assalamualaikum..konbanwa...minna-san hisashiburida ne!! ogenki desuka??
Entri kali ni, admin didi mahu kongsikan serba sedikit mengenai sambutan hanami di jepun.
Hanami merupakan sambutan tradisional masyarakat jepun
yang bertujuan untuk menikmati keindahan bunga terutamanya bunga sakura.
Bermula akhir mac hingga awal mei, bunga sakura mekar di seluruh jepun,
manakala di pulau Okinawa pula, sakura mekar bermula awal februari. Ramalan
untuk bunga sakura mekar diumumkan setiap tahun oleh biro cuaca. Oleh kerana
tempoh bunga sakura mekar hanyalah antara satu hingga dua minggu, ramalan ini
mendapat perhatian oleh mereka yang merancang untuk mengadakan aktiviti hanami.
Pada zaman moden ini, aktiviti hanami kebanyakannya meliputi acara parti sakura
pada waktu malam mahupun waktu siang dan selalunya disertai oleh golongan muda.
Parti hanami di istana himeji
Parti hanami di sungai kamo
Aktiviti hanami ini dipercayai mula disambut sejak
berabad lamanya. Adat ini dikatakan bermula pada era nara (710-794) dimana pada
waktu ini, orang ramai lebih meminati untuk melihat plum mekar (ume). Namun
pada era Heian (794-1185), sakura lebih popular dan pada waktu ini, hanami
adalah lebih sinonim dengan bunga sakura. Dalam hal ini, perkataan hanami untuk merujuk kepada melihat
sakura mekar mula digunakan sejak zaman Heian.
Aktiviti hanami ini pada mulanya hanya disambut oleh golongan
elit dari empayar mahkamah sahaja, namun
sejak era edo, aktiviti ini tersebar kepada golongan samurai dan masyarakat biasa. Pada zaman edo ini,
hanami disambut dengan orang ramai menikmati makanan tengahari bersama minuman
‘sake’ di bawah pokok sakura.
Hanami di luar jepun
Aktiviti hanami bukan sahaja popular di jepun , malah
turut popular di luar jepun dan turut disambut di beberapa buah Negara.
Sambutan hanami yang lebih kecil disambut di China, Taiwan , Korea, Filipina
dan Finland.
Selain itu, aktiviti hanami kini turut popular di
amerika syarikat. Pada tahun 1912, jepun telah menghadiahkan 3000 pokok sakura
kepada amerika syarikat sebagai tanda persahabatan kedua-dua Negara tersebut.
Pokok sakura tersebut telah ditanam di Washington D.C. Jepun kemudiannya telah
mendermakan sebanyak 3800 pokok sakura yang lain kepada amerika syarikat pada
tahun 1965. Pokok sakura ini telah menjadi daya penarik pelancong di amerika
syarikat dan setiap tahun festival bunga sakura kebangsaan diadakan pada musim
bunga. Selain itu, festival bunga sakura antarabangsa turut diadakan di macon,
Georgia.
Festival bunga sakura antarabangsa di Macon, georgia
sumber: wikipedia
itsumo arigatou!!!
No comments:
Post a Comment