Assalamualaikum..ohayou gozaimasu
ohisashiburi da nee!!!
saikin,, adomin wa chotto isogashii desu kara, kono BHJBHB burogu wa kakimasen(kebelakangan ni,admin cbuk skit,,sebab tu x tulis blog)
minna-san..yamanaka-ko o kiita arundesuka???(anda semua pernah dengar x pasal tasik yamanaka?)
Lokasi/luas kawasan/kedalaman
Tasik yamanaka (yamanaka-ko) yang merupakan
tasik ketiga terbesar di Jepun, terletak di sebuah perkampungan di wilayah Yamanashi berhampiran dengan Gunung Fuji. Tasik ini termasuk dalam kawasan
Taman Kebangsaan Fuji-Hakone-Izu. Antara
lima tasik yang terletak berhampiran dengan Gunung Fuji, Tasik yamanaka
adalah tasik yang terbesar dan yang tercetek dengan kedalaman maksimum hanyalah
13.5 meter. Tasik ini mula terbentuk apabila lahar dari Gunung Fuji dialirkan
melalui sungai Sagami.
Tasik Yamanaka yang berlatarbelakangkan Gunung
Fuji
Hidupan
Ikan-ikan seperti
ikan ‘carp’, ‘dace’ dan ‘smelt’ telah diperkenalkan ke dalam tasik tersebut
pada era Meiji. Kemudian, beberapa tahun berikutnya, ikan eksotik seperti ‘black
bass’ dan ‘bluegill’ bertambah dan menggantikan spesies ikan asal yang terdapat
dalam tasik tersebut. Manakala. Pada tahun 1956, pelbagai tumbuhan ‘marimo’
mula tumbuh dalam tasik tersebut.
Pemandangan di waktu
pagi di tasik yamanaka
Keindahan semulajadi yamanaka-ko
Aktiviti
Tasik yamanaka
merupakan kawasan rekreasi yang terkenal dengan aktiviti riadah seperti menaiki
bot, memancing, ski air, renang dan bersiar-siar. Jika angin datang dari arah
barat, kawasan tasik tersebut menjadi kawasan yang sesuai untuk aktiviti ‘paragliding’
di gunung Myoujinyama. Terdapat juga
kabin kecil dan kawasan khas yang disediakan untuk aktiviti perkhemahan.
Beberapa tahun terdekat ini, Yamanaka-ko menjadi kawasan paling popular antara kelima-lima tasik
berhampiran Gunung Fuji
Aktiviti rekreasi di kawasan yamanaka-ko.
Pengiktirafan
Pada tahun 2013, yamanaka-ko
telah tersenarai dalam kawasan ‘World Heritage List’ sebagai sebahagian dari
kawasan kebudayaan Fuji-san.
Akses
Pada awal pagi ketika
laluan trafik Tomei dan Laluan
Ekspress Chuo tidak sibuk,
perjalanan ke tasik yamanaka dari Bandar Tokyo
mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Tempoh perjalanan akan bertambah
lama apabila laluan trafik semakin sibuk . Perkhidmatan bas untuk ke Yamanaka-ko disediakan di Stesen
Fuji-san, Stesen JR Gotemba dan Stesen JR Mishima.
Sumber:
2)
Wikipedia