki mereka agar dikurniakan kehidupan yang baik dan membesar dengan sihat. Setiap keluarga menerbangkan sepanduk koinobori dalam bentuk ikan kap untuk setiap kanak-kanak dalam keluarga mereka.  Mengikut cerita dongeng jepun, ikan kap menjadi simbol pendirian yang tetap dan kekuatan dalam mengharungi segala rintangan ketika berenang ke hulu sungai. Selain koinobori diterbangkan, hari kanak-kanak turut disambut dengan menghias rumah dengan patung kecil pahlawan samurai untuk mengilhamkan kekuatan dan keberanian.


koinobori

kilang yang membuat koinobori

Seluruh Negara jepun pada hari kanak-kanak tersebut menyaksikan pelbagai acara buat kanak-kanak dan keluarga mereka. Dalam hal ini, beribu kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara olimpik kanak-kanak yang diadakan di stadium kebangsaan kasumigioka, Tokyo. Kanak-kanak juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih dan menunjukkan hormat mereka buat guru, ibu bapa dan saudara mara mereka.

Hidangan istimewa pada kodomo no hi

Antara hidangan yang disediakan adalah chimaki dan Kashiwa-mochi. Chimaki adalah kek beras kenyal yang dibalut dalam daun buluh. Manakala Kashiwa-mochi pula kek beras kenyal yang manis dengan isi kacang merah azuki dan dibalut dengan dua daun oak. Kanak-kanak lelaki memakai topi samurai semasa makan makanan-makanan ini.


chimaki


kashiwa-mochi


Lagu koinobori

Pada hari kodomo no hi, terdapat sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh golongan kanak-kanak dan keluarga mereka. Lagu tersebut dihasilkan pada tahun 1932, dengan liriknya ditulis oleh miyako kondou, manakala  komposernya pula adalah tidak diketahui.  Berikut merupakan lirik lagu tersebut.


Standard Jepun
Maksud
屋根より 高い 鯉幟

大きな 真鯉は お父さん

小さい 緋鯉は 子供たち

面白そうに 泳いでる
やねより たかい こいのぼり

おおきい まごいは おとうさん

ちいさい ひごひは こどもたち

おもしろそうに およいでる
yane yori takai koinobori

ōkii magoi wa otōsan

chiisai higoi wa kodomo-tachi

omoshirosō ni oyoideru
Lebih tinggi dari bumbung di atas sana adalah koinobori

Ikan kap besar adalah si ayah



ikan kap kecil adalah kanak-kanak

Mereka nampaknya sedang seronok berenang
sumber:1) http://kids.asiasociety.org/explore/childrens-day-japan-kodomo-no-hi
         2)http://www.yamaguchi-ygc.ed.jp/aio-j/english/koinobo.html
           3)http://www.japanesejoy.com/koinobori-song/



Makanan Istimewa Hina Matsuri

Monday, March 3, 2014


Assalamualaikum, Selamat Pagi & Ohayou semua~! ^^

Bersempena Hina Matsuri yang jatuh pada hari ini (3 Mac), kami akan sambung sedikit cerita tentang Hina Matsuri yang kami post sebelum ini.

Sebut tentang perayaan, seperti perayaan kita di Malaysia, juadah atau makanan adalah salah satu perkara penting yang membezakan hari perayaan dengan hari-hari biasa. Jadi di sini kami akan membawakan jenis-jenis makanan istimewa yang dihidangkan semasa Hina Matsuri ^^

Hishi Mochi  (菱餅, ひしもち)


Hishi mochi ialah sejenis makanan istimewa yang dihidangkan semasa perayaan Hina Matsuri. Hishi mochi diperbuat daripada beras dan berbentuk seperti permata. Makanan ini mempunyai tiga lapisan warna iaitu:

++ Merah jambu (melambangkan bunga Sakura)
++ Putih (melambangkan salji)
++ Hijau (melambangkan rumput yang menghijau (pertumbuhan))

Warna-warna ini juga sebenarnya melambangkan perubahan daripada musim sejuk ke musim bunga.

Arare  (あら)


Arare ialah sejenis snek yang diperbuat daripada beras pulut dan diperisakan dengan kicap soya. Saiz dan bentuk yang membezakan rarae daripada senbei (sejenis snek daripada beras pulut juga tetapi lebih besar). Arare dinamakan bersempana “pelet salji” Graupel. Arare juga dikenali sebagai kakimochi.

Rupa bentuk “pelet salji” Graupel

Terdapat pelbagai jenis arare yang berbeza saiz, warna dan bentuk. Sesetengahnya manis dan sesetengahnya masin. Antara jenis arare ialah norimaki arare (arare yang dibalut dengan nori (rumpai laut) yang dikeringkan. Selain itu, terdapat juga kaki no tane (柿の), diambil sempena rupanya yang berbentuk seperti persimmon (pisang kaki) (“kaki” ialah persimmon dalam Bahasa Jepun). Kaki no tane kebiasaanya dijual bersama kekacang dan kombinasi ini dikenali sebagai kakipi (かきピ)

Norimaki arare

 Kaki no tane

Osekihan (お赤飯)


Osekihan ialah sejenis nasi yang diperbuat daripada pulut Jepun yang kebiasaannya dihidang semasa majlis khas seperti kelahiran bayi, ulangtahun kelahiran, pertunangan, perkahwinan, cuti dan sebagainya. Osekihan juga dihidangkan semasa Hinamatsuri.

Osekihan adalah sejenis hidangan nasi yang berwarna kemerahan, diperbuat daripada pulut dan kacang azuki. Variasi lain makanan ini ialah di mana pulut dicampur dengan beras putih pendek. Selalunya sekihan akan dihidangkan dengan gomashio atau bijan hitam dan garam.

Namun pada masa kini, osekihan (atau sekihan) masih dihidangkan semasa perayaan, namun dinikmati juga semasa makan tengahari atau makan malam. 

***

Menarik, kan? :) Jadi sampai di sini sahaja. Tunggu post kami seterusnya untuk topik menarik yang lain~ 

coming of age day (成人の日 seijin no hi)

Saturday, February 22, 2014

assalamualaikum minna-san, ogenki ka? Pada kali ini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang satu perayaan masyarakat jepun iaitu coming of age day.


Coming of age day (成人の日 seijin no hi) merupakan satu perayaan kebangsaan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat jepun pada hari isnin kedua dalam bulan januari. Ia diadakan untuk meraikan individu yang telah mencapai usia kedewasaan iaitu 20 tahun. Dalam hal ini, 20 tahun dianggap sebagai tahun bermulanya kedewasaan seseorang dan merupakan tahun minimum bagi individu di jepun dilarang daripada merokok, meminum arak dan mengundi. Oleh kerana bertambahnya tanggungjawab seseorang yang berumur 20 tahun, mengikut adat jepun perayaan ini dianggap penting bagi membantu mereka sedar bahawa mereka telahpun menjadi seorang dewasa.  Tidak seperti perayaan jepun yang lain, pihak kerajaan tempatan dan wilayah turut terlibat dalam mengurus majlis perayaan ini di seluruh jepun.

golongan muda pada hari 'coming of age day'

Sejarah


Perayaan ini disambut di jepun oleh Aoron Nagoa semenjak tahun 701 sebelum masihi. Cuti bagi perayaan ini mula dilaksanakan pada tahun 1948 iaitu pada setiap 15 januari. Pada tahun 2000, setelah sistem cuti hari isnin diperkenalkan, cuti bagi perayaan coming of age day telah ditukar kepada hari isnin kedua bulan januari. Until recently, majlis perayaan ini dihadiri oleh golongan muda yang betul-betul mencapai umur 20 tahun. Namun, sejak kebelakangan ini, majlis perayaan ini turut dihadiri oleh golongan muda yang baru mencapai umur 19 tahun. Dalam kata lain, golongan yang hadir ke majlis perayaan ini adalah golongan dengan tarikh lahir yang ke-20 tahunnya diantara 2 april tahun sebelumnya hingga 1 april tahun semasa.


Majlis perayaan coming of age day

Majlis perayaan ini secara umumnya diadakan pada waktu pagi di kawasan Bandar di seluruh jepun. Semua golongan muda yang berumur atau akan berumur 20 tahun diantara jangkamasa 2 april tahun sebelumnya dan 1 april tahun semasa dijemput hadir ke perayaan ini. Pegawai kerajaan memberikan ucapan selain hadiah turut diberikan kepada golongan muda yang hadir. Kebanyakan wanita memakai furisode, iaitu kimono dengan lengan panjang dengan sandal zori. Set pakaian kimono kebiasaanya mahal, oleh itu golongan muda ini biasanya meminjam set pakaian tersebut dengan ahli keluarga mereka ataupun menyewanya. Golongan lelaki juga turut memakai pakaian tradisional pada hari itu (kimono gelap dengan hakama), namun pada masa kini kebanyakan mereka memakai pakaian ala barat seperti sut dan tali leher berbanding pakaian tradisional. Selepas majlis tersebut, golongan muda menyambutnya secara berkumpulan bersama rakan-rakan dengan menghadiri parti mahupun meminum arak.

Penurunan jumlah kedatangan majlis coming of age day

Kadar kelahiran masyarakat jepun yang menurun, penurunan peratus golongan muda jepun, kekacauan yang dilakukan oleh golongan muda yang mabuk (seperti kejadian di Naha pada 2002) dan ditambah dengan peningkatan golongan yang berumur 20 tahun yang tidak merasakan mereka akan menjadi seorang dewasa adalah faktor yang menyebabkan jumlah kedatangan ke majlis tersebut menurun. 

Hina Matsuri ひな祭り

Sunday, February 16, 2014

Minna-san~ Konbanwa (:


Pada kali ini kami akan menceritakan tentang salah satu perayaan penting yang disambut oleh rakyat Jepun, iaitu Hina Matsuri (ひな祭り) "Perayaan Anak Patung" (Hina = patung) yang dikenali juga sebagai Momo-no-Sekku (桃の節句) yang membawa maksud Perayaan Bunga Sakura. Perayaan ini disambut setiap 3 Mac, di mana ia adalah acara penting yang berasal daripada adat Cina dan telah wujud sejak Era Edo (abad 17-19).

Perayaan ini disambut khas untuk anak gadis bagi memastikan kebahagiaan mereka pada masa hadapan. Untuk perayaan ini, setiap keluarga akan menghias Hina-ningyo (ひな人形) iaitu anak patung istimewa yang direka khas yang menggambarkan maharaja, maharani dan orang bawahan pada zaman dahulu kala.

Anak patung ini kebiasaannya adalah warisan turun-temurun, dari generasi ke generasi. Hina-ningyo akan dipamerkan untuk beberapa hari di bilik yang sesuai dan akan disimpan semula untuk digunakan pada tahun seterusnya.

Satu contoh Hina-ningyo

Satu set Hina-Ningyo terdiri daripada 15 anak patung, yang mana kesemuanya memakai persalinan zaman dahulu kala.  Set ini juga termasuk peralatan rumah mini yang mempamerkan hasil seni yang indah. Anak patung yang paling tinggi nilainya ialah Dairi-sama, mewakili maharaja (Otoko-bina/Odairi-sama) dan maharani (Onna-bina/Ohina-sama) di dalam persalinan sutera. Diikuti oleh dua menteri, tiga dayang istana (san-nin kanjo) dan lima ahli muzik istana (go-nin bayashi), dua pengawal (u-daijin dan sa-daijin) dan tiga hamba. Kesemua anak patung ini disusun di para yang bertingkat (berbentuk seperti tangga), kebiasaannya lima tingkat (atau tujuh tingkat), 3 hingga 6 kaki panjang dan ditutup dengan kain merah. Para ini hanya khas dipasang di rumah pada hari tersebut sahaja. Sesetengah Hina-ningyo juga mempunyai 3 penyair (pakar tanka Jepun termasuk penyair masyhur, Onono Komachi)  dan perhiasan berbentuk kura-kura dan burung jinjang yang melambangkan  tuah. 

Pasangan maharaja dan maharani akan diletakkan di tingkat paling atas di mana maharaja berada di sebelah kiri maharani. Dayang dan dulang hidangan diletakkan di tingkat kedua manakala anak patung yang lainnya disusun di tingkat ketiga dan seterusnya. 

Pada zaman dahulu, mereka akan membuat anak patung daripada kertas supaya nasib malang dapat dipindahkan kepada patung tersebut. Patung-patung tersebut dikumpulkan dan dibawa ke sungai berdekatan dan membuang patung tersebut ke dalam sungai. Perayaan ini juga menandakan bermulanya musim bunga.

(Nota: Bagi rakyat Jepun, bunga Sakura melambangkan  kebahagiaan di alam perkahwinan, dan merupakan perhiasan terpenting semasa perayaan ini. Bunga yang berkembang mekar menandakan sifat-sifat feminin - kelembutan, ketenangan dan kesabaran)

Hina-matsuri juga adalah satu perayaan di mana anak-anak gadis akan mengadakan majlis dan menjemput rakan-rakan untuk diraikan bersama. Antara makanan dan minuman yang dihidangkan ialah Shirozake (sejenis sake yang dibuat daripada malt beras), Hishi mochi (sejenis kek beras berbentuk permata), Arare (snek beras manis yang berwarna-warni) dan Osekihan (pulut yang dimasak bersama kacang merah). Kami akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang makanan istimewa ini pada artikel akan datang! :)

Pelbagai tafsiran dibuat tentang perayaan ini. Setiap keluarga menganggap ia sebagai salah satu bentuk bakti, penyembahan nenek moyang dan kesetiaan. Namun di sebalik semua itu, perayaan ini menunjukkan kasih saying ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi kebanggaan dan kegembiraan buat mereka. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan, perayaan ini juga mempunyai lagu istimewa yang dinyayikan bersama. Lagu tersebut bertajuk Ureshii Hinamatsuri (Hinamatsuri Yang Menggembirakan).

Akari o tsukemashou bonbori ni
Ohana o agemashou momo no hana
Go-nin bayashi no fue taiko
Kyo wa tanoshii Hinamatsuri


Menarik, bukan? Hingga di sini sahaja. Semoga bertemu lagi~ 
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS