Tatabahasa 1: wa......desu

Tuesday, October 8, 2013



Partikel はdigunakan untuk menunjukkan perkataan sebelumnya adalah subjek ayat.

contoh:

私は学生です。
Watashi wa gakusei desu.
saya adalah pelajar.

watashi(私) yang diletakkan sebelum wa (は) menunjukkan bahawa watashi adalah subjek ayat.

*partikel はdisebut sebagai wa (わ)*

manakala ayat yang diakhiri dengan desu (です) berfungsi sebagai predikat. Ia juga bagi menunjukkan sesuatu ayat adalah ayat positif dan ayat merupakan bentuk formal atau ayat 'skema'.

Contoh lain ayat bentuk ___wa___desu :

1. 私は人です。
Watashi wa hito desu.
Saya adalah orang

2. あの人はカリナーさんです。
Ano hito wa Karina-san desu.
Orang itu ialah Cik Karina.

3.その猫は可愛いです。
Sono neko wa kawaii desu.
Kucing itu comel.

Perbendaharaan kata:

Watashi - saya
Hito- orang
Ano- itu (sangat jauh)
Sono- itu (tak jauh sangat)
Neko- kucing
Kawaii- comel
Watashi tachi- kami
Boku- saya (digunakan oleh lelaki)
Bokura- kami
Anata- awak 
Kimi- awak (digunakan oleh lelaki)
Kimi tachi- kamu
Gakusei- pelajar
Kyoushi- guru (pekerjaan)
Sensei- cikgu (panggilan)
Shain- pekerja
Onna- perempuan
Kono- ini
Inu- anjing
Tori- burung
Sakana- ikan

cuba buat ayat sendiri menggunakan perbendaharaan kata di atas :))

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS