Assalamualaikum...Negara jepun memang sinonim dengan bunga sakura. Bunga sakura yang kita biasa tengok adalah merah jambu cerah.. Namun adakah sakura hanya berwarna merah jambu??teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai sakura..
sakura menghiasi sebuah istana di jepun
Pokok sakura merupakan sejenis tumbuhan
yang diklasifikasikan dalam gen prunus dan ianya telah dispekulasikan berasal
dari Banjaran Himalaya. Kini, pokok sakura boleh ditemui di pelbagai tempat di
seluruh dunia terutamanya di kawasan hemisfera utara seperti di Eropah, Siberia
barat, China, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Kepelbagaian sakura di jepun
Di jepun, terdapat lebih 100 jenis pokok
sakura dengan ciri-ciri yang berbeza. Beberapa jenis pokok sakura adalah
berasal dari hutan jepun seperti sakura jenis yamazakura. Manakala yang selebihnya adalah dikacukkan oleh manusia
sendiri untuk tujuan hiasan dalam taman. Pokok sakura yang paling popular pada
hari ini adalah sakura kacukan jenis somei
yoshino.
Dalam hal ini jenis sakura boleh diklasifikasikan
kepada :
a)Bilangan kelopak
Kebanyakan sakura
liar dan beberapa sakura kacukan mempunyai lima kelopak. Namun terdapat juga
sakura dengan 10 kelopak, 20 kelopak dan 20 kelopak ke atas. Sakura dengan
lebih 5 kelopak dipanggil yaezakura.
Somei yoshino (5 kelopak)-jenis sakura paling popular
Ichiyo(20 kelopak)
Kikuzakura (100 kelopak)
b)Warna sakura
Kebanyakan jenis
sakura adalah berwarna merah jambu cerah dan putih. Namun , terdapat juga
sakura yang berwarna merah jambu pekat, kuning atau hijau. Yang lebih menarik,
terdapat beberapa jenis sakura yang boleh bertukar warna semasa ianya tengah
mekar. Sebagai contohnya, terdapat sakura mula mekar dengan warna putih dan ianya
boleh berubah kepada warna merah jambu dalam masa beberapa hari.
Merah
jambu (kanzan)
Putih (shogetsu)
Kuning (ukon)
c)Masa mekar
Kebanyakan jenis
sakura mekar pada musim bunga. Dalam hal ini, sakura jenis yaezakura (sakura dengan lebih lima kelopak) adalah jenis sakura
yang paling lambat mekar iaitu dua hingga empat minggu selepas jenis sakura
dengan lima kelopak. Selain musim bunga , terdapat juga beberapa jenis sakura
yang mekar pada lewat musim luruh dan musim sejuk.
d)Bentuk pokok
Pokok Sakura boleh
dilihat dalam beberapa bentuk seperti bentuk tiga segi, bentuk V, kolumnar,
rata di atas dan sebagainya.
Antara jenis-jenis sakura yang popular
a)
Somei yoshino
Mula dikacuk sejak zaman edo di Tokyo dan
merupakan jenis sakura yang paling banyak di jepun. Somei yoshino biasanya berwarna merah jambu cerah dan putih serta dengan
lima kelopak.
b)
Yamazakura
Yamazakura merupakan jenis sakura yang tumbuh liar dengan banyaknya di dalam
hutan. Sakura jenis ini biasanya berwarna merah jambu cerah dan dengan lima
kelopak.
c)
Shidarezakura
Sakura jenis ini mempunyai dahan dengan struktur ke
bawah dan boleh didapati dengan lima kelopak atau dengan lebih lima kelopak.
Sakura dengan lebih lima kelopak dipanggil
sebagai yaeshidarezakura dan ianya mekar seminggu selepas sakura
shidarezakura lima kelopak.
2)
http://www.japan-guide.com/e/e2011_species.html
3)
Wikipedia
No comments:
Post a Comment