fujiyama(gunung fuji)

Sunday, April 20, 2014

assalamualaikum..ohayou gozaimasu...antara simbol negara jepun adalah gunung fuji. Berikut merupakan antara fakta fujiyama

Gunung fuji yang terletak di pulau Honshu merupakan gunung yang tertinggi di jepun dengan ketinggian 3776.24 meter. Daripada jarak 100 km barat daya Tokyo, gunung fuji boleh dilihat dengan jelas pada siang hari. Gunung fuji yang berbentuk kon ini telah menjadi simbol Negara jepun dan ianya sering dijadikan bahan seni dan fotografi selain turut dilawati oleh pendaki gunung dan pelancong. Yang lebih menariknya, gunung  fuji turut tersenarai antara tiga gunung suci di jepun termasuk gunung tate dan gunung haku. selain itu, gunung fuji juga tersenarai dalam senarai harta warisan dunia sebagai tempat kebudayaan pada 22 jun 2013.

Imej Gunung fuji yang diambil dari kapal terbang 

Gunung fuji yang berlatarbelakangkan shinkansen dan bunga sakura

Etimologi

Karakter Kanji untuk gunung fuji adalah dan iaitu kekayaan/banyak dan lelaki dengan status yang tertentu. Walaubagaimanapun karakter ini adalah ateji iaitu karakter yang dipilih disebabkan sebutannya secocok dengan suku kata nama tersebut tetapi tidak membawa apa-apa maksud yang berkaitan dengan gunung tersebut.

Asal usul nama fuji adalah tidak jelas. Dalam hal ini, berdasarkan buku 'tale of the bamboo cutter', nama tersebut berasal dari perkataan keabadian (fuji, fushi). Selain itu, sarjana jepun pada era edo, mengspekulasikan nama fuji berasal dari satu perkataan yang membawa maksud gunung yang berdiri dengan bentuk seperti telinga pokok padi.

                                                  Imej Gunung fuji dari menara Tokyo 

Kepelbagaian Nama

Dalam bahasa inggeris, gunung fuji dipanggil sebagai ‘mount fuji’. Manakala orang jepun pula memanggilnya sebagai Fujisan. San ini tidak mewakili akhiran untuk nama manusia. Selain itu, nama jepun untuk gunung fuji adalah fuji no yama (gunung fuji), fuji no takane (puncak tinggi fuji), fuyou-hou (puncak teratai), dan fugaku (kombinasi karakter fuji dan gunung)

Geografi

Gunung fuji adalah salah satu kawasan dalam taman kebangsaan hakone-izu. Di sekitar gunung fuji terdapatnya beberapa bandar kecil iaitu; gotemba di timur gunung fuji, fujiyoshida di utara gunung fuji (teringat lak kat cite kurosagi;kurosaki panggil tsurara ngan yoshida) , fujinomiya di barat daya gunung fuji. Selain itu, gunung tersebut turut dikelilingi dengan lima buah tasik iaitu tasik kawaguchi, tasik yamanaka, tasik sai, tasik matosu dan tasik shoji. Tasik-tasik tersebut ditambah dengan tasik yang berdekatan iaitu tasik ashi menjadikan pemandangan di sekitar gunung fuji sangat indah. Pada jarak yang lebih jauh, gunung fuji boleh dilihat dari yokohama , Tokyo, dan kadang kala apabila langit cerah ia juga boleh dilihat dari chiba, saitama tochigi dan tasik hamana. Secara khususnya, pada musim sejuk, ia boleh dilihat dari keretapi shinkansen hingga stesen utsunomiya

sashimi

Tuesday, April 15, 2014

assalamualaikum..konnichiwa...minna pernah dengar sashimi?tentu pernah kan...kali ini sy mahu kongsikan serba sedikit mengenai sashimi pula..

Sashimi merupakan makanan mentah yang dipotong dan sangat popular di jepun. Biasanya, sashimi boleh dibuat daripada makanan laut , namun terdapat juga sashimi yang dibuat daripada daging lembu, kuda, dan rusa. Saiz sashimi secara tipikalnya antara 2.5 cm lebar dengan 4 cm panjang dan 0.5 cm tebal.

Contoh hidangan sashimi

Perkataan sashimi membawa maksud badan yang ditusuk; sashi( ditusuk), mi (badan/daging). Sashimi telah digunakan dalam bahasa inggeris dan selalunya untuk merujuk kepada penyediaan ikan yang tidak dimasak. Masyarakat bukan berbangsa jepun sering keliru antara sashimi dan sushi. Sebenarnya sushi merujuk kepada masakan yang dibuat daripada nasi yang diletakkan cuka dimana ikan mentah merupakan salah satu bahan untuk membuat sushi. Selain itu, kebanyakan sushi  turut mengandungi makanan laut yang dimasak.

Sashimi boleh dihidangkan bersama-sama dengan sup miso dan nasi dalam bekas yang berlainan. Dalam hal ini, potongan daging/makanan laut mentah dihias dengan daun shiso. Sesetengah restoran menjadikan lebihan ikan sebagai hiasan untuk hidangan sashimi tersebut.

Di jepun, sashimi boleh didapati di pelbagai jenis restoran dan kebanyakannya di izakaya. Selain itu sashimi juga popular sebagai salah satu menu dalam set makanan teishoku.

Bagaimana untuk makan sashimi?

Kebanyakan sashimi boleh dimakan dengan mencelupnya ke dalam sebekas kecil sos soya. Bergantung kepada jenis sashimi, sedikit wasabi boleh diletakkan ke atas potongan sashimi tersebut. Dalam hal ini, kebanyakan masyarakat jepun percaya bahawa sashimi harus dimakan terlebih dahulu berbanding makanan lain, kerana ianya mempunyai rasa yang paling menyenangkan .

Apakah jenis sashimi yang paling popular?

Berdasarkan pilihan pelancong , antara jenis sashimi yang paling disukai oleh para pelancong adalah:

1)   Maguro (tuna)- maguro boleh dijumpai di semua restoran yang menjual sashimi. 

         2) saba (ikan kembung)


3)   tai (biasanya disediakan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sambutan tahun baru)


4)   sake (salmon)


5)   amaebi (udang manis)- mempunyai rasa manis, antara tempat yang             popular dengan hidangan sashimi amaebi adalah niigata dan Hokkaido


                      sumber: http://www.japan-guide.com/e/e2044.html & wikipedia

mee soba

Saturday, April 12, 2014

assalamualaikum...konbanwa...minna-san malam ni admin didi mahu kongsikan sedikit mengenai makanan jepun iaitu mee soba (makanan kegemaran horikita maki chan berdasarkan rancangan KATTUN)

Soba merupakan nama jepun untuk sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan bijirinnya. Soba digunakan untuk membuat mee soba (merupakan sejenis mee nipis; mee tebal dipanggil sebagai udon). Tanaman soba mengambil masa selama tiga bulan untuk dituai. Ini bermakna dalam satu tahun, soba boleh dituai sebanyak empat kali terutamanya pada musim bunga, musim panas dan musim luruh. Di jepun, kawasan utama yang mengeluarkan soba adalah di Hokkaido. Mee soba yang dibuat daripada  soba yang baru dituai dipanggil sebagai shin-soba. Shin-soba adalah lebih manis berbanding mee soba yang biasa. Mee soba dijual di seluruh jepun seperti di kawasan seperti stesen keretapi mahupun restoran –restoran mahal. Soba secara tipikalnya dimakan dengan menggunakan penyepit. Mee soba dihidangkansecara sejuk (dengan sos) ataupun secara panas sebagai mee sup.

Cara membuat mee soba

Hidangan mee soba secara sejuk

Mee Soba dimakan secara sejuk pada musim panas. Ramai mengatakan bahawa untuk menikmati tekstur original mee soba yang unik, ianya harus dimakan dalam keadaan sejuk. Hal ini kerana, apabila dihidangkan secara panas, ia boleh mengubah tekstur mee soba tersebut. Dalam keadaan sejuk, mee soba diletakkan di dalam bekas buluh (zaru) dan kadang-kadang dihias dengan rumpai laut kering. Sebelum makan, mee soba akan dicelup ke dalam sos tsuyu.
Selepas memakan mee soba, kebanyakkan orang akan meminum air yang digunakan untuk memasak mee soba (sobayu) yang dicampur dengan lebihan sos tsuyu.

Mee Soba salad (soba yang sejuk dicampur dengan bijiran dan dihias dengan sayur-sayuran; hidangan soba sejuk moden di lur jepun)

Hidangan mee soba secara panas

Mee soba secara panas dipanggil sebagai mee sup dihidangkan dalam sebekas sos tsuyu. Hiasan popular bagi mee soba panas adalah shichimi togarashi (campuran serbuk cili)

Mee soba panas

SUMBER:WIKIPEDIA

[MUAT TURUN] Kamisama no Karute

Ohayou minna-san!!

Kamisama no Karute untuk muat turun~


Sila klik di sini 

(Ada 8 bahagian yang perlu dimuat turun termasuk subtitle)

* Saiz fail agak besar jadi admin terpakasa bahagikan kepada beberapa bahagian >.<

Sila gunakan aplikasi ini untuk menyambungkan kesemua fail yang telah dimuat turun

Selamat menonton :)




hanami (melihat bunga)

Thursday, April 10, 2014


assalamualaikum..konbanwa...minna-san hisashiburida ne!! ogenki desuka??
Entri kali ni, admin didi mahu kongsikan serba sedikit mengenai sambutan hanami di jepun.

Hanami merupakan sambutan tradisional masyarakat jepun yang bertujuan untuk menikmati keindahan bunga terutamanya bunga sakura. Bermula akhir mac hingga awal mei, bunga sakura mekar di seluruh jepun, manakala di pulau Okinawa pula, sakura mekar bermula awal februari. Ramalan untuk bunga sakura mekar diumumkan setiap tahun oleh biro cuaca. Oleh kerana tempoh bunga sakura mekar hanyalah antara satu hingga dua minggu, ramalan ini mendapat perhatian oleh mereka yang merancang untuk mengadakan aktiviti hanami. Pada zaman moden ini, aktiviti hanami kebanyakannya meliputi acara parti sakura pada waktu malam mahupun waktu siang dan selalunya disertai oleh golongan muda.

Parti hanami di istana himeji

Parti hanami di sungai kamo

 Sejarah

Aktiviti hanami ini dipercayai mula disambut sejak berabad lamanya. Adat ini dikatakan bermula pada era nara (710-794) dimana pada waktu ini, orang ramai lebih meminati untuk melihat plum mekar (ume). Namun pada era Heian (794-1185), sakura lebih popular dan pada waktu ini, hanami adalah lebih sinonim dengan bunga sakura. Dalam hal ini,  perkataan hanami untuk merujuk kepada melihat sakura mekar mula digunakan sejak zaman Heian.
Aktiviti hanami ini pada mulanya hanya disambut oleh golongan elit dari empayar mahkamah  sahaja, namun sejak era edo, aktiviti ini tersebar kepada golongan samurai  dan masyarakat biasa. Pada zaman edo ini, hanami disambut dengan orang ramai menikmati makanan tengahari bersama minuman ‘sake’ di bawah pokok sakura.

Hanami di luar jepun

Aktiviti hanami bukan sahaja popular di jepun , malah turut popular di luar jepun dan turut disambut di beberapa buah Negara. Sambutan hanami yang lebih kecil disambut di China, Taiwan , Korea, Filipina dan Finland.
Selain itu, aktiviti hanami kini turut popular di amerika syarikat. Pada tahun 1912, jepun telah menghadiahkan 3000 pokok sakura kepada amerika syarikat sebagai tanda persahabatan kedua-dua Negara tersebut. Pokok sakura tersebut telah ditanam di Washington D.C. Jepun kemudiannya telah mendermakan sebanyak 3800 pokok sakura yang lain kepada amerika syarikat pada tahun 1965. Pokok sakura ini telah menjadi daya penarik pelancong di amerika syarikat dan setiap tahun festival bunga sakura kebangsaan diadakan pada musim bunga. Selain itu, festival bunga sakura antarabangsa turut diadakan di macon, Georgia.

Festival bunga sakura antarabangsa di Macon, georgia

sumber: wikipedia

itsumo arigatou!!!

dragonzakura

Thursday, April 3, 2014

latarbelakang


Dragonzakura  ドラゴンmerupakan drama jepun bertema alam persekolahan yang diterbitkan pada tahun yang sama dengan drama nobuta wo produce iaitu tahun 2005 dan bersiaran di TBS pada 8 julai 2005 hingga 16 september 2005. Ia merupakan drama yang diadaptasi dari manga dragonzakura yang ditulis oleh Norifusa Mita. Manga tersebut telah berjaya dijual hingga ke enam juta unit dan telah memenangi anugerah manga kodansha bagi kategori manga umum pada tahun 2005. Selain itu, manga tersebut telah memenangi hadiah cemerlang di festival seni media jepun  pada tahun 2005. Manga ini turut mendapat perhatian media korea selatan apabila ianya turut diadaptasi ke drama korea dengan tajuk master of study yang diterbitkan pada tahun 2010.

dragonzakura

master of study

Sinopsis

Sakuragi kenji merupakan seorang peguam yang miskin dan bekas geng motosikal mencari peluang untuk memantapkan kariernya sebagai seorang peguam. Peluang akhirnya datang apabila Tribunal Tokyo tempatan mengarahkannya untuk menyelesaikan masalah pengurusan di sebuah sekolah yang hampir bankrup iaitu sekolah tinggi ryuuzan (yang dikenali sebagai ‘baka gakkou’-sekolah bodoh). Dalam hal ini, sekolah tinggi ryuuzan mempunyai hutang sebanyak 2.4 billion yen sepanjang lebih  tiga tahun dan mungkin akan ditutup. Namun, sakuragi kenji mempunyai perancangan untuk melakukan satu perkara baru dan menjadi seorang peguam terkenal dengan menjadikan para pelajar dari sekolah bermasalah diterima ke universiti Tokyo, sebuah universiti popular di jepun. Di sana, sakuragi kenji mewujudkan satu kelas istimewa yang bertujuan untuk memberi persediaan kepada lima orang pelajar lemah dari sekolah terbodoh dan bermasalah di jepun untuk ke universiti tokyo tersebut (toudai-tokyo daigaku). Sakuragi kenji memperkenalkan teknik-teknik menjawab soalan yang kreatif bagi membolehkan pelajar lemah tersebut melepasi peperiksaan kemasukan ke universiti Tokyo. Selain itu, untuk setiap subjek para pelajar diajar oleh guru yang dilantik khas oleh sakuragi kenji yang sememangnya mahir dalam subjek-subjek tersebut. Berjayakah kelima-lima pelajar tersebut ke toudai? Bagi peminat yamapi, aragaki yui , nagasawa masami dan koikei teppei rasanya drama ini merupakan drama kemestian bagi mereka untuk menontonya. 

Watak utama

          a)Guru kelas istimewa
1.      Abe hiroshi- sakuragi kenji (peguam dan guru homeroom untuk kelas istimewa)
2.      Kyouko hasegawa-ino mamako (Guru bahasa inggeris, guru sejarah untuk kelas istimewa)
3. Touri shinagawa- Tetsunosuke Yanagi (guru matematik)
4.  Minori Terada - Ryuuzaburou Akutayama (guru bahasa jepun )
5. Susumu Kobayashi - Shutaro Ain (guru sains)
6.   Akio Kaneda-Hiroshi Kawaguchi (guru bahasa inggeris)

            b)  Pelajar
1.      Yamashita tomohisa (yamapi)- yajima yuusuke
2.      Nagasawa masami- mizuno naomi
3.      Aragaki yui- kousaka yoshino
4.      Koike teppei- ogata hideki
5.      Nakao akiyoshi- okuno ichirou
            6.   Saeko- maki kobayashi

     para pelakon bagi dragonzakura

Ost: realize oleh melodi dan colourful oleh yamapi

Episod

Tajuk episod
Tajuk dalam romaji
Maksud tajuk
Tarikh bersiaran
Penilaian
Ep. 1
バカとブスこそ東大へ行け
Baka to busu koso Toudai e ike
All you that are ugly and stupid, go to Tokyo University!
July 8, 2005
17.5%
Ep. 2
自分の弱さを知れ!
Jibun no yowasa wo shire!
Know your weaknesses!
July 15, 2005
16.5%
Ep. 3
遊べ!受験はスポーツだ!
Asobe! Juken wa supootsu da!
Entrance exams are sports, so play!
July 22, 2005
13.8%
Ep. 4
壁にぶつかるまで我慢しろ
Kabe ni butsukaru made gaman shiro
Hold out until you hit the wall
July 29, 2005
16.1%
Ep. 5
泣くな!お前の人生だ!
Nakuna! Omae no jinsei da!
Don't cry! It's your life!
August 5, 2005
16.8%
Ep. 6
英語対決!勝負だバカ6
Eigo taiketsu! Shoubu da baka rokunin
English showdown! Fight for Stupid 6
August 12, 2005
17.9%
Ep. 7
見返してやる!東大模試
Mikaeshite yaru! Toudai moshi
Vengeance! Mock exam for Tokyo University
August 19, 2005
15.6%
Ep. 8
バカの涙・・・夏休み課外授業
Baka no namida... Natsuyasumi kagai jugyou
Tears of fools... Extra lessons during summer vacation
August 26, 2005
17.0%
Ep. 9
信じろ!成績は必ず上がる
Shinjiro! Seiseki wa kanarazu agaru
Trust yourself! Your marks will surely improve
September 2, 2005
14.5%
Ep. 10
友情か受験か?最後の決断
Yuujou ka juken ka? Saigo no ketsudan
Friendship or entrance exam? Final decision
September 9, 2005
14.5%
Ep. 11
お前らはもうバカじゃない!運命の合格発表!
Omaera wa mou baka janai! Unmei no goukaku happyou!
You are no longer morons! Fateful day of results!
September 16, 2005
20.3%
Penilaian untuk kawasan kantou (purata penilaian: 16.41%)

#kalau nak dibandingkan dengan dragonzakura versi korea dan jepun, bagi saya versi jepun lagi best,..sebab para pelakon lebih menjiwai watak…watak peguam versi jepun lakonan abe hiroshi pun lagi mantap dari versi korea..sekadar pendapat =)

2)http://wiki.d-addicts.com/Dragon_Zakura

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS