[DIARI BJBHB #20] Peluang menjadi tutor Bahasa Jepun BJBHB (Bahagian 2)

Sunday, September 13, 2015

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

minasan, pada post yang lepas saya ada terangkan sedikit flow jika ahli kelab BJBHB dapat
menghabiskan silibus bahasa Jepun melalui perkhidmatan 
forum tutorial bahasa Jepun online BJBHB bukan?hehe

Jadi post kali ini saya akan terangkan sikit mengenai peluang
untuk menjadi tutor bahasa Jepun BJBHB 


Di atas ialah antara perkhidmatan yang BJBHB tawarkan. Saya bertanggungjawab untuk membangunkan portfolio Pembelajaran Bahasa Jepun dalam BJBHB. 

Jadi kalau dilihat di bawah portfolio sy tu ada perkhidmatan Forum Tutorial Online 
(yang saya sedang kendalikan skg),
perkhidmatan Home/Personal Tutorial dan juga perkhidmatan Coaching & Mentoring

Jadi InsyaAllah ahli kelab BJBHB yang sudah lulus peperiksaan JLPT N5 tu boleh la
memohon untuk menjadi tutor bahasa Jepun kami untuk sama-sama memberi peluang
untuk ramai orang belajar bahasa Jepun sambil menjana pendapatan sampingan

Cuma di sini saya nak highlight mengenai projek saya pada tahun 2018 nanti InsyaAllah
iaitu untuk membantu anak2 yatim/yatim piatu  yang terpilih di rumah2 kebajikan
untuk belajar bahasa Jepun 

Oleh itu, saya perlukan ramai tutor/sensei untuk sama-sama menjayakan projek tersebut

Dan projek tutorial bahasa Jepun bersama anak2 yatim/yatim piatu itu ialah permulaan kepada satu projek besar yang lain (yang tu, cuba teka?hehe)

Jadi menarik tak?

InsyaAllah, moga dipermudahkan

Saya harap dengan post saya ini, ahli kelab dapat nampak sedikit yang
forum tutorial bahasa Jepun online yang saya bangunkan ini bertujuan bukan sekadar mengajar bahasa Jepun saja. Ianya lebih dari itu sebenarnya :)

Dakara, BJBHB de nihongo o benkyou ga ganbatte ne!

じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!
(Okay, itu saja!)



*********************************************************************************

*********************************************************************************
Ingin belajar bahasa Jepun bersama BJBHB?Ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun?sertai Kelab BJBHB hari ini juga!

Like page FB : 
dan PM  'Saya ingin belajar bahasa Jepun secara percuma. Bagaimana caranya?'
Admin kami akan menjawab segala persoalan minna^^


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

Arigatou gozaimasu!


ほうき星
(HOUKI BOSHI)








No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS