TINTA HOSHI : RAHSIA KEJAYAAN ORANG JEPUN (Bhgn 1)
Tuesday, February 9, 2016
Assalamualaikum,
Hai, Saya Houki Boshi Dan Ruangan TINTA HOSHI Ini Ialah Khas Untuk Saya Menulis Artikel Mengenai Negara Jepun. Saya Harap Ruangan Ini Sedikit Sebanyak Boleh Memberikan Sesuatu Input Positif Kepada Sesiapa Saja Yang Membaca. Itulah Niat Saya Menulis Ruangan Ini.
Saya Mulakan Dengan RAHSIA KEJAYAAN ORANG JEPUN Dahulu Kerana Saya Ingin Membongkarkan Rahsia Orang Jepun Dalam Memajukan Negara Mereka. Dan Jangan Tak Percaya, Negara Jepun Suatu Waktu Dahulu Adalah Negara Yang Sangat Teruk Keadaannya Terutama Semasa Perang Dunia Ke Dua Apabila 2 Bandar Di Jepun Iaitu Hiroshima Dan Nagasaki Dibom Oleh Pihak Tentera Amerika. Tapi Bagaimana Negara Yang Suatu Waktu Dahulu Sangat Teruk Keadaannya Dapat Bangkit Semula Dengan Cepatnya Dan Muncul Sebagai Negara Yang Termaju Di Asia (Ke 4 Di Seluruh Dunia)?Tentu Sekali Rakyat Negara Jepun Mempunyai Rahsia Tertentu Bukan?
Maka Dengan Itu, Saya Akan Berkongsi Mengenai Rahsia Orang Jepun Ini Dan Saya SANGAT Berharap Bangsa Saya Sendiri Iaitu Bangsa Melayu Dapat Mengamalkannya Dalam Memajukan Negara Malaysia Ini. Perlukah Saya Bagitahu Yang Purata Bangsa Melayu Masih Lagi Di Tahap Biasa-biasa Saja?Sebab Biasa-biasa La Tak Banyak Kemajuan Yang Kita Buat. Perlukah Saya Buktikan?Tapi Saya Percaya Kita Boleh Mengubahnya. Dalam Islam Sendiri Ada Mengatakan Yang ALLAH Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Melainkan Kaum Itu Sendiri Bukan? ;)
Jadi Kita Terus Saja Merungkai Rahsia Kejayaan Yang Utama Iaitu RAJIN. Orang Jepun Memang Terkenal Dengan Sikap Kerajinan Mereka. Tak Hairan La Kalau Mereka Boleh Maju Dengan Cepat. Mereka Sentiasa 'Bergerak' Dan Mereka Bergerak Dengan Sangat Pantas. Itulah RAJIN Namanya. Pada Pendapat Saya La, Saya Tak Tahu Bagaimana Cara Orang Lain Mentafsirkannya. Tapi Cuba Tengok Cara Orang Malas Bergerak. Cepat Atau Lambat?Lambat Kan?Saya Panggil Diorang Nie Jenis 'Lemau' Sebab Kelambatan Mereka Bergerak Atau Membuat Kerja. LOL (Ketawa Sekuat Hatiku). Bila Lambat Buat Kerja, Memang Lambat La Kerja Tu Nak Siap. Kalau Membabitkan Negara, Memang Lambat La Negara Tu Nak Maju.
Berbalik Kepada Kerajinan Orang Jepun, Tahukah Anda Bahawa Seorang Pekerja Jepun Boleh Melakukan Pekerjaan Yang Biasanya Dikerjakan Oleh 5-6 Orang?Contohnya, Dikatakan Seorang Pekerja Jepun Dapat Menghasilkan Sebuah Kereta Dalam Masa 9 Hari, Sedangkan Pekerja Di Negara Lain Memerlukan 47 Hari Untuk Membuat Kereta Yang Sama. Pernah Dikongsikan Oleh Seorang Kawan Saya Yang Pernah Dihantar Berkursus Di Jepun, Beliau Mengatakan Yang Pekerja Kilang Jepun Bekerja Selama 14 Jam Dalam Sehari!Di Kampus Pula, Profesor Selalu Pulang Lewat Malam, Membuatkan Pelajar Tidak Mahu Pulang Awal. Malah Direkodkan, Secara Purata Jam Bekerja Pegawai Di Jepun Adalah 2450 Jam/Tahun, Lebih Tinggi Berbanding Negara Lain.
Sebab Itulah Wujud Perkataan 'Karoshi' Dalam Masyarakat Jepun Yang Bermaksud 'Mati Kerana Kerja Keras'. Okay, Yang Ini Pada Pendapat Saya Tak Perlulah Kita Ikuti Sebenarnya Sebagai Orang Islam, Sebab KETERLALUAN. Cukuplah Kita Bersederhana.
Apa Yang Penting, Jika Ingin Jadi Maju Seperti Orang Jepun, Keyword Yang Saya Ingin Tekankan Di Sini Ialah RAJIN. Dalam Erti Kata Lain, KUAT BEKERJA. Tapi Sebab Kita Orang Islam, Jangan La KETERLALUAN Dalam Bekerja. Tahu Bahagikan Masa Antara Bekerja Dan Juga Beribadah. Kita Tak Perlu TERLALU Kuat Bekerja Untuk Maju. Sebab Perlu Ingat, Yang Membenarkan Kita Maju Juga Adalah DIA, Jadi Minta Pertolongan Dari DIA Untuk Bantu Kita Maju. Sebab Tu Perlu Adakan Masa Untuk Beribadah. Yang Ini Ialah Apa Yang Orang Jepun Tiada. Mereka Terpaksa Bekerja Keras Sebab Mereka Tak Tahu Rahsia Dan Kuasa Beribadah Tu. Kita Yang Tahu Tu Tapi Tak Amalkan Memang Agak Kelakarlah Kan.
Jadi, Contohi Sikap Rajin Orang Jepun Sebab Memang Terbukti Negara Jepun Maju Disebabkan Kerajinan Rakyatnya. Cuma Sebagai Orang Islam, Seimbangkan La Dengan Beribadah Juga, Mohon Pertolongan DariNya Untuk Dipermudahkan Usaha Untuk Maju.
Saya Percaya, Kita Sebenarnya Boleh Jadi Lebih Maju Dari Orang Jepun. Sebab Kita Adalah Orang Islam Dan Ada Kelebihan Kita Sendiri. Kita Aje Yang Tak Nampak Semua Tu. .Last2 Sekali, Negara Bukan Islam Yang Maju Dulu. Tapi Takpe, Kita Sentiasa Berpeluang Untuk Mengubah Nasib Kita. Jadi Berubah La Ye.
Macam Mana Nak Berubah?Cuba Aplikasikan Nilai Baik Yang Orang Jepun Telah Buat Untuk Majukan Negara Mereka Dan Seimbangkannya Dengan Nilai Yang Telah Diajar Dalam Islam.
Apa Cara Lain Untuk Fahami Orang Jepun?Jika Tanya Saya, Mestilah Melalui Penguasaan Bahasa Jepun. Bila Kita Dapat Kuasai Bahasa Jepun, Dengan Mudah Kita Boleh Dekati Orang Jepun Dan Dengan Mudahnya Kita Boleh Belajar Banyak Benda Yang Baik2 Dari Mereka Untuk Majukan Negara Kita ;)
Minggu Depan Saya Akan Bongkarkan Rahsia Kejayaan Orang Jepun Yang Kedua Pula Okay, Tunggu^^
Ingin Belajar Bahasa Jepun Melalui BJBHB?Isi Details Di Sini
LIKE Page Official Saya Juga --> HOUKI BOSHI ;)
Arigatou Gozaimasu (Terima Kasih) !
ほうき星
(HOUKI BOSHI)
Pengasas Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB
(Facebook Page BJBHB )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment