Showing posts with label asas. Show all posts
Showing posts with label asas. Show all posts

BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 5

Thursday, September 12, 2013

 apa yang masyarakat Jepun selalu ucapkan sebelum dan selepas makan?
kaki drama Jepun atau kaki anime mesti boleh cam punya kan? :)

okay, kepada yang tak tahu dan nak tahu apa yang mereka ucapkan
cuba tengok 2 gambar di bawah ni

SEBELUM MAKAN


SELEPAS MAKAN



Ye betul
masyarakat Jepun selalu ucapkan 
ITADAKIMASU 
sebelum makan.
Maksudnya ialah
'Saya makan dulu'

dan juga

GOCHISOUSAMA DESHITA
selepas makan
yang maksudnya ialah
'Saya sudah kenyang/saya sudah habis'

lebih kurang macam kita la orang islam
sebelum makan ucap 'Bismillah'
 dan selepas makan ucap 'Alhamdulillah'

jya, sore dake
nantikan tutorial untuk menyebut 2 aisatsu ni ye :)

*sila note bahawa setiap aisatsu mempunyai makna yang lain juga tapi makna yang saya berikan ialah yang paling senang untuk difahami, arigatou*

BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 4



Doumo minna-san^^ ogenki desuka?

mari kita sambung belajar aisatsu!


hari ni saya akan memperkenalkan 4 aisatsu yang sangat la senang untuk dihafal & boleh dipraktiskan selalu..iaitu


ITTEKIMASU - Saya pergi dulu
ITTEIRASSHAI - Selamat jalan
TADAIMA - Saya dah pulang
OKAERINASAI - Selamat kembali



bila dan situasi yang bagaimana boleh kita praktiskan 4 aisatsu ni adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah


-ITTEKIMASU (Saya pergi dulu)

Diucapkan ketika anda ingin meninggalkan sesuatu tempat 
(contoh: rumah) dan akan kembali semula. 


-ITTEIRASSHAI (Selamat jalan)
Diucapkan kepada orang yang ingin meninggalkan sesuatu tempat. 



- TADAIMA (Saya dah pulang)
Diucapkan apabila anda sudah kembali semula ke sesuatu tempat (contoh:rumah) 

- OKAERINASAI (Selamat kembali)

Diucapkan kepada orang yang sudah kembali semula ke tempat anda.


minna-san,wakarimashitaka?

jya,koko made!
mata aimashou! (jumpa lagi)^^


*tak faham beberapa perkataan yang saya gunakan??rujuk istilah penting ok!*


BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 3



OGENKI DESUKA?
(apa khabar?)



-HAI, GENKI DESU. 
(ya, khabar baik.)



hah!ayat di atas ni pon asas perbualan yang sangat penting dalam bahasa jepun!


wakarimashitaka?kantan deshou?



oboete kudasai ne!

(sila hafal ya!)




BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 2



Doumo minna-san!^^ 



hari ni saya akan memperkenalkan 2 aisatsu yang juga sangat penting untuk diketahui! tak tahu apa itu aisatsu? sila rujuk post-post sebelum ini ye :)



*DOUMO ARIGATOU GOZAIMASU - Terima kasih 





jawapan kepada DOUMO ARIGATOU GOZAIMASU ialah 



DOUITASHIMASHITE - Sama-sama


* Doumo arigatou gozaimasu juga boleh dipendekkan ke 'DOUMO ARIGATOU' atau 'ARIGATOU GOZAIMASU' atau 'ARIGATOU'. Maksudnya sama saja, terima kasih.


wakarimashitaka? (faham tak?)



jya!koko made!arigatou gozaimasu!








(sila rujuk istilah penting jika x faham dengan beberapa perkataan yang saya gunakan^^)

BAB 2 : AISATSU (UCAPAN/KATA-KATA SAPAAN) 1

Doumo minna-san!^^ 


seperti yang dijanjikan,saya akan memperkenalkan beberapa ucapan asas yang biasa digunakan di kalangan masyarakat Jepun. 


Ucapan dalam bahasa Jepun adalah AISATSU. Untuk hari ini saya akan memperkenalkan 5 aisatsu dahulu ye!

OHAYOU GOZAIMASU - Selamat pagi
KONNICHIWA - Selamat tengahari
KONBANWA - Selamat petang/malam (digunakan pada pukul 6 petang ke atas)

OYASUMINASAISelamat tidur (diucapkan..semestinya sebelum tidur!)

MATA ASHITA -Jumpa esok

*nak bezakan KONBANWA & OYASUMINASAI ni senang saja..dalam bahasa Inggeris, KONBANWA bermaksud 'good evening' & OYASUMINASAI bermaksud 'good night'.




jya,koko made, mata ashita minna-san!!
(okay,sampai sini,jumpa esok semua!!)


p/s -cantik kan pemandangan ni? Allah Maha Besar :))

BAB 1 : Jiko Shoukai (Pengenalan diri)

Hai!Mari kita mulakan dengan 'Jiko Shoukai'! Jiko Shoukai adalah pengenalan diri, boleh digunakan apabila ingin memperkenalkan diri buat pertama kali. okay, bentuk Jiko Shoukai yang saya ingin perkenalkan adalah seperti di bawah:

DOUMO. HAJIME MASHITE. WATASHI NO NAMAE WA _______ DESU. _______KARA KIMASHITA. DOUZO YOROSHIKU ONEGAISHIMASU.

maksud: 
Hai. Salam perkenalan. Nama saya ______. Berasal daripada _______. Sila beri tunjuk ajar.

Contoh: 

Doumo. Hajime mashite. Watashi no namae wa Houki Boshi desu. Johor kara kimashita. Douzo yoroshiku onegaishimasu.


maksud: 
Hai. Salam perkenalan. Nama saya Houki Boshi. Berasal daripada Johor. Sila beri tunjuk ajar. 

Sila ambil perhatian bahawa douzo yoroshiku onegaishimasu mempunyai banyak maksud bergantung pada situasi dan tujuan. Tapi dalam kes memperkenalkan diri ni saya akan gunakan sila beri tunjuk ajar sebagai maksudnya. lebih mudah dan lebih dekat dengan personaliti masyarakat Jepun yang sangat pentingkan kerjasama antara satu sama lain :) 

Jawapan kepada douzo yoroshiku onegaishimasu ialah kochira koso yoroshiku onegaishimasu yang bermaksud saya juga begitu (sila beri tunjuk ajar).

sebarang pertanyaan berkaitan apa sahaja boleh inbox pembantu saya, Bean Chan https://www.facebook.com/beanchan0929 ^^

Okay!Mari kita berkenalan! ;D
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS