assalamualaikum.....konnichiwa....minna-san pernah dengar Tasik Biwa??Tasik Biwa merupakan sebuah tasik yang terletak di Jepun.
Dikelilingi
dengan gunung-ganang yang menghijau dan air tasik yang bersih, Tasik Biwa
dikenali sebagai sebuah tempat yang indah
dan telah dicoretkan dalam banyak karya sajak serta turut dipotretkan
dalam lukisan oleh para pelukis. Tasik Biwa merupakan tasik terbesar di jepun
dan juga dikatakan sebagai tasik tertua di dunia. Tasik ini terletak di wilayah
Shiga iaitu di timur laut Bandar Kyoto. Seluruh kawasan tasik biwa kini dilabelkan sebagai Taman
Kebangsaan Quasi yang dilindungi. Pada suatu masa dahulu. Tasik Biwa dikenali sebagai Oumi. Kawasan Oumi menjadi pusat pengangkutan antara timur dan barat pada waktu
itu. Dalam hal ini, tasik Biwa menjadi
laluan kapal yang membawa produk beras dari
Kyoto ke Osaka. Pada zaman Edo (1603-1868) walaupun jalan laut
telah diperkenalkan untuk mengangkut beras, namun masih terdapat produk dari
utara jepun yang dibawa dari Kyoto ke Osaka melalui Tasik Biwa ini.
Peta Tasik Biwa
Nama
Perkataan
Biwa-ko (Tasik Biwa) mula diperkenalkan pada zaman Edo. Terdapat beberapa teori tentang asal nama Biwako, tetapi secara umumnya, perkataan Biwako dianggap berasal dari instrumen bertali jepun yang dipanggil
Biwa di mana bentuknya menyerupai
bentuk Tasik Biwa. Tasik Biwa dahulunya dikenali sebagai Awaumi (air laut bersih) yang
kemudiannya ditukar kepada nama Oumi. Selain itu, tasik biwa turut dikenali
sebagai Nio no Umi (little grebe lake) dalam kesusasteraan.
Pintu kuil
Shinto di Tasik Biwa, tasik air tawar yang terbesar di Jepun
Luas kawasan
dan kegunaan
Bersumberkan laman web Wikipedia, luas kawasan
tasik Biwa adalah kira-kira 670 km 2. Sungai-sungai kecil
mengalirkan air dari gunung-gunung di sekelilingnya ke tasik Biwa. Ia berfungsi untuk membekalkan air minuman bersih
kepada penduduk di kawasan Kansai dengan populasi seramai kira-kira lima belas juta
orang. Selain itu, Tasik Biwa berfungsi
sebagai tempat pembiakan ikan air bersih seperti ikan trout. Tasik Biwa juga berfungsi sebagai kawasan takungan air untuk
Bandar Kyouto dan Outsu.
Kawasan
selatan Tasik Biwa, dilihat dari di hadapan Muzium Tasik Biwa
Di sekitar
Tasik Biwa
Di
Tasik Biwa, kita boleh menyaksikan
terdapat banyak burung yang singgah di tasik tersebut. Untuk penggemar burung,
pastinya kunjungan ke Tasik Biwa adalah
satu kemestian sekiranya datang ke Jepun.
Selain itu terdapat banyak Bandar bersejarah di sekitar tasik Biwa ini
termasuk Hikone. Selain itu tasik Biwa
juga terkenal dengan keindahan pemandangan matahari terbenam terutamanya
apabila dilihat dari timur tasik tersebut. Di sekitar Tasik Biwa juga terdapat
Pantai Omimaiko yang mana air
pantainya adalah sangat bersih dan menyenangkan.
Tasik
Biwa turut menjadi tempat persinggahan burung-burung.
Keindahan
pemandangan di Tasik Biwa ketika matahari terbenam
.Industri Pelancongan Tasik Biwa
Industri
Pelancongan Tasik Biwa menawarkan
aktiviti seperti memancing ikan, penyewaan bot, sukan air (termasuk aktiviti
menyelam).
Aktiviti berbasikal
Harga
sewa bagi basikal adalah 500 yen untuk sehari bagi basikal mama-chari, sejenis basikal 26 inci dengan tempat duduk yang selesa
serta bakul di depan. Jarak perjalanan di sekitar Tasik Biwa adalah kira-kira
220 km. Aktiviti berbasikal di sekitar Tasik Biwa adalah sangat menyeronokkan
dengan laluan berturap yang luas di kebanyakan tempat di sekitar tasik ini.
Sumber:
2.)Wikipedia