[DIARI BJBHB #17] Ujian Penilaian Forum Tutorial BJBHB

Sunday, August 16, 2015

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

今日まで日本語の勉強がどうですか?難しいですか?簡単ですか?:)
kyou made nihongo no benkyou ga dou desuka?muzukashii desuka?kantan desuka?
(Bagaimanakah pembelajaran bahasa Jepun sehingga ke hari ini?susah ker?senang ker?)

Ini soalan saya pada semua ahli Kelab BJBHB la sebenarnya..hehe
setakat ke hari nie, agak2 ada kemajuan tak kemahiran berbahasa Jepun minna tu sejak bersama-sama dengan BJBHB???

Subjektif kan soalan tu?ngeeee..takpe, saya faham ;)

Jadi, saya fikir, mengapa tak kita buat ujian khas bagi setiap peringkat forum kan?

supaya minna boleh tahu tahap kemahiran bahasa Jepun masing-masing, dan juga supaya kami juga dapat tahu yang samada perkhidmatan forum tutorial kami ini membantu atau tak

baru la best..kan?^^

Bertambah thrill kalau ada konsep LULUS & GAGAL dalam ujian penilaian tu, betul tak?hihihi :P

Kalau minna dah lulus ujian penilaian dan juga checklist bagi setiap peringkat forum dah dapat dilengkapkan, barulah minna boleh masuk ke peringkat forum yang seterusnya..yeah! \(^0^)/

hehe, jadi di bawah ialah jadual ujian penilaian bagi pelajar forum Batch 6 (Pra) dan juga forum Batch 3 (Asas 2) yang saya tengah kendalikan skg



Pelajar forum Batch 6 (pra) akan ambil Ujian Penilaian PRA manakala pelajar forum Batch 3 (asas 2) pula akan ambil ketiga-tiga ujian di atas.

Prosedur ujian senang saja :

  • Pelajar boleh pilih mana-mana sesi yang dia nak untuk ambil ujian. 
  • Kertas ujian akan dihantar melalui email (jadi pastikan yang minna sudah isi borang maklumat ahli Kelab BJBHB, sebab dari borang itu baru kami boleh tahu email minna). 
  • Pelajar jawab dalam masa yang ditetapkan dan emailkan jawapan semula ke officebjbhb@gmail.com.

Nanti kami akan berikan borang khas untuk pelajar forum Batch 6 (pra) dan Batch 3 (asas 2) beberapa hari sebelum tarikh ujian untuk pelajar isi dan submit. Penerangan lebih lanjut mengenai ujian akan dihantar melalui email masing-masing.

Sementara tu boleh la tengok-tengok sesi yang minna free okay ;)

** Buat makluman, ujian penilaian akan diberikan pada minggu ke 6 (minggu terakhir) setiap peringkat forum

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!
(Okay, itu saja!)



*********************************************************************************

*********************************************************************************
Ingin belajar bahasa Jepun bersama BJBHB?Ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun?sertai Kelab BJBHB hari ini juga!

Like page FB : 
dan PM  'Saya ingin belajar bahasa Jepun secara percuma. Bagaimana caranya?'
Admin kami akan menjawab segala persoalan minna^^


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

Arigatou gozaimasu!


ほうき星
(HOUKI BOSHI)






No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS