Showing posts with label OSHARE NIHON. Show all posts
Showing posts with label OSHARE NIHON. Show all posts

[TANYA BJBHB] Q&A : OSHARE NIHON (Smart Japan)

Saturday, February 27, 2016



Q&A #1

Apa itu OSHARE NIHON (Smart Japan)?
  • OSHARE NIHON Ialah Salah Satu Program Pembelajaran Bahasa Jepun Anjuran Pusat Komuniti Peminat Jepun, BJBHB. Ia Adalah Program Pembelajaran Di Mana Peserta Program Boleh BELAJAR Bahasa Jepun, MELANCONG Ke Jepun Dan BERCAKAP Dengan Orang Jepun Dalam Masa Kurang Setahun.
Q&A #2

Siapakah Yang Boleh Menyertai OSHARE NIHON?
  • Lepasan SPM Dan Ke Atas.
  • Mereka Yang Ingin Melancong Ke Jepun Dengan Bajet Yang Rendah.
  • Mereka Yang Ingin Belajar Bahasa Jepun Secara Suka-suka (Tidak Berniat Untuk Mengambil Peperiksaan JLPT Atau Untuk Mendapatkan Sijil Untuk Peluang Pekerjaan/Kenaikan Pangkat). 
  • Mereka Yang Ingin Bercakap/Berinteraksi Dengan Orang Jepun.
  • Mereka Yang Berhasrat Ingin Menjadi Usahawan Dalam Perniagaan Barangan Jepun.
  • Mereka Yang Berhasrat Ingin Menjadi Tourist Guide Di Jepun.
  • Mereka Yang Berhasrat Ingin Membuat Kerja-kerja Sukarelawan/dakwah Di Jepun.
Q&A #3

Bagaimanakah Program OSHARE NIHON Berjalan?
  • Program OSHARE NIHON  Merangkumi 6 Sesi Kelas Pembelajaran Di Malaysia Manakala 1 Sesi Praktikal Di Jepun. 
  • 6 Sesi Kelas Pembelajaran Ini Merupakan 4 Sesi Kelas Online (Kelas Telegram Selama Sebulan Bagi Setiap Sesi) Dan 2 Sesi Kelas Offline (Kelas Sehari Yang Akan Dijalankan Di Bilik Seminar The Serenity, Sri Gombak.)
Q&A #4

Apakah Syarat Untuk Peserta OSHARE NIHON Layak Menjalani Sesi Praktikal Di Jepun?
  • Syaratnya Ialah Peserta WAJIB Melengkapkan Keenam2 Sesi Kelas Pembelajaran Di Malaysia Sebelum Layak Menjalani Sesi Praktikal Di Jepun.
Q&A #5

Berapa Lamakah Sesi Praktikal Di Jepun Berjalan?
  • Antara 4 Ke 5 Hari.

Q&A #6

Apakah Pengisian Semasa Sesi Praktikal Di Jepun?
  • Explore Race
  • Main Jankenpon dengan orang Jepun (Atau Permainan Tradisional Jepun Lain)
  • Keluarga angkat Peserta ON dengan keluarga Jepun
  • Berjumpa dengan mualaf di Jepun
  • Melawat Tempat-tempat Menarik Di Sekitar Kawasan Sesi Praktikal Berjalan.

Q&A #7

Apakah Kesinambungan Dari Program OSHARE NIHON Ini?
  • Peserta Yang Tamat Sesi Praktikal Di Jepun Akan Diberikan Sijil Penghargaan Dan Mendapat Title '-Senpai' Di Kalangan Ahli Kelab BJBHB.
  • Senpai-senpai Ini Layak Untuk Mengikuti Program Advance BJBHB Iaitu Program Sukarelawan/Dakwah Di Jepun Pada Masa Akan Datang Dengan Yuran Penyertaan Yang Lebih Rendah.
Q&A #8

Apakah Kelebihan Lain Sebagai Peserta OSHARE NIHON?
  • Peserta Akan Mendapat Lagi 10% Tambahan Diskaun Ke Atas Mana-mana Pembelian Produk Atau Penyertaan Program BJBHB. (Setelah Tamat Sesi Praktikal Di Jepun).
  • Peserta Diiktiraf Sebagai Rakan Kongsi BJBHB Dalam Program Keusahawanan Yang Akan BJBHB Tawarkan. 
  • Peserta Boleh Menjalani Sesi Praktikal Di Jepun Dengan Bajet Yang Sangat Rendah Melalui Dana OSHARE NIHON Yang Dikumpul Melalui Aktiviti Keusahawanan Yang Disediakan Kepada Peserta.
Q&A #9

Bilakah Sesi Kelas OSHARE NIHON Yang Seterusnya Akan Dibuat?

BERMINAT UNTUK JOIN KELAS OSHARE NIHON?
Whatsapp 'OSHARE NIHON' Ke 0109850103 Sekarang Juga!Arigatou Gozaimasu! (Terima Kasih) :>

=================================================================================

Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?

Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751
Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.


‪#‎BJBHB‬
#PusatKomunitiPeminatJepun



[DIARI BJBHB #22] PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN OSHARE NIHON Batch 1

Tuesday, February 16, 2016

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

Lama Ruangan Ini Tak Berupdate, Tapi Tak Bermakna Yang Ianya Sudah 'Mati' ;)
Alhamdulillah Ruangan DIARI BJBHB Ini Akan Sentiasa Berupdate Dari Masa Ke Semasa
Buat Tatapan Pengunjung Blog, Terutamanya Ahli Kelab BJBHB (Apa Itu BJBHB --> Klik SINI)

Alhamdulillah, Pada 31/1/2016 Yang Lepas, Pusat Komuniti Peminat Jepun BJBHB Telah Berjaya Menganjurkan
Program Pembelajaran Bahasa Jepun Yang Dipanggil OSHARE NIHON (Smart Japan) Di The Serenity, Sri Gombak. 



Bilangan Peserta Yang Berjaya Turut Serta Dalam Program OSHARE NIHON Ini Ialah Seramai 7 Orang (Lagi 5 Orang Terpaksa Tidak Menyertai Atas Sebab-sebab Kecemasan, Zannen Desune). Pengajar Program Smart Ini Pula Ialah Khairoul-sensei Yang Merupakan Penulis Ebook Bahasa Jepun Terkenal Iaitu, 'TEKNIK TENSAI Dan Juga Merupakan Bekas Graduan Universiti Nagaoka. 

Program OSHARE NIHON Dimulakan Dengan Peserta Bertaiso (Senaman Gaya Orang Jepun) Bersama-sama Dengan Pengajar Serta Krew.

Peserta Sedang Bertaiso

Selesai Bertaiso, Barulah Khairoul-sensei Memperkenalkan Diri Beliau Sebelum Terus Mengajar.
Untuk Pengetahuan, Pengisian Untuk OSHARE NIHON Yang Pertama Ini Ialah :

- Cara Memperkenalkan Diri (JIKO SHOUKAI)
- Kata2 Sapaan (AISATSU)
- Pengenalan Tulisan Hiragana (Cara Menyebut Dan Menulis)
- Nombor (SUUJI)

Khairoul-sensei Sedang Menunjukkan Cara Menulis Tulisan Asas Bahasa Jepun Iaitu HIRAGANA

Namun Sebagai Selingan, Khairoul-sensei Banyak Berkongsi Ilmu Dan Pengalaman Yang Beliau
Ada Kepada Peserta Seperti Dialog Asas Dalam Perbualan Harian Di Jepun, Cara Berkomunikasi Dengan Orang Jepun Yang Betul (Macam Mana Nak Tarik Perhatian Mereka), Sikap Orang Jepun Dan Banyak Lagi.
Secara Peribadi Saya Berpendapat, Ilmu Selingan Yang Khairoul-sensei Itu Adalah Sangat Bermanfaat 
Dan Sangat Berguna Kerana Ilmu Sebegitulah Yang Selalu Digunakan Dalam Dunia Realiti. 



Salah Seorang Peserta Sedang Memperkenalkan Diri (Jiko Shoukai)

Khairoul-sensei Berkongsi Tentang Pengalamannya Semasa Belajar Di Negara Jepun

Perlu Faham Yang Tidak Semestinya Kita Perlu habiskan Satu Buku Teks Semata-mata Untuk Berkomunikasi Dengan Orang Jepun. Keberkesanan Dalam Mempelajari Sesuatu Ilmu Tidak Terletak Kepada Banyaknya Ilmu Yang Telah Dipelajari, Tetapi Kepada Sejauh Mana Kita Boleh Menggunakan Ilmu Yang Ada, Betul Tak? ;)

Apa-apa Pon OSHARE NIHON Merupakan Program 3 In 1  Pembelajaran Bahasa Jepun Anjuran BJBHB Di Mana Peserta Bukan Saja BOLEH BELAJAR BAHASA JEPUN, Tetapi Juga BOLEH MELANCONG KE JEPUN Dan BERCAKAP DENGAN ORANG JEPUN. 

OSHARE NIHON Merangkumi 6 Sesi Kelas Pembelajaran Di Malaysia Dan 1 Sesi Praktikal Di Jepun. Dengan Tambahan Sesi Praktikal Di Jepun, Tentunya OSHARE NIHON Bukan Sekadar Kelas Bahasa Jepun Biasa Kerana
OSHARE NIHON Juga Memberi Peluang Kepada Peserta Untuk Berkomunikasi Dengan Orang Jepun Secara Terus Di Negara Jepun Sendiri!Best Tak??

Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Terima Kasih Kepada Khairoul-sensei Kerana Sudi Bekerjasama Dengan BJBHB Untuk Menjayakan Program Ini Sebagai Antara Usaha Untuk Membentuk Komuniti Peminat Jepun Di Malaysia Ini. Terima Kasih Juga Saya Ucapkan Kepada Pengurus, Nana-chan Kerana Banyak Membantu Dalam Menguruskan Program. 

Dan Akhir Sekali, Tahniah Saya Ucapkan Kepada 7 Orang Peserta Batch 1 Ini Kerana Anda Semua Sangat Berusaha Untuk Mempelajari Bahasa Jepun!Ada Antara Peserta Yang Datang Dari Sg Petani, Johor Dan Negeri Sembilan. Hebat2. Bangga Saya ;) Teruskan Usaha Belajar Bahasa Jepun Okay!

InsyaAllah Sesi OSHARE NIHON Yang Seterusnya Akan Dibuat Pada 27/2/2016 Di The Serenity Juga.
Berminat Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Mengenai Program Smart, OSHARE NIHON Ini?
Whatsapp 'OSHARE NIHON' Ke 0109850103 Okay ;)

Peserta OSHARE NIHON Batch 1 Beserta Khairoul-sensei Dan Krew (Krew Tu Saya Sendiri Serta Salah Seorang Pengurus BJBHB, Nana-chan)

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!

(Okay, itu saja!)

ほうき
(Houki Boshi)

************************************************************************************************************
‘Nak Belajar Bahasa Jepun Tapi Yuran Kelas MAHAL Sangat!’, ‘Nak Belajar Tapi BUSY La’, ‘Nak Belajar Tapi Kelas JAUH Sangat’ Anda Nak Belajar Tapi Ada Kekangan Seperti Di Atas? 
Jangan Bimbang!BJBHB Sedia Membantu Anda!
Anda Hanya Perlu Mendaftar Sebagai Ahli Kelab BJBHB Saja Dengan Yuran Serendah RM10 Seumur Hidup!
Sebagai Ahli Kelab, Anda Akan Menerima Perkhidmatan FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Yang Diajar Secara Bersilibus Dan Diajar Oleh Pengajar Kami Yang Berpengalaman. Dan Semuanya Adalah Percuma!!
Jadi Cepat-cepat Mendaftar Sebagai Ahli Kelab Sekarang Dengan Mengisi Borang Ini https://docs.google.com/forms/d/1b1zghrd9nb2PdpgWaOCrN30bwpCtL9dcVb7wpo60ihw/viewform 
Daftar Sekarang Sebelum Yuran Pendaftaran Dikenakan!!
Terdapat Juga Peluang Untuk Menjana Pendapatan Sekiranya Anda Mendaftar Sebagai Ahli Kelab BJBHB. Nak Tahu Caranya??Perlu La Menjadi Ahli Kelab Dulu!Matte Ne!(Kami Menunggu Ye!)
=================================================================================
Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?
Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751

Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.
‪#‎BelajarBahasaJepunSecaraOnline‬
‪#‎BJBHB‬






 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS