dragonzakura

Thursday, April 3, 2014

latarbelakang


Dragonzakura  ドラゴンmerupakan drama jepun bertema alam persekolahan yang diterbitkan pada tahun yang sama dengan drama nobuta wo produce iaitu tahun 2005 dan bersiaran di TBS pada 8 julai 2005 hingga 16 september 2005. Ia merupakan drama yang diadaptasi dari manga dragonzakura yang ditulis oleh Norifusa Mita. Manga tersebut telah berjaya dijual hingga ke enam juta unit dan telah memenangi anugerah manga kodansha bagi kategori manga umum pada tahun 2005. Selain itu, manga tersebut telah memenangi hadiah cemerlang di festival seni media jepun  pada tahun 2005. Manga ini turut mendapat perhatian media korea selatan apabila ianya turut diadaptasi ke drama korea dengan tajuk master of study yang diterbitkan pada tahun 2010.

dragonzakura

master of study

Sinopsis

Sakuragi kenji merupakan seorang peguam yang miskin dan bekas geng motosikal mencari peluang untuk memantapkan kariernya sebagai seorang peguam. Peluang akhirnya datang apabila Tribunal Tokyo tempatan mengarahkannya untuk menyelesaikan masalah pengurusan di sebuah sekolah yang hampir bankrup iaitu sekolah tinggi ryuuzan (yang dikenali sebagai ‘baka gakkou’-sekolah bodoh). Dalam hal ini, sekolah tinggi ryuuzan mempunyai hutang sebanyak 2.4 billion yen sepanjang lebih  tiga tahun dan mungkin akan ditutup. Namun, sakuragi kenji mempunyai perancangan untuk melakukan satu perkara baru dan menjadi seorang peguam terkenal dengan menjadikan para pelajar dari sekolah bermasalah diterima ke universiti Tokyo, sebuah universiti popular di jepun. Di sana, sakuragi kenji mewujudkan satu kelas istimewa yang bertujuan untuk memberi persediaan kepada lima orang pelajar lemah dari sekolah terbodoh dan bermasalah di jepun untuk ke universiti tokyo tersebut (toudai-tokyo daigaku). Sakuragi kenji memperkenalkan teknik-teknik menjawab soalan yang kreatif bagi membolehkan pelajar lemah tersebut melepasi peperiksaan kemasukan ke universiti Tokyo. Selain itu, untuk setiap subjek para pelajar diajar oleh guru yang dilantik khas oleh sakuragi kenji yang sememangnya mahir dalam subjek-subjek tersebut. Berjayakah kelima-lima pelajar tersebut ke toudai? Bagi peminat yamapi, aragaki yui , nagasawa masami dan koikei teppei rasanya drama ini merupakan drama kemestian bagi mereka untuk menontonya. 

Watak utama

          a)Guru kelas istimewa
1.      Abe hiroshi- sakuragi kenji (peguam dan guru homeroom untuk kelas istimewa)
2.      Kyouko hasegawa-ino mamako (Guru bahasa inggeris, guru sejarah untuk kelas istimewa)
3. Touri shinagawa- Tetsunosuke Yanagi (guru matematik)
4.  Minori Terada - Ryuuzaburou Akutayama (guru bahasa jepun )
5. Susumu Kobayashi - Shutaro Ain (guru sains)
6.   Akio Kaneda-Hiroshi Kawaguchi (guru bahasa inggeris)

            b)  Pelajar
1.      Yamashita tomohisa (yamapi)- yajima yuusuke
2.      Nagasawa masami- mizuno naomi
3.      Aragaki yui- kousaka yoshino
4.      Koike teppei- ogata hideki
5.      Nakao akiyoshi- okuno ichirou
            6.   Saeko- maki kobayashi

     para pelakon bagi dragonzakura

Ost: realize oleh melodi dan colourful oleh yamapi

Episod

Tajuk episod
Tajuk dalam romaji
Maksud tajuk
Tarikh bersiaran
Penilaian
Ep. 1
バカとブスこそ東大へ行け
Baka to busu koso Toudai e ike
All you that are ugly and stupid, go to Tokyo University!
July 8, 2005
17.5%
Ep. 2
自分の弱さを知れ!
Jibun no yowasa wo shire!
Know your weaknesses!
July 15, 2005
16.5%
Ep. 3
遊べ!受験はスポーツだ!
Asobe! Juken wa supootsu da!
Entrance exams are sports, so play!
July 22, 2005
13.8%
Ep. 4
壁にぶつかるまで我慢しろ
Kabe ni butsukaru made gaman shiro
Hold out until you hit the wall
July 29, 2005
16.1%
Ep. 5
泣くな!お前の人生だ!
Nakuna! Omae no jinsei da!
Don't cry! It's your life!
August 5, 2005
16.8%
Ep. 6
英語対決!勝負だバカ6
Eigo taiketsu! Shoubu da baka rokunin
English showdown! Fight for Stupid 6
August 12, 2005
17.9%
Ep. 7
見返してやる!東大模試
Mikaeshite yaru! Toudai moshi
Vengeance! Mock exam for Tokyo University
August 19, 2005
15.6%
Ep. 8
バカの涙・・・夏休み課外授業
Baka no namida... Natsuyasumi kagai jugyou
Tears of fools... Extra lessons during summer vacation
August 26, 2005
17.0%
Ep. 9
信じろ!成績は必ず上がる
Shinjiro! Seiseki wa kanarazu agaru
Trust yourself! Your marks will surely improve
September 2, 2005
14.5%
Ep. 10
友情か受験か?最後の決断
Yuujou ka juken ka? Saigo no ketsudan
Friendship or entrance exam? Final decision
September 9, 2005
14.5%
Ep. 11
お前らはもうバカじゃない!運命の合格発表!
Omaera wa mou baka janai! Unmei no goukaku happyou!
You are no longer morons! Fateful day of results!
September 16, 2005
20.3%
Penilaian untuk kawasan kantou (purata penilaian: 16.41%)

#kalau nak dibandingkan dengan dragonzakura versi korea dan jepun, bagi saya versi jepun lagi best,..sebab para pelakon lebih menjiwai watak…watak peguam versi jepun lakonan abe hiroshi pun lagi mantap dari versi korea..sekadar pendapat =)

2)http://wiki.d-addicts.com/Dragon_Zakura

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS