ASAL-USUL SUSHI
Mesti ramai yang dah tahu tentang makanan Jepun ni tapi apa kata ilmu yang ada tu kita tambah lagi!^^
Sushi (すし, 寿司) adalah makanan Jepun yang terdiri daripada lauk (neta) berupa makanan laut, daging atau sayuran mentah. Nasi sushi mempunyai rasa yang agak masam kerana digaul bersama-sama dengan cuka beras, gula dan garam. Asal-usul perkataan sushi ini adalah merujuk kepada kata sifat untuk rasa masam yang ditulis dengan huruf kanji sushi.
Versi
berasal dari China
Bangsa cina telah mula membuat proses pengawetan ikan sejak berabad yang
lalu. Pada masa itu, ikan tidak boleh busuk sepanjang pelayaran. Pengawetan
ikan dilakukan dengan cara ikan dibersihkan, dipotong secara filet, ditaburi
garam, dilapis dengan kain dan diletakkan batu di atasnya agar udara di
dalamnya berkurangan. Tak lama selepas itu, satu cara yang baru ditemui iaitu
dengan cara ikan digulung bersama dengan nasi dan direndam dalam air cuka.
Setelah ikan habis dimakan, nasi dan cuka dibuang (tidak dimakan
bersama-sama dengan ikan). Namun, setelah berlaku sesuatu bencana sehingga
menimbulkan masalah kekurangan makanan, maka mereka pon mula makan ikan bersama-sama
dengan nasi dan cuka. Itu lah asal usul sushi menurut versi ini.
Versi sushi
berasal dari Jepun
Terdapat
juga yang mengatakan sushi memang berasal dari Jepun. Bermula pada tahun 1800
di mana seorang tukang masak bernama Hanaya Yohei (1799–1858) yang ingin membuat pesta besar tapi bekalan ikan yang ada sangat sedikit. Jadi, Yohei ini mempunyai idea untuk
menyajikan potongan ikan yang tipis dari ikan segar. Dan setelah dicuba, beliau mendapati bahawa
ikan segar menjaga rasa asal ikan dan tiada bakteria. Sejak diperkenalkan, sushi mula digemari di seluruh Jepun. Yohei mencipta 2 jenis sushi iaitu ’Edo’ dan ’Osaka’. Walaubagaimanapun, sushi yang diperkenalkan oleh Yohei ini tidak ’diperam’ dan menggunakan teknik nigiri iaitu 'gulungan tangan'.
Okay, mari kita lihat
perkembangan sushi pula mengikut zaman!
Narezushi (besar) & Funazushi (kecil) |
Narezushi adalah
sushi yang paling primitif sekali. Diperkenalkan pada abad ke 9 di mana agama
Budha sedang berkembang luas di Jepun ketika itu. Amalan agama Budha yang melarang
pengikutnya makan daging menjadikan kebanyakan orang Jepun menukar selera makan
mereka daripada daging ke ikan. Pada awalnya mereka menyediakan sushi sebagai
hidangan lengkap dengan makan nasi yang diperam bersama-sama dengan ikan yang
diawet. Kombinasi nasi dan ikan ini dikenali sebagai narezushi.
Antara jenis narezushi yang paling terkenal ialah Funazushi yang bermula lebih
1000 tahun dahulu di Tasik Biwa, iaitu tasik air tawar yang terbesar di Jepun. Ikan
Emas yang dikenali sebagai funa ditangkap dari tasik, dikemaskan bersama dengan
nasi asin dan dipadatkan bagi mempercepatkan proses pemerapan. Proses pemerapan
ini mengambil masa setidaknya 6 bulan untuk dilengkapkan dan hanya dimakan oleh
golongan kelas teratas di Jepun sejak abad ke 9 hingga abad ke 14.
Menghampiri abad
ke 15 apabila Jepun sedang terbabit dalam perang saudara di mana persiapan makanan perlu dibuat dengan cepat. Tukang masak pada
waktu itu mendapati bahawa apabila nasi ditambah dengan lebih banyak, masa ’pemerapan’
ikan akan berkurangan maka sushi dapat disiapkan dengan cepat. Maka sushi yang mempunyai lebih nasi telah diperkenalkan
dan dikenali sebagai Zushi Mama-nare.
Pada tahun 1606,
Tokugawa Ieyasu iaitu seorang diktator militer Jepun telah memindahkan ibukota
Jepun dari Kyoto ke Edo. Dengan bantuan dari kelas pedagang yang meningkat,
kota ini telah berubah menjadi pusat kehidupan malam di Jepun. Pada abad ke-19.
Edo telah menjadi salah satu kota terbesar di dunia, baik dari segi luas tanah mahupun jumlah penduduknya. Di Edo, pembuat sushi menggunakan proses pemerapan yang menempatkan lapisan nasi dicampur
dengan cuka beras bersama-sama dengan lapisan ikan. Lapisan ini ditekan dalam
sebuah kotak kayu kecil selama 2 jam, kemudian diiris. Cara terbaru ini boleh
mengurangkan waktu persiapan membuat sushi.
Pada tahun 1820
di Edo, terdapat seorang pemuda bernama Hanaya Yohei yang sering dianggap
sebagai pencipta nigiri sushi atau sushi gulungan tangan. Pada tahun 1824, Yohei membuka warung
sushi pertama di daerah Ryogoku Edo. Ryogoku bermaksud ’tempat antara dua
negara’ kerana lokasinya adalah di sepanjang tepi Sungai Sumida. Yohei memilih
tapak yang sesuai, mendirikan warungnya dekat salah satu dari beberapa jambatan
yang melintasi Sumida. Yohei memperolehi keuntungan hasil dari menggunakan teknik
yang boleh mempercepatkan proses pemerapan iaitu dengan menambahkan cuka beras
dan garam pada beras nasi yang baru dimasak dan dibiarkan selama beberapa
minit. Kemudian, dia mula menyediakan sushi dengan gaya tangan ditekan dan
meletakkan hirisan tipis ikan mentah dan segar di atas bola nasi. Ikan yang
digunakan hendaklah yang segar supaya tidak perlu proses pemerapan. Sushi ini
boleh disediakan dalam masa beberapa minit sahaja. Oleh itu sushi gaya nigiri ini dianggap sebagai
makanan segera ’fast food’ dan menjadikannya terus terkenal. Nigiri menjadi
standard baru dalam menyiapkan sushi sehingga kini.
Pada September
1923, ratusan gerabak sushi atau yatai boleh ditemui di sekitar Edo atau
sekarang dikenali sebagai Tokyo. Ketika gempa bumi besar Kanto melanda Tokyo,
harga tanah menurun secara signifikan. Hal ini telah memberi peluang kepada
peniaga sushi untuk membeli tanah dan memindahkan yatai mereka dan mengusahakan restoran katering bagi perniagaan sushi di seluruh ibu kota Jepun. Pada
tahun 1950, sushi hampir secara eksklusif disajikan di restoran dan di kawasan-kawasan terbuka.
Yatai |
Pada tahun 1970,
dengan adanya kewujudan pendingin, kemampuan kapal ikan untuk belayar jauh dan
perkembangan ekonomi pasca perang, permintaan untuk sushi ini semakin
meningkat. Bar sushi telah dibuka di seluruh negeri dan jaringan pengedar
menjadikan sushi tersebar ke seluruh dunia.
restoran sushi |
*nantikan bahagian 2*
Susah gan belajar bahasa jepun tulisannya aja bingung. nitip yah :
ReplyDeleteobat kuat
obat kuat pria
obat pembesar penis
alat bantu sex pria