mee soba

Saturday, April 12, 2014

assalamualaikum...konbanwa...minna-san malam ni admin didi mahu kongsikan sedikit mengenai makanan jepun iaitu mee soba (makanan kegemaran horikita maki chan berdasarkan rancangan KATTUN)

Soba merupakan nama jepun untuk sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan bijirinnya. Soba digunakan untuk membuat mee soba (merupakan sejenis mee nipis; mee tebal dipanggil sebagai udon). Tanaman soba mengambil masa selama tiga bulan untuk dituai. Ini bermakna dalam satu tahun, soba boleh dituai sebanyak empat kali terutamanya pada musim bunga, musim panas dan musim luruh. Di jepun, kawasan utama yang mengeluarkan soba adalah di Hokkaido. Mee soba yang dibuat daripada  soba yang baru dituai dipanggil sebagai shin-soba. Shin-soba adalah lebih manis berbanding mee soba yang biasa. Mee soba dijual di seluruh jepun seperti di kawasan seperti stesen keretapi mahupun restoran –restoran mahal. Soba secara tipikalnya dimakan dengan menggunakan penyepit. Mee soba dihidangkansecara sejuk (dengan sos) ataupun secara panas sebagai mee sup.

Cara membuat mee soba

Hidangan mee soba secara sejuk

Mee Soba dimakan secara sejuk pada musim panas. Ramai mengatakan bahawa untuk menikmati tekstur original mee soba yang unik, ianya harus dimakan dalam keadaan sejuk. Hal ini kerana, apabila dihidangkan secara panas, ia boleh mengubah tekstur mee soba tersebut. Dalam keadaan sejuk, mee soba diletakkan di dalam bekas buluh (zaru) dan kadang-kadang dihias dengan rumpai laut kering. Sebelum makan, mee soba akan dicelup ke dalam sos tsuyu.
Selepas memakan mee soba, kebanyakkan orang akan meminum air yang digunakan untuk memasak mee soba (sobayu) yang dicampur dengan lebihan sos tsuyu.

Mee Soba salad (soba yang sejuk dicampur dengan bijiran dan dihias dengan sayur-sayuran; hidangan soba sejuk moden di lur jepun)

Hidangan mee soba secara panas

Mee soba secara panas dipanggil sebagai mee sup dihidangkan dalam sebekas sos tsuyu. Hiasan popular bagi mee soba panas adalah shichimi togarashi (campuran serbuk cili)

Mee soba panas

SUMBER:WIKIPEDIA

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS