[TANYA BJBHB] : Apa Itu JLPT?

Monday, February 22, 2016


ASSALAMUALAIKUM MINASAN,
 OGENKI DESUKA? 
(Apa Khabar?) 

Saya Harap Semuanya Sihat-sihat Dan Gembira Selalu ;)

Kali Ini Saya Ingin Berkongsi 3 Pertanyaan Daripada Followers Kami Yang Diajukan Melalui 
Borang Tanya BJBHB. Diharapkan Ianya Juga Menjawab Mereka Yang Juga Mempunyai Persoalan Yang Sama Juga Okay ;)

*************************************************************************************************************************************

SOALAN 1 : Saya Nak Tanya Psl JLPT..Boleh Tlg Terangkan. (Fika)

JAWAPAN :

Terima Kasih Kepada Fika-san Atas Soalan Di Atas Ne. Saya Rasa Ramai Juga Yang Tertanya-tanya Apakah Itu JLPT. So Diharapkan Jawapan Saya Ini Boleh Membantu^^

JLPT Ialah Ringkasan Untuk JAPANESE LANGUAGE PROFICIENCY TEST Iaitu Merupakan Peperiksaan Antarabangsa Bahasa Jepun Yang Boleh Diambil Oleh Non-Native Japanese Di Luar Jepun. Calon Yang Lulus Peperiksaan Ini Akan Diberikan Sijil Dan Sijil Itu Boleh Digunakan Untuk Calon Memohon Pekerjaan Ataupun Melanjutkan Pelajaran Di Jepun. 

JLPT Ada 5 Peringkat Iaitu Peringkat N5, N4, N3, N2 & N1. Peringkat N5 Adalah Peringkat Yang Lebih Mudah Manakala N1 Adalah Peringkat Yang Advance. Dikatakan Seseorang Perlu Mempunyai Sekurang-kurangnya Sijil N2 Untuk Mendapatkan Peluang Pekerjaan Di Jepun. 

Peperiksaan JLPT Dijalankan Sebanyak 2 Kali Setahun Iaitu Pada Bulan 7 Dan Bulan 12. Selain Pendaftaran Secara Offline, Calon Juga Boleh Berdaftar Secara Online. 

Jadi Ini Sedikit Sebanyak Penerangan Mengenai JLPT. Membantu Tak Fika-san? ;) Untuk Rujukan Lebih Dalam Mengenai JLPT Boleh Lawati Webpage Ini Okay ^^v

*************************************************************************************************************************************

Selain Itu, Saya Juga Menerima 2 Soalan Lain;

SOALAN 2 : Assalamualaikum, Sy Berminat Nak Join Program BJBHB Ke Jepun. Macammana?

JAWAPAN :

Terima Kasih Kepada Yang Bertanya Soalan. Tak Ditinggalkan Pulak Nama Panggilannya Tu :p Buat Pengetahuan, BJBHB Ada 2 Program Yang Membolehkan Anda Ke Jepun Iaitu Melalui Program Pembelajaran Bahasa Jepun 3 In 1 BJBHB Iaitu OSHARE NIHON (Smart Japan) Dan Juga Program BJBHB Ke Jepun Dikuatkuasakan Oleh TUNETALK


Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Mengenai Program OSHARE NIHON Ini Boleh Whatsapp 'OSHARE NIHON' Ke 0109850103 


Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Mengenai Program BJBHB Ke Jepun Dikuatkuasakan Oleh Tune Talk Boleh Whatsapp 'BJBHB Tune Talk' Ke 0132183606

*************************************************************************************************************************************

SOALAN 3 : Apa Nama Najiha Dalam B.Jepun?

JAWAPAN :

Terima Kasih Kepada Yang Bertanya Soalan. Yang Nie Namanya Najiha Kot :p Okay Kalau Nama Bukan Orang Jepun (Non-native Japanese), Tulisan Yang Digunakan Untuk Menulis Ialah Tulisan Katakana. Jadi Kalau Najiha, Tulisannya Adalah Seperti Ini, ナジハ (NA-JI-HA) Okay ;)


*************************************************************************************************************************************

Jya, Sore Dake (Okay, Itu Saja) Untuk Ruangan 'TANYA BJBHB'. Kalau Anda Ada Sebarang Soalan, Tak Kisah Apa2 Soalan Sekalipon Yg Berkaitan Dgn Jepun, Boleh Isi Borang Tanya BJBHB Ye. InsyaAllah Saya Akan Email Sekiranya Saya Telah Menjawab Pertanyaan Anda ;)

Ki O Tsukete (Take Care) !

*************************************************************************************************************************************

Anda Peminat Jepun?Jom Mendaftar Sebagai Ahli Kelab BJBHB! PERCUMA Saja!


Isi Borang Pendaftaran Dan Kami Akan Hubungi Anda Dengan Segera :D


=================================================================================

Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?

Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751
Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.


‪#‎BJBHB‬
#PusatKomunitiPeminatJepun







No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS