[DIARI BJBHB #22] PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN OSHARE NIHON Batch 1

Tuesday, February 16, 2016

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

Lama Ruangan Ini Tak Berupdate, Tapi Tak Bermakna Yang Ianya Sudah 'Mati' ;)
Alhamdulillah Ruangan DIARI BJBHB Ini Akan Sentiasa Berupdate Dari Masa Ke Semasa
Buat Tatapan Pengunjung Blog, Terutamanya Ahli Kelab BJBHB (Apa Itu BJBHB --> Klik SINI)

Alhamdulillah, Pada 31/1/2016 Yang Lepas, Pusat Komuniti Peminat Jepun BJBHB Telah Berjaya Menganjurkan
Program Pembelajaran Bahasa Jepun Yang Dipanggil OSHARE NIHON (Smart Japan) Di The Serenity, Sri Gombak. 



Bilangan Peserta Yang Berjaya Turut Serta Dalam Program OSHARE NIHON Ini Ialah Seramai 7 Orang (Lagi 5 Orang Terpaksa Tidak Menyertai Atas Sebab-sebab Kecemasan, Zannen Desune). Pengajar Program Smart Ini Pula Ialah Khairoul-sensei Yang Merupakan Penulis Ebook Bahasa Jepun Terkenal Iaitu, 'TEKNIK TENSAI Dan Juga Merupakan Bekas Graduan Universiti Nagaoka. 

Program OSHARE NIHON Dimulakan Dengan Peserta Bertaiso (Senaman Gaya Orang Jepun) Bersama-sama Dengan Pengajar Serta Krew.

Peserta Sedang Bertaiso

Selesai Bertaiso, Barulah Khairoul-sensei Memperkenalkan Diri Beliau Sebelum Terus Mengajar.
Untuk Pengetahuan, Pengisian Untuk OSHARE NIHON Yang Pertama Ini Ialah :

- Cara Memperkenalkan Diri (JIKO SHOUKAI)
- Kata2 Sapaan (AISATSU)
- Pengenalan Tulisan Hiragana (Cara Menyebut Dan Menulis)
- Nombor (SUUJI)

Khairoul-sensei Sedang Menunjukkan Cara Menulis Tulisan Asas Bahasa Jepun Iaitu HIRAGANA

Namun Sebagai Selingan, Khairoul-sensei Banyak Berkongsi Ilmu Dan Pengalaman Yang Beliau
Ada Kepada Peserta Seperti Dialog Asas Dalam Perbualan Harian Di Jepun, Cara Berkomunikasi Dengan Orang Jepun Yang Betul (Macam Mana Nak Tarik Perhatian Mereka), Sikap Orang Jepun Dan Banyak Lagi.
Secara Peribadi Saya Berpendapat, Ilmu Selingan Yang Khairoul-sensei Itu Adalah Sangat Bermanfaat 
Dan Sangat Berguna Kerana Ilmu Sebegitulah Yang Selalu Digunakan Dalam Dunia Realiti. 



Salah Seorang Peserta Sedang Memperkenalkan Diri (Jiko Shoukai)

Khairoul-sensei Berkongsi Tentang Pengalamannya Semasa Belajar Di Negara Jepun

Perlu Faham Yang Tidak Semestinya Kita Perlu habiskan Satu Buku Teks Semata-mata Untuk Berkomunikasi Dengan Orang Jepun. Keberkesanan Dalam Mempelajari Sesuatu Ilmu Tidak Terletak Kepada Banyaknya Ilmu Yang Telah Dipelajari, Tetapi Kepada Sejauh Mana Kita Boleh Menggunakan Ilmu Yang Ada, Betul Tak? ;)

Apa-apa Pon OSHARE NIHON Merupakan Program 3 In 1  Pembelajaran Bahasa Jepun Anjuran BJBHB Di Mana Peserta Bukan Saja BOLEH BELAJAR BAHASA JEPUN, Tetapi Juga BOLEH MELANCONG KE JEPUN Dan BERCAKAP DENGAN ORANG JEPUN. 

OSHARE NIHON Merangkumi 6 Sesi Kelas Pembelajaran Di Malaysia Dan 1 Sesi Praktikal Di Jepun. Dengan Tambahan Sesi Praktikal Di Jepun, Tentunya OSHARE NIHON Bukan Sekadar Kelas Bahasa Jepun Biasa Kerana
OSHARE NIHON Juga Memberi Peluang Kepada Peserta Untuk Berkomunikasi Dengan Orang Jepun Secara Terus Di Negara Jepun Sendiri!Best Tak??

Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Terima Kasih Kepada Khairoul-sensei Kerana Sudi Bekerjasama Dengan BJBHB Untuk Menjayakan Program Ini Sebagai Antara Usaha Untuk Membentuk Komuniti Peminat Jepun Di Malaysia Ini. Terima Kasih Juga Saya Ucapkan Kepada Pengurus, Nana-chan Kerana Banyak Membantu Dalam Menguruskan Program. 

Dan Akhir Sekali, Tahniah Saya Ucapkan Kepada 7 Orang Peserta Batch 1 Ini Kerana Anda Semua Sangat Berusaha Untuk Mempelajari Bahasa Jepun!Ada Antara Peserta Yang Datang Dari Sg Petani, Johor Dan Negeri Sembilan. Hebat2. Bangga Saya ;) Teruskan Usaha Belajar Bahasa Jepun Okay!

InsyaAllah Sesi OSHARE NIHON Yang Seterusnya Akan Dibuat Pada 27/2/2016 Di The Serenity Juga.
Berminat Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Mengenai Program Smart, OSHARE NIHON Ini?
Whatsapp 'OSHARE NIHON' Ke 0109850103 Okay ;)

Peserta OSHARE NIHON Batch 1 Beserta Khairoul-sensei Dan Krew (Krew Tu Saya Sendiri Serta Salah Seorang Pengurus BJBHB, Nana-chan)

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!

(Okay, itu saja!)

ほうき
(Houki Boshi)

************************************************************************************************************
‘Nak Belajar Bahasa Jepun Tapi Yuran Kelas MAHAL Sangat!’, ‘Nak Belajar Tapi BUSY La’, ‘Nak Belajar Tapi Kelas JAUH Sangat’ Anda Nak Belajar Tapi Ada Kekangan Seperti Di Atas? 
Jangan Bimbang!BJBHB Sedia Membantu Anda!
Anda Hanya Perlu Mendaftar Sebagai Ahli Kelab BJBHB Saja Dengan Yuran Serendah RM10 Seumur Hidup!
Sebagai Ahli Kelab, Anda Akan Menerima Perkhidmatan FORUM TUTORIAL BAHASA JEPUN ONLINE Yang Diajar Secara Bersilibus Dan Diajar Oleh Pengajar Kami Yang Berpengalaman. Dan Semuanya Adalah Percuma!!
Jadi Cepat-cepat Mendaftar Sebagai Ahli Kelab Sekarang Dengan Mengisi Borang Ini https://docs.google.com/forms/d/1b1zghrd9nb2PdpgWaOCrN30bwpCtL9dcVb7wpo60ihw/viewform 
Daftar Sekarang Sebelum Yuran Pendaftaran Dikenakan!!
Terdapat Juga Peluang Untuk Menjana Pendapatan Sekiranya Anda Mendaftar Sebagai Ahli Kelab BJBHB. Nak Tahu Caranya??Perlu La Menjadi Ahli Kelab Dulu!Matte Ne!(Kami Menunggu Ye!)
=================================================================================
Berminat langgan info terbaru BJBHB dan cara belajar Bahasa Jepun?
Sila ambil masa untuk mengisi maklumat anda pada link di bawah:
http://lcp.trwv.net/lcp/incomekedua/bjbhb/46751

Selepas itu sila lakukan pengesahan bahawa anda ingin menerima email daripada kami.
‪#‎BelajarBahasaJepunSecaraOnline‬
‪#‎BJBHB‬






No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS