[DIARI BJBHB #3]~ Perkhidmatan Coaching and Mentoring (bahagian 2)

Saturday, May 2, 2015



Assalamualaikum

ohayou gozaimasu minasan!


Sebelum tu belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI BURUH kepada semua pekerja di Malaysia (tak kisah la kerajaan mahupun swasta). Walaupon hanya satu hari saja cutinya tapi bergembiralah ye :)

Jya…tanpa membuang banyak masa membebel, jom kita sambung topik Diari BJBHB minggu lepas, iaitu Perkhidmatan ‘COACHING & MENTORING’!^^

gambar sekadar hiasan (credit to the owner)


Ya, perkhidmatan Coaching & Mentoring (C&M) ini hanya disediakan kepada ahli premium Kelab BJBHB di mana ahli premium ini akan dibimbing dengan lebih intensif daripada peringkat awal pembelajaran sehinggalah ahli premium boleh mengambil peperiksaan antarabangsa Bahasa Jepun iaitu Japanese Language Proficiency Test (JLPT) yang mana sijil yang diperolehi apabila lulus peperiksaan ini boleh digunakan untuk mencari pekerjaan (atau mencipta pekerjaan hehe) dan sebagainya ;)

Di sinilah sebenarnya objektif utama dibuat perkhidmatan C&M ini iaitu, ahli premium Kelab BJBHB akan diberi peluang berkhidmat untuk BJBHB setelah lulus JLPT (minimum JLPT N5) samada sebagai ‘Home Tutor’, ‘Online Tutor’, penulis, pembantu sensei, vlogger, ejen produk dan sebagainya. 

Pihak pengurusan BJBHB akan berusaha untuk memberikan peluang pekerjaan kepada ahli premium demi memastikan ilmu bahasa Jepun yang dipelajari melalui BJBHB tidak dibazirkan begitu sahaja. Bukankah ilmu yang terbaik adalah ilmu yang boleh dimanfaatkan? :)

Bagaimanakah modus operandi C&M ini berjalan?Secara ringkasnya, ianya merangkumi aktiviti di bawah:

1- Forum tutorial online BJBHB & group telegram percuma
2 - Pertemuan dengan coach untuk ujian-ujian penilaian
3 - Simulasi JLPT (bantuan sensei sebagai mentor)

Ahli premium akan dibekalkan dengan buku-buku kerja dan bahan pembelajaran lain sebagai tambahan. 

Amacam?rasa-rasanya berbaloi tak perkhidmatan C&M ini pada ahli premium Kelab BJBHB?dengan jaminan peluang pekerjaan untuk mendapatkan side income kepada ahli premium yang telah lulus JLPT, saya kira ianya sangatlah berbaloi, InsyaAllah..dengan syarat, ahli premium tu kena tekun dan rajin berusaha lah (contohi sikap orang Jepun di sini) ;)

Namun, perkhidmatan C&M ini belum lagi boleh dilancarkan dalam masa terdekat kerana banyak persediaan rapi terutama dari segi buku-buku kerja perlu dilakukan terlebih dahulu. Pengumuman akan dibuat apabila perkhidmatan C&M sudah sedia untuk dilancarkan.

Sementara itu, kepada semua yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli premium (dan kepada ahli Kelab BJBHB yang sedia ada yang ingin upgrade keahlian kepada ahli premium) boleh bersedia dari sekarang la kerana yuran pendaftaran ahli premium agak tinggi sedikit berbanding ahli biasa.

Baiklah, itu sahaja untuk Diari BJBHB minggu ini. Apa pula yang akan dibicarakan pada Diari BJBHB minggu hadapan???待って(まって)..tungguuuuuu^^

じゃ、気をつけて。。また来週 

*********************************************************************************
saya harap minna boleh tinggalkan nama dan email supaya kita akan sentiasa keep in touch http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751 . Jangan lupa lawati page FB kami!sama-sama sebarkan mengenai BJBHB!arigatou gozaimasu! :D

Like page FB : https://www.facebook.com/bahasajepunbersamahoukiboshi


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB


**Psst, boleh juga Like page official saya,https://www.facebook.com/houkiboshisensei , boleh tanya saya sebarang soalan di situ ;) **




HOUKI BOSHI
ほうき星




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS