assalamualaikum..ohayou gozaimasu...antara simbol negara jepun adalah gunung fuji. Berikut merupakan antara fakta fujiyama
Gunung fuji yang terletak di pulau Honshu
merupakan gunung yang tertinggi di jepun dengan ketinggian 3776.24 meter.
Daripada jarak 100 km barat daya Tokyo, gunung fuji boleh dilihat dengan jelas
pada siang hari. Gunung fuji yang berbentuk kon ini telah menjadi simbol Negara
jepun dan ianya sering dijadikan bahan seni dan fotografi selain turut dilawati
oleh pendaki gunung dan pelancong. Yang lebih menariknya, gunung fuji turut tersenarai antara tiga gunung suci
di jepun termasuk gunung tate dan gunung haku. selain itu, gunung fuji juga
tersenarai dalam senarai harta warisan dunia sebagai tempat kebudayaan pada 22
jun 2013.
Imej Gunung fuji yang diambil dari kapal terbang
Gunung fuji yang berlatarbelakangkan shinkansen dan bunga sakura
Etimologi
Karakter Kanji untuk gunung fuji adalah富 dan 士 iaitu kekayaan/banyak dan lelaki dengan status yang
tertentu. Walaubagaimanapun karakter ini adalah ateji iaitu karakter yang
dipilih disebabkan sebutannya secocok dengan suku kata nama tersebut tetapi
tidak membawa apa-apa maksud yang berkaitan dengan gunung tersebut.
Asal usul nama fuji adalah tidak jelas.
Dalam hal ini, berdasarkan buku 'tale of the bamboo cutter', nama tersebut
berasal dari perkataan keabadian (fuji, fushi). Selain itu, sarjana jepun pada
era edo, mengspekulasikan nama fuji berasal dari satu perkataan yang membawa
maksud gunung yang berdiri dengan bentuk seperti telinga pokok padi.
Imej Gunung fuji dari menara Tokyo
Kepelbagaian Nama
Dalam bahasa inggeris, gunung fuji
dipanggil sebagai ‘mount fuji’. Manakala orang jepun pula memanggilnya
sebagai Fujisan. San ini tidak mewakili akhiran untuk nama manusia. Selain itu,
nama jepun untuk gunung fuji adalah fuji no yama (gunung fuji), fuji no takane
(puncak tinggi fuji), fuyou-hou (puncak teratai), dan fugaku (kombinasi
karakter fuji dan gunung)
Geografi
Gunung fuji adalah salah satu kawasan
dalam taman kebangsaan hakone-izu. Di sekitar gunung fuji terdapatnya beberapa
bandar kecil iaitu; gotemba di timur gunung fuji, fujiyoshida di utara gunung
fuji (teringat lak kat cite kurosagi;kurosaki panggil tsurara ngan yoshida) , fujinomiya di barat daya gunung fuji. Selain itu, gunung tersebut turut
dikelilingi dengan lima buah tasik iaitu tasik kawaguchi, tasik yamanaka, tasik
sai, tasik matosu dan tasik shoji. Tasik-tasik tersebut ditambah dengan tasik
yang berdekatan iaitu tasik ashi menjadikan pemandangan di sekitar gunung fuji
sangat indah. Pada jarak yang lebih jauh, gunung fuji boleh dilihat dari
yokohama , Tokyo, dan kadang kala apabila langit cerah ia juga boleh dilihat
dari chiba, saitama tochigi dan tasik hamana. Secara khususnya, pada musim
sejuk, ia boleh dilihat dari keretapi shinkansen hingga stesen utsunomiya.
No comments:
Post a Comment