sashimi

Tuesday, April 15, 2014

assalamualaikum..konnichiwa...minna pernah dengar sashimi?tentu pernah kan...kali ini sy mahu kongsikan serba sedikit mengenai sashimi pula..

Sashimi merupakan makanan mentah yang dipotong dan sangat popular di jepun. Biasanya, sashimi boleh dibuat daripada makanan laut , namun terdapat juga sashimi yang dibuat daripada daging lembu, kuda, dan rusa. Saiz sashimi secara tipikalnya antara 2.5 cm lebar dengan 4 cm panjang dan 0.5 cm tebal.

Contoh hidangan sashimi

Perkataan sashimi membawa maksud badan yang ditusuk; sashi( ditusuk), mi (badan/daging). Sashimi telah digunakan dalam bahasa inggeris dan selalunya untuk merujuk kepada penyediaan ikan yang tidak dimasak. Masyarakat bukan berbangsa jepun sering keliru antara sashimi dan sushi. Sebenarnya sushi merujuk kepada masakan yang dibuat daripada nasi yang diletakkan cuka dimana ikan mentah merupakan salah satu bahan untuk membuat sushi. Selain itu, kebanyakan sushi  turut mengandungi makanan laut yang dimasak.

Sashimi boleh dihidangkan bersama-sama dengan sup miso dan nasi dalam bekas yang berlainan. Dalam hal ini, potongan daging/makanan laut mentah dihias dengan daun shiso. Sesetengah restoran menjadikan lebihan ikan sebagai hiasan untuk hidangan sashimi tersebut.

Di jepun, sashimi boleh didapati di pelbagai jenis restoran dan kebanyakannya di izakaya. Selain itu sashimi juga popular sebagai salah satu menu dalam set makanan teishoku.

Bagaimana untuk makan sashimi?

Kebanyakan sashimi boleh dimakan dengan mencelupnya ke dalam sebekas kecil sos soya. Bergantung kepada jenis sashimi, sedikit wasabi boleh diletakkan ke atas potongan sashimi tersebut. Dalam hal ini, kebanyakan masyarakat jepun percaya bahawa sashimi harus dimakan terlebih dahulu berbanding makanan lain, kerana ianya mempunyai rasa yang paling menyenangkan .

Apakah jenis sashimi yang paling popular?

Berdasarkan pilihan pelancong , antara jenis sashimi yang paling disukai oleh para pelancong adalah:

1)   Maguro (tuna)- maguro boleh dijumpai di semua restoran yang menjual sashimi. 

         2) saba (ikan kembung)


3)   tai (biasanya disediakan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sambutan tahun baru)


4)   sake (salmon)


5)   amaebi (udang manis)- mempunyai rasa manis, antara tempat yang             popular dengan hidangan sashimi amaebi adalah niigata dan Hokkaido


                      sumber: http://www.japan-guide.com/e/e2044.html & wikipedia

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS