Showing posts with label bunga sakura. Show all posts
Showing posts with label bunga sakura. Show all posts

jenis-jenis sakura

Saturday, May 10, 2014

Assalamualaikum...Negara jepun memang sinonim dengan bunga sakura. Bunga sakura yang kita biasa tengok adalah merah jambu cerah.. Namun adakah sakura hanya berwarna merah jambu??teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai sakura..

sakura menghiasi sebuah istana di jepun

Pokok sakura merupakan sejenis tumbuhan yang diklasifikasikan dalam gen prunus dan ianya telah dispekulasikan berasal dari Banjaran Himalaya. Kini, pokok sakura boleh ditemui di pelbagai tempat di seluruh dunia terutamanya di kawasan hemisfera utara seperti di Eropah, Siberia barat, China, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Kepelbagaian sakura di jepun
Di jepun, terdapat lebih 100 jenis pokok sakura dengan ciri-ciri yang berbeza. Beberapa jenis pokok sakura adalah berasal dari hutan jepun seperti sakura jenis yamazakura. Manakala yang selebihnya adalah dikacukkan oleh manusia sendiri untuk tujuan hiasan dalam taman. Pokok sakura yang paling popular pada hari ini adalah sakura kacukan jenis somei yoshino.
Dalam hal ini jenis sakura boleh diklasifikasikan kepada :

a)Bilangan kelopak

Kebanyakan sakura liar dan beberapa sakura kacukan mempunyai lima kelopak. Namun terdapat juga sakura dengan 10 kelopak, 20 kelopak dan 20 kelopak ke atas. Sakura dengan lebih 5 kelopak dipanggil yaezakura.

Somei yoshino (5 kelopak)-jenis sakura paling popular

Ichiyo(20 kelopak)

Kikuzakura (100 kelopak)

b)Warna sakura
Kebanyakan jenis sakura adalah berwarna merah jambu cerah dan putih. Namun , terdapat juga sakura yang berwarna merah jambu pekat, kuning atau hijau. Yang lebih menarik, terdapat beberapa jenis sakura yang boleh bertukar warna semasa ianya tengah mekar. Sebagai contohnya, terdapat sakura mula mekar dengan warna putih dan ianya boleh berubah kepada warna merah jambu dalam masa beberapa hari.

Merah jambu (kanzan)

Putih (shogetsu)

Kuning (ukon)

c)Masa mekar
Kebanyakan jenis sakura mekar pada musim bunga. Dalam hal ini, sakura jenis yaezakura (sakura dengan lebih lima kelopak) adalah jenis sakura yang paling lambat mekar iaitu dua hingga empat minggu selepas jenis sakura dengan lima kelopak. Selain musim bunga , terdapat juga beberapa jenis sakura yang mekar pada lewat musim luruh dan musim sejuk.

d)Bentuk pokok
Pokok Sakura boleh dilihat dalam beberapa bentuk seperti bentuk tiga segi, bentuk V, kolumnar, rata di atas dan sebagainya.

Antara jenis-jenis sakura yang popular

a)    Somei yoshino
Mula dikacuk sejak zaman edo di Tokyo dan merupakan jenis sakura yang paling banyak di jepun. Somei yoshino biasanya berwarna merah jambu cerah dan putih serta dengan lima kelopak.

b)    Yamazakura
Yamazakura merupakan jenis sakura yang tumbuh liar dengan banyaknya di dalam hutan. Sakura jenis ini biasanya berwarna merah jambu cerah dan dengan lima kelopak.

c)     Shidarezakura 
Sakura jenis ini mempunyai dahan dengan struktur ke bawah dan boleh didapati dengan lima kelopak atau dengan lebih lima kelopak. Sakura dengan lebih lima kelopak dipanggil  sebagai yaeshidarezakura dan ianya mekar seminggu selepas sakura shidarezakura lima kelopak.

2) http://www.japan-guide.com/e/e2011_species.html
3) Wikipedia 


hanami (melihat bunga)

Thursday, April 10, 2014


assalamualaikum..konbanwa...minna-san hisashiburida ne!! ogenki desuka??
Entri kali ni, admin didi mahu kongsikan serba sedikit mengenai sambutan hanami di jepun.

Hanami merupakan sambutan tradisional masyarakat jepun yang bertujuan untuk menikmati keindahan bunga terutamanya bunga sakura. Bermula akhir mac hingga awal mei, bunga sakura mekar di seluruh jepun, manakala di pulau Okinawa pula, sakura mekar bermula awal februari. Ramalan untuk bunga sakura mekar diumumkan setiap tahun oleh biro cuaca. Oleh kerana tempoh bunga sakura mekar hanyalah antara satu hingga dua minggu, ramalan ini mendapat perhatian oleh mereka yang merancang untuk mengadakan aktiviti hanami. Pada zaman moden ini, aktiviti hanami kebanyakannya meliputi acara parti sakura pada waktu malam mahupun waktu siang dan selalunya disertai oleh golongan muda.

Parti hanami di istana himeji

Parti hanami di sungai kamo

 Sejarah

Aktiviti hanami ini dipercayai mula disambut sejak berabad lamanya. Adat ini dikatakan bermula pada era nara (710-794) dimana pada waktu ini, orang ramai lebih meminati untuk melihat plum mekar (ume). Namun pada era Heian (794-1185), sakura lebih popular dan pada waktu ini, hanami adalah lebih sinonim dengan bunga sakura. Dalam hal ini,  perkataan hanami untuk merujuk kepada melihat sakura mekar mula digunakan sejak zaman Heian.
Aktiviti hanami ini pada mulanya hanya disambut oleh golongan elit dari empayar mahkamah  sahaja, namun sejak era edo, aktiviti ini tersebar kepada golongan samurai  dan masyarakat biasa. Pada zaman edo ini, hanami disambut dengan orang ramai menikmati makanan tengahari bersama minuman ‘sake’ di bawah pokok sakura.

Hanami di luar jepun

Aktiviti hanami bukan sahaja popular di jepun , malah turut popular di luar jepun dan turut disambut di beberapa buah Negara. Sambutan hanami yang lebih kecil disambut di China, Taiwan , Korea, Filipina dan Finland.
Selain itu, aktiviti hanami kini turut popular di amerika syarikat. Pada tahun 1912, jepun telah menghadiahkan 3000 pokok sakura kepada amerika syarikat sebagai tanda persahabatan kedua-dua Negara tersebut. Pokok sakura tersebut telah ditanam di Washington D.C. Jepun kemudiannya telah mendermakan sebanyak 3800 pokok sakura yang lain kepada amerika syarikat pada tahun 1965. Pokok sakura ini telah menjadi daya penarik pelancong di amerika syarikat dan setiap tahun festival bunga sakura kebangsaan diadakan pada musim bunga. Selain itu, festival bunga sakura antarabangsa turut diadakan di macon, Georgia.

Festival bunga sakura antarabangsa di Macon, georgia

sumber: wikipedia

itsumo arigatou!!!
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS