[DIARI BJBHB #16] Sesi Pendaftaran Pakej Coaching & Mentoring

Sunday, August 9, 2015

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

Minasan, ingat lagi tak tentang perkhidmatan Coaching & Mentoring (C&M) yang saya ada sebut sebelum nie di post2 diari yang lepas?
 Photobucket

Mungkin minna agak kabur2 tentang C&M nie..takpe, benda baru lagi kan
Jadi di sini saya akan terangkan secara detail apa itu perkhidmatan C&M dan kelebihannya okay milkysmile

Seperti yang minna maklum, yuran pendaftaran untuk menjadi ahli Kelab BJBHB ialah RM10 dan itu sebenarnya ialah harga promosi bagi 150 orang yang terawal mendaftar. Harga yuran pendaftaran yang sebenarnya ialah RM25.

Jadi, antara 2 perkhidmatan percuma yang ahli Kelab BJBHB akan dapat setelah mendaftar ialah :

- Forum Tutorial Bahasa Jepun Online 
- BJBHB Buddies (group telegram)

2 perkhidmatan di atas ialah untuk ahli biasa yang mendaftar RM10 (akan datang RM25) tu

Untuk makluman, ahli kelab akan diajar dari peringkat permulaan (pra) sehingga ke peringkat yang membolehkan pelajar mengambil peperiksaan antarabangsa Bahasa Jepun iaitu Japanese Language Proficiency Test (JLPT) melalui forum tutorial bahasa Jepun online kami

Untuk ahli biasa, tempoh untuk menghabiskan silibus forum dari peringkat pra ke peringkat persediaan peperiksaan JLPT mengambil masa selama 2 tahun. Lama tak?Pada saya, standard kot..sama la masa minna nak ambil exam SPM dulu, 2 tahun juga kan kena buat persediaan? ;)

Tapi, mungkin ada antara ahli yang nak lebih cepat habiskan silibus dan ambil peperiksaan JLPT tu disamping inginkan lebih bimbingan dan penilaian. Mungkin ada juga yang inginkan lebih privasi semasa belajar. Maka dengan itulah, saya mewujudkan perkhidmatan khas untuk ahli2 yang seperti itu.

Perkhidmatan yang saya maksudkan itulah perkhidmatan Coaching & Mentoring (C&M). 
Perkhidmatan C&M ini datang dengan 3 pakej keahlian iaitu ahli VIP, DIAMOND & PREMIUM. Ahli biasa boleh pilih mana2 pakej yang dia ingin upgrade keahliannya. 


Okay, jadual di atas menunjukkan apa yang ahli biasa dan ahli yang upgrade keahliannya untuk perkhidmatan C&M akan dapat. Manakala jadual di bawah pula apa yang setiap pakej C&M akan dapat. Seperti yang minna lihat, tempoh forum bagi pakej C&M lebih pendek dari biasa. Penilaian secara pos dan juga Google Hangout di situ saya tulis sebagai 'mengikut kesesuaian' bermaksud kekerapan untuk dibuat aktiviti di atas bergantung kepada progression ahli kelab itu sendiri. Sekurang2nya akan dibuat 2 kali. 



Jadual di atas ini pula ialah harga yuran ahli Kelab BJBHB. Harga yuran yang kotak berwarna kuning cair tu akan diaktifkan setelah cukup 150 orang ahli nanti. Sekarang nie kita masih lagi dalam promosi, jadi harga yuran ialah mengikut kotak berwarna jingga & hijau tu. Bagi minna yang telah sedia menjadi ahli kelab boleh rujuk kotak berwarna jingga tu. Jadi, contohnya, kalau minna nak upgrade ke pakej Premium, hanya bayar RM72 saja.

Okay, mula2 saya ingin buka dahulu sesi upgrade keahlian kepada ahli kelab sedia ada sebelum saya buka kepada umum nanti. Sesi upgrade bermula pada 10/8/2015 sehingga 20/8/2015. Minna yang berminat untuk upgrade keahlian boleh isi borang BORANG MENAIKTARAF KEAHLIAN KELAB BJBHB dan submit. Keahlian minna akan diupgradekan setelah pembayaran dibuat. Tunjukkan slip pembayaran terus pada pembantu saya Seiji Take ye. 

Ini ialah akaun sementara kami :

NORJAN BINTI AHMAD
7613834364 (CIMB)

Jika ada ahli yang berminat nak upgrade tapi takde duit skg, takpe..boleh kumpul duit. Sebab sesi upgrade keahlian ini saya buat berkala. Nanti saya akan buka lagi sesi upgrade pada masa akan datang. Tunggu notis saja. 

Jadual pelaksanaan forum tutorial Bahasa Jepun online mengikut pakej C&M ini akan saya upload di group Kelab BJBHB kemudian.

Sebarang soalan tentang perkhidmatan Coaching & Mentoring atau apa2 saja persoalan, boleh isi borang BORANG TANYA BJBHB. Kami akan jawab melalui ruangan TANYA BJBHB nanti okay.

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!
(Okay, itu saja!)



*********************************************************************************

*********************************************************************************
Ingin belajar bahasa Jepun bersama BJBHB?Ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun?sertai Kelab BJBHB hari ini juga!

Like page FB : 
dan PM  'Saya ingin belajar bahasa Jepun secara percuma. Bagaimana caranya?'
Admin kami akan menjawab segala persoalan minna^^


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

Arigatou gozaimasu!


ほうき星
(HOUKI BOSHI)







No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS