assalamualaikum...ohayou gozaimasu....minna...kyou....admin didi mahu kongsikan mengenai festival gion..teruskan membaca ye=)
Gion matsuri yang merupakan satu festival kuil yasaka adalah satu
festival besar-besaran yang paling popular di jepun. Festival ini berlangsung
pada bulan julai. Pada asalnya, festival ini merupakan upacara keagamaan yang
bertujuan untuk meredakan wabak penyakit yang merebak ke seluruh Negara jepun pada
tahun 869. Terdapat lebih 30 acara yang diadakan pada festival ini, namun dua
acara yang paling terkenal adalah acara yamahoko junko (perarakan wagon ) dan
yoiyama. Yamahoko merujuk kepada dua jenis wagon iaitu yama dan hoko yang
digunakan semasa upacara perarakan dijalankan.
suasana pada hari gion matsuri
Yamahoko junko dan
yoiyama
Secara ironinya, acara utama festival gion tidak diadakan di kawasan gion,
tetapi ia diadakan di kawasan yang bersebelahan dengan sungai kamo. Pra-upacara yamahoko junko diadakan pada hari ke-14 hingga ke-16 bulan julai. Pada
hari-hari tersebut, wagon yama dan hoko dipersembahkan dalam jarak setengah
kilometer di kawasan pertembungan jalan karasuma
dan shijo.
Semasa wagon-wagon tersebut dipersembahkan, terdapat beberapa wagon yang
boleh dinaiki oleh para pelancong. Kawasan acara yamahoko junko tersebut menjadi lebih meriah dan menarik pada waktu
senja iaitu antara jam 6 petang hingga 11 malam. Pada waktu ini, jalan ditutup
dan kawasan tersebut mula dipenuhi dengan gerai-gerai makanan dan penjaja
minuman. Pesta senja ini membawa kepada kepada perarakan yang dikenali sebagai
yoiyama (16 julai), yoiyoiyama (15 julai), dan yoiyoiyoiyama (14 julai).
Acara sebenar yamahoko junko diadakan pada hari ke-17 bulan julai. pada hari ke-17 ini, perarakan wagon diadakan pada
jarak 3km sepanjang jalan shijo,
kawaramachi dan oike. Terdapat
lebih 30 wagon yang dihias
dipersembahkan di seluruh kawasan Bandar. Kanak-kanak dan orang dewasa menaiki
yamahoko dan memainkan musik bersama-sama dengan wisel dan loceng untuk
memeriahkan lagi suasana acara tersebut. Pada waktu petang iaitu selepas acara yamahoko junko berakhir, acara shinkosai diadakan di kuil yasaka. Acara shinkosai menyaksikan golongan lelaki dewasa memakai happi (kot masyarakat jepun yang tidak
formal) dan membawa mikoshi.
Sumber:
arigatou gozaimasu for reading!!!
No comments:
Post a Comment