BAB 1 : Jiko Shoukai (Pengenalan diri)

Thursday, September 12, 2013

Hai!Mari kita mulakan dengan 'Jiko Shoukai'! Jiko Shoukai adalah pengenalan diri, boleh digunakan apabila ingin memperkenalkan diri buat pertama kali. okay, bentuk Jiko Shoukai yang saya ingin perkenalkan adalah seperti di bawah:

DOUMO. HAJIME MASHITE. WATASHI NO NAMAE WA _______ DESU. _______KARA KIMASHITA. DOUZO YOROSHIKU ONEGAISHIMASU.

maksud: 
Hai. Salam perkenalan. Nama saya ______. Berasal daripada _______. Sila beri tunjuk ajar.

Contoh: 

Doumo. Hajime mashite. Watashi no namae wa Houki Boshi desu. Johor kara kimashita. Douzo yoroshiku onegaishimasu.


maksud: 
Hai. Salam perkenalan. Nama saya Houki Boshi. Berasal daripada Johor. Sila beri tunjuk ajar. 

Sila ambil perhatian bahawa douzo yoroshiku onegaishimasu mempunyai banyak maksud bergantung pada situasi dan tujuan. Tapi dalam kes memperkenalkan diri ni saya akan gunakan sila beri tunjuk ajar sebagai maksudnya. lebih mudah dan lebih dekat dengan personaliti masyarakat Jepun yang sangat pentingkan kerjasama antara satu sama lain :) 

Jawapan kepada douzo yoroshiku onegaishimasu ialah kochira koso yoroshiku onegaishimasu yang bermaksud saya juga begitu (sila beri tunjuk ajar).

sebarang pertanyaan berkaitan apa sahaja boleh inbox pembantu saya, Bean Chan https://www.facebook.com/beanchan0929 ^^

Okay!Mari kita berkenalan! ;D

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS