[DIARI BJBHB #19] Peluang menjadi tutor Bahasa Jepun BJBHB (Bahagian 1)

Sunday, September 6, 2015

Assalamualaikum minasan^^

お元気ですか?
Ogenki desuka?
(Apa khabar?)

Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang mereka akan dapat jika belajar Bahasa Jepun secara komited dgn BJBHB
sehingga habis silibus kan?hehe

Pertama sekali, ahli kelab yang sudah tamat silibus
(bab 1-bab 38 mengikut buku rujukan Minna No Nihongo)
akan mengikuti forum khas persediaan untuk mengambil peperiksaan 
JAPANESE LANGUAGE PROFICIENCY TEST (JLPT) level N5 

Kemudian, kepada ahli yang telah upgrade keahlian untuk mendapat 
perkhidmatan Coaching & Mentoring pula, kami akan undang mereka untuk 
mengikuti simulasi peperiksaan JLPT N5 sebelum mereka menduduki peperiksaan yg sebenarnya

Seterusnya kami akan bantu daftarkan ahli kelab untuk mereka mengambil peperiksaan JLPT N5
(yang nie ada sedikit bayaran dikenakan)




Ahli kelab akan menerima Sijil Kelayakan (Certificate of Proficiency) dari pihak yang menguruskan peperiksaan JLPT N5 sekiranya
mereka LULUS peperiksaan tersebut
Pihak BJBHB juga akan memberikan Sijil Penghargaan kepada mereka yang lulus ini

Bagaimana sekiranya mereka GAGAL dalam peperiksaan JLPT N5 ?
tiada Sijil Kelayakan dari pihak pengurusan JLPT juga tiada Sijil Penghargaan dari pihak BJBHB

Maaf ye

Walaubagaimanapun mereka yg gagal ini boleh mengikuti simulasi peperiksaan JLPT N5 yg BJBHB tawarkan 
selepas itu dan boleh juga mendaftar peperiksaan JLPT N5 melalui BJBHB sekiranya ingin mengambil semula
peperiksaan tersebut :)

Sampai la mereka lulus JLPT N5 (dan dapat Sijil Kelayakan), baru la BJBHB boleh berikan Sijil Penghargaan pula :)

Okay, pada diari yang akan datang saya akan terangkan pula peluang menjadi tutor bahasa Jepun &
peluang bagi menyambung forum tutorial Bahasa Jepun peringkat JLPT N4 pula ye. Nantikan^^
じゃ、それだけ!
Jya, sore dake!
(Okay, itu saja!)



*********************************************************************************

*********************************************************************************
Ingin belajar bahasa Jepun bersama BJBHB?Ingin berjumpa dengan ramai peminat Jepun?sertai Kelab BJBHB hari ini juga!

Like page FB : 
dan PM  'Saya ingin belajar bahasa Jepun secara percuma. Bagaimana caranya?'
Admin kami akan menjawab segala persoalan minna^^


Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

Arigatou gozaimasu!


ほうき星
(HOUKI BOSHI)


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS